assalammualaikum!
( teringin nak buat gaya macam Ehsan buat dalam upin Ipin tu, haha )
aku kah di sebalik umbrella wane-wani tuu ??? :P
here:
name:
Nur Alia bt Zulkifli
username :
alia, lia
(takde lagi orang panggil nur, -.-' )
actually dulu mak aku nak letak nama lain, tapi sebab nama yang mak nak letak tu orang lain dah letak, mak pendekkan nama aku macam ni je. huhuhu
age:
20-an.
huuu da tua aku ni. this year aku officially dah 21 years old.
adress:
bukit mertajam pulau pinang.
( sape-sape nak hantar kad raya boleh laa contact mintak alamat penuh. :P )
interest :
reading, surfing . writing.
semua yang macam boleh laa nak buat imaginasi and logik aku terbang melayang or berguling-guling menerjah ke otak, aku okay je. selagi takdelah mende bukan-bukan.
dislikes:
err cooking? ( -.-' )
yang jenis lauk pauk tuu, aku tak berapa nak suka, tapi insyaALLAH boleh laaa nak masak tuu. kalau baking, aku suka la jugak.
haa lagi satu aku tak suka menunggu.
kalau dulu, mesti dah macam-macam terlepas dari mulut ( my bad ) , sekarang alhamdulillah tak. cumanya kalau terlalu lama laa, muka aku ni automatik laa terkejang sedikit urat di dahi dan pipi. ( errrr, marah ?)
ohho, sedang cuba untuk melatih diri bersabar untuk ini.
favourite food :
sambal petai ikan bilis.
waaa sangat feveret! kalau masak satu periuk besar pun, mesti aku tak jemu makan. huuuuu
kuih-muih.
aku suka jugak makan. tradisional ke moden ke, aku insyaALLAH makan. :)
haa lagi satu aku suka jugak makan coklat, minum yogurt.
sedap! kalau abah aku balik kerja, beli yang tu kat adik kecik aku, mesti aku mintak sikit.
siblings:
abang ( 22 tahun) , sekarang tengah study dekat Japan. taking engineering. Alif
adik (17 tahun) , sekarang form 5 dekat MRSM Baling. Amira
adik ( 8 tahun ) , standard 2 in his school. Aqmal Hakim.
adik ( 3 tahun ), Adam Sufi
aku kira nya kakak sulung laa. tapi dah macam anak sulung dah, yang tolong tengok- tengokkan rumah ni, tolong mak aku memasak semua, jaga adik- adik. sebab abang aku tu kan lelaki and duduk jauh pulak.
parents:
abah ,
nama Zulkifli. abah pesara tentera. huhu sangat lahh menepati masa! kitorang selalu kena tegur kalau siap lambat if dah plan awal-awal nak keluar pukul berapa semua. tapi abah sangat baik dan tak kedekut. syok je kalau keluar shopping dengan abah. ambil je apa nak. tapi tak boleh laa ambil kesempatan kan? hoho
mak ,
nama Rahmah. mak kerja as pembantu tadika. mak pun okay je, sporting laa. selalunya aku share dengan mak cerita apa-apa pasal aku ke apa ke. sebab women's talk kan lebih awesome! heee mak is the best mom ever.
insyaALLAH, selagi ada umur dan mereka masih hidup, kena sayang and jaga mereka sebaiknya.
status :
err single . sedang belajar lagi.
engineering. insyaALLAH selagi dikurniakan akal yang sihat oleh DIA dan masa, aku akan terus mengabdi diri pada sang buku- buku.
ambition:
lecturer.
insyaALLAH. aku takut nak jadi engineer, hoho. kalau dari kecik, cita- cita aku asyik berubah je sebab pengaruh tv tu haa. sekarang insyaALLAH cuba diusahakan sebaik mungkin ke arah ini.
haa lagi satu, nak jadi Super Saiya. :D
err aku rasa cukup je lah setakat ni kan. insyaALLAH semoga diri ini dan semua dipelihara DIA dalam kehidupan seharian. insyaALLAH.
and selamat berkenalan! :)
" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan , dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal- kenalan ( dan beramah mesra antara satu sama lain ) . Sesungguhnya semulia- mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih taqwanya , di antara kamu , ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNYA ( akan keadaan dan amalan)... "
Surah al- Hujuraat , ayat 13
psst: motif nak tulis entry
ni aku pon tak tau
apa sebenarnya.
No comments:
Post a Comment