hai. heya. hyep. :P
kadang-kadang aku terpikir apa sebab blog ni tetiba aktif balik setelah sekian lama dinyahsisakan hidup blog ni dari kamus hidup insan yang bernama alia ni. :P
fikir punya fikir, sebabnya, aku suka kalau lepas ni, aku rasa macam nak refer apa-apa pasal itu ini (linktepitepibanyak) :P , aku just click je side memana yang aku rasa alhamdulillah serupa dengan apa yang aku cari. and senang jugak nak imbau kenangan dari dulu sampai nanti-nanti,, sampai laaaaa insyaALLAH takat umur yang ditakdirkan DIA. and aku suka buat mende lelawa kat aku punya sendiri blog ni.
ART aku punya tangan. *gelakguling*
pengalaman hidup kan banyak versi.
cukuplah hanya berdiri atas nama sejarah.
cukuplah berlalu atas nama kerugian atau kebodohan itu.
tak semua benda yang bodoh atau buruk itu akan beri kesan yang negatif pada diri. kalau kita pandang secara positif, insyaALLAH akan nampak hikmah kejadiannya. segala perkara yang terjadi ada hikmahnya. ada positive side and negative side. cuma kita je kena bukak mata hati dan mata akal. akal itu sendiri bertindak as the leader to ourself.
bak kata sis Hlovate.......
P.E.N.G.A.L.A.M.A.N atau dalam Bahasa Ingggeris- E.X.P.E.R.I.E.N.C.E.
.... serba sedikit...
> Pengalaman solat Tarawih.
first time aku solat tarawih masa aku umur dalam 13 /14 tahun macam tu laa. masa baru start sekolah menengah. sebabnya masuk asrama. dekat asrama kan kena pergi solat reramai dekat masjid sekolah tu. masa tu kecik lagi. so, pergi laa. tak ada nak ponteng-ponteng. Masuk Soksek tingkatan 4, haa mulalah naik tocang. kekadang pasal malas, ponteng je. rajin, maka nampaklah muka aku kat masjid tu. darah senior laa katakan masa tu. masyaALLAH.
conclusion: yang nakal dulu mungkin ALLAH angkat jadi iktibar dalam hati supaya yang buruk itu tak diteladani. ALLAH timbulkan rasa dalam hati tu agar jumpa hidayah, if kita sebagai hamba DIA, seek for it. ALLAH tak bagi bergolek macam tu je ikut time kita nak. mungkin berkali-kali ALLAH hadirkan cahaya itu, tapi kita je terlalai dari membuka pintu hati kita. mungkin kali pertama, mungkin kali kedua. mungkin berkali-kali. *terbiasdiri* sehingga akhirnya hati kita tertutup sendirinya atas sebab perbuatan kita. maka carilah dalam hati. tanyalah hati kita, dalamilah hati kita, mesti ada walau sekelumit cuma rasa itu.
insyaALLAH, pasti ada. insyaALLAH.
langkah seterusnya, berdoalah lantas berusaha menggapainya. insyaALLAH.
>> Pengalaman Puasa
aku tak berapa ingat sejak bila aku mula puasa penuh dalam bulan Ramadhan ni. mungkin masa 'itu" , apabila dosa pahala tertanggung atas bahu sendiri-sendiri. aku tak dapat nak recall.
puasa ni seronok sebenarnya. seronok! sebabnya, lepas sebulan, RAYA!!! yeayyy! cupppppppppp! itu tafsiran dulu. fikiran zaman ribena oren dulu. zaman blackcuurant tak bertemu si strawberry lagi yakni zaman ni, sudah berubah sedikit tafsiran itu. cara olah hati dan akal itu. alhamdulillah.
cuma yang tak berubahnya, bazar Ramadhan masih sepanjang tahun, diskaun merata-rata dah start laung speaker sana sini jualan raya, dan solat Tarawih itu sendiri. yang secara rasminya bermula malam ni, 20 Julai 2012 dan sahur bermula pagi esok, 22 Julai 2012. masyaALLAH betapa masa itu terlalu cepat merentasi kita, tanpa sedar. walau terlelap seketika, bangunnya tidak seperti sejam yang sebelum kita terlelap tadi.
conclusion: pengalaman yang dahulunya kekadang tinggal puasa secara sengajanya, terbuat amalan yang membatalkan puasa itu sendiri dengan tersengajanya, kena lah usaha untuk tak ulanginya lagi kan. kena usaha to be a better person. perara yang mungkin biasa kita lakukan bulan-bulan lain dengan tak berapa nak pedulikan adab etikanya, ubahlah sikit demi sedikit. moga berkah bulan mulia ini sampai menyinggah ke dalam hati hingga ke tulang hitam. perkara yang dibenci DIA kita cuba jauhi perlahan-lahan . bulan puasa ni, bulan jihad melawan nafsu kerana syaitan semuanya sudah dibelenggu kuat selama 30hari ini, insyaALLAH.
maka segalanya bergantung, terpulang pada kita untuk mencorak itu ini.
moga. meresap. dalam. insyaALLAH.
>>> Pengalaman 'suatu masa dahulu......'
pengalaman inilah yang menjadi guru pada aku hari ini, sekarang.
alhamdulillah, aku tak pernah kesal lalui pengalaman itu walau sebenarnya cukup pahit untuk dikenang. pengalaman yang mencorakkan pelbagai acuan dan warna dalam seharian hidup aku, dalam bertahun-tahunnya....
pengalaman yang cukup, masyaALLAH.....
conclusion: pengalaman itu cukup serba serbi untuk memberi nafas pada aku as a new person. *sedangmenongkahtangga * sebagai insan yang baru, insyaALLAH. sebagai insan yang cuba merubah halatuju yang perlahan ke arah speed yang mungkin sederhana, dan mungkin bertambah laju, satu hari nanti. insyaALLAH. insyaALLAH. *saputangankemuka*
cukuplah ini sahaja sekali ini.
mata sudah terasa sayu. hati mula dirasuk pedih. sakit terasa menyucuk semalu dalam diri.
insyaALLAH, moga Ramadhan yang tiba kali ini mampu memecutkan perjalanan mencari diri. mampu mencorak getar dalam hati dengan cinta itu.
aku harap. aku mohon. aku perlu. dan semuanya kembali pada DIA. insyaALLAH.
err, mak ada beli buku masakan baru.
edisi raya.
errrr 'buku masakan edisi nafas jiwa baru
insyaALLAH jadi hasilnya.
1 comment:
ramadhan kareem! :D
selamat menunaikan ibadah puasa.
semoga sentiasa dalam lindungan dan limpahan rahmatNya. semoga hepi hepi always ^^
Post a Comment