notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Saturday, October 29

mati itu pasti

assalammualaikum!
hoho taktau nak letak tajuk ape...

hari ni, entah dah beraapa minggu aku cuti semester ni... tak terkira dah..
tup-tup-tup nex week, 4 november result exam kuar.
serious takot+gelisah+happy+apeapelagilaaaa

tapi teringat cakap sorang teman, ALLAH tak pandang result, tapi ALLAH pandang usaha.
so, lega sikit hati. tapi takut-takut jugak, exam paper last hari tu preparations memang alahaiiiiii.... adoyai..
tapi redha kena terima ape yang dapat nanti, sebab dah usaha...

tawakkal pada ALLAH! insyaALLAH mintak2 result okay, kawan2 lain and my siblings jugak! amin.


cerita kat rumah ni, masa mula-mula balik, memang sonok laaa... home sweet home. tapi bila da lama macam ni, kadang-kadang taktau nak buat apa! ( wah, ayat macam ALLAH bagi masa yang terluang tu untuk disia-siakan! astagfirullah =| )


cuti left for 3 weeks more.... banyak masa lagi.
MUET 19hb nov- listening, reading and writing test.
hari tu speaking boleh la nak dikatakan worse jugak, so kena pulun la for this three more. insyaALLAH.

so, belek-belek la buku MUET and buat exercise bagai. mintak2 masuk lah segala ilmu, dengan izinMU Ya ALLAH. amin!


oleh kerana masa senggang terlalu laa banyak, tangan and hati mula asyik nak cari buku nak baca.
nasib laaa banyak buku-buku kat dalam almari tu tersusun. alhamdulillah, syukur dipermudahkan!

misi pun bermula...

setakat ni, dah habis 2 buku khatam. insyaALLAH.
title:
1) Senyum dan Tangis RASULULLAH
2) Syurga atau Neraka


masyaALLAH, contents dalam tu sangat menarik. sehingga sekejap-sekejap kabur mata ketika membacanya...
sangat2lah untung and tak membazir sesiapa yang takut duit dia habis sebab nak beli buku2 tu, sebab harga cuma at 9ringgit each.

balik pada buku tadi, untuk yg first book, kisah2 pasal Rasulullah dan amalannya, sunnahnya yang perlu kita, umatnya contohi. diceritakan tentang ketawa, tangisan di dunia dan akhirat.

Rasulullah sendiri masyaALLAH, terlalu banyak menangis akibat memikirkan umatnya tatkala ditanya tentang hari kebangkitan nanti.
RASuLULLAH tak pernah ketawa terbahak-bahak sebaliknya yang paling 'tak tahan laa' bahasa kita, senyum menampakkan gigi sahaja.

Baginda bergurau, tapi melainkan berkata yang sebenar perkara sahaja. tidak pernah baginda mencipta pembohongan dalam gurauannya. Selawat ke atas rasul junjungan kita...



aku terfikir, aku? bergurau? kadang2 tipu sebab taknak orang tu terasa dengan kita, masyaALLAH. Ya ALLAH, berdosanya aku...

ketawa? aku? sampai pernah terbahak2 senhingga mengalirkan air mata... astagfirullah, teruknya aku...

kena berubah ni!
learned from the past, alia! insyaALLAH. amin.

sabda baginda s.a.w :
"tidaklah kamu akan ketawa bersenang lenang sekiranya kamu tahu apa yang ada di fikiranku, dalam pengetahuanku, demi ALLAH"


kat sini, aku tersentap sedikit. digambarkan jika kita mengetahui gambaran akhirat seperti baginda tahu, maka akan berduyunlah manusia ke tempat tinggi memohon keampunan dari ALLAH, dan tidak akan pernah ketawa.
nauzubillah...


dan banyak lagi... insyaALLAH lain entry aku tulis lagi.. tarbiyyah hati, yang makin nak kelam semula.. =(

unutk buku lagi 1, diceritakan tentang bagaimana syurga and neraka, golongan2 yang akan masuk ke dalamnya, dan sedikit cerita pada zaman nabi-nabi dahulu.

kalau nak mengeluh tentang ujian hidup, fikirlah. Nabi Ayub a.s yang menderita sakit cacar selama 18 tahun tak pernah mengeluh sebaliknya tabah dan redha pada ujian ALLAH. ALLAH uji baginda, anak2 nya semua mati, 2 dari 3 isterinya lari, orang keliling mencercanya...
sehingga habis seluruh daging di tubuhnya dimakan ulat2 sehingga yang tinggal hanya lisan dan hati nya sahaja untuk memuji dan beribadat kepada ALLAH Ta'ala.
sungguh hebat iman Nabi Ayub!

sedangkan kita? aku sendiri laaa..
baru diuji sikit, menggelabah... hampir mengalah.

alia, and to all kat luar sana kan ALLAH dah kata DIA tak akan memberatkan dugaan dan penyakit kepada seseorang melainkan dia mampu, ALLAH knows best!

"selepas kesusahan pasti ada kesenangan. Sekali lagi, selepas kesusahan pasti ada kesenangan!"
surah al-Insyirah, ayat 5-6.


ALLAH dah sebut, ditegaskan lagi dalam ayat tu, maka apa yang kita perlu risau? mengeluh?
ramai lagi kat luar sana yang lagi parah dari kita. ALLAH uji kerana DIA sayang!

alia, tarbiyyah hati! aku ulang-ulang-ulang-ulang-ulang-ulang and ulang.
hati makin nak kelam. nak lawan, taknak tewas!
nak lawan, taknak tersungkur!
kena baja sesuburnya sementara kesedaran datang dan ALLAH memberi peluang.
semoga berkekalan dan dirahmatiNYA.


okay, back to the hell and heaven.
H.H.

sama kan huruf?
tapi perbandingannya masyaALLAH, jauh! tidak akan sama walau apa pun!
bukti kekuasaan ALLAH.
Bukti bahawa hari pembalasan tu wujud.
bukti bahawa manusia akan dibangkitkan semula!

masyaALLAH!

sungguh, aku sangat takut apabila membaca hal-hal ini.
:'(

dari 12 golongan yang akan meniti titian sirath, hanya 1 GOLONGAN yang akan dimasukkan ke dalam syurga.
manakala lagi 11 golongan dihumban ke neraka dibakar dengan api yang amat panas tak terhitung.

dikatakan, panasnya api neraka itu masyaALLAH, tak terkata.
api neraka itu dipanaskan selama 1000tahun, kemudian menjadi putih.
dibakar lagi 1000tahun, kemudian menjadi merah.
dibakar lagi 1000tahun sehingga menjadi hitam dan tidak lagi terpadam sesudah itu.

bayangkan.. betapa panasnya.. nauzubillah!
Pada hari di padang mashyar itu, dikatakan ALLAH amat marah, tidak pernah lagi sedemikian....

hari manusia dihisab, setiap amalan walau sebesar biji sawi, akan ditunjuk dan dihisab! MAsyaALLAH.!


hari itu, baginda saw menangis sehingga kering air mata di pipinya mengenangkan dan melihat nasib dan keadaan umatnya.
sambil memohon kepada ALLAH, agar diselamatkan umatnya!
Malah, baginda saw rukuk dan sujud kepada ALLAH agar umatnya diselamatkan!
hari di mana semua orang sibuk termasuk nabi-nabi lain akan hal nasib diri sendiri, sama ada ke syurga atau neraka, tapi tidak BAGINDA SAW! baginda sibuk memohon untuk... ummati..ummati...
masyaALLAH terlalu besar kasih sayang dan pengorbanan baginda saw terhadap kita....

tapi kita?
terlalu banyak berdosa dan berpaling dari ajaranmu...
astagfirullah.. ampunkan kami, ya ALLAH, ya TUHAN kami.... ampunkan dosa-dosa kami...


psstttt: hati menangis..

Saturday, September 24

video

sayup-sayup lepas buka puasa tadi, sambil tangan menyuap ke mulut, sambil tu mata menatap video-video di youtube. al maklum lah, wifi free sekarang. so, di samping kalut malut study tu, tangan pon sibuk la kalut malut mengupload video.   heeeeee~

then, sementelah dengar lagu2  nasyid, terjumpa this video and lagu ni yang memang dicari-cari. alhamdulillah.
tangan tekan butang play, dan selaju mungkin si youtube tu mengdownload video. hissssshhhh merosak bahasa betul aku ni. rojak campur. huuuuuuu~

mata lekat pada skrin laptop. video just starting to play the song and the video.
DETIK PEMERGIANMU

Ya ALLAH, air mata menitis satetis demi setitis dari tubir mata saat menatap video ini. tak dapat digambarkan dengan rasa dan perkataan betapa sebak memalu hati. betapa diri terasa terlalu terpukul.
MasyaALLAH, begitu hebat kasih Rasulullah s.a.w kepada umat nya..
terlalu agung dan hebat kasih seorang nabi. bandingnya tiada tandingan.. tak ada.

ALLAH, air mata makin laju menitis. turun mengalir menuruni pipi. sedih sangat rasa. sangat- sangat.
tak pernah ada manusia sebaik NABI, dan takkan pernah ada walau betapa tempoh masa dunia ini diperuntukkan sekali.
bayangkan, jika dapat melihat dan merasai di saat itu, tak dapat digambarkan betapa pilu bakal menghempap hati. Sehinggakan saiyidina UMAR meratap tak percaya. tangisnya kuat, menahan perasaan yang bergetar apabila dikhabarkan kewafatan Rasulullah s.a.w.  lihatlah kasih sayang seorang sahabat yang terlalu mencintai nabi dan ISLAM dan juga amat mencintai ALLAH s.w.t. tidak keruan sehingga ditenangkan saiyidina Abu Bakar as siddiq.
"manusia akan mati walaupun dia kekasih ALLAH. tetapi ALLAH dan kasihNYA tak pernah mati unutk hambaNYA."
lalu, saiyidina Umar tersedar, dan pulih kembali.
kalau kita? seorang sahabat yang begitu kuat imannya pun hampir2 lemah tak berdaya mendengar kembalinya kekasih ALLAH.

sedangkan kita? layakkah kita mengaku mencintai Rasullullah sedangkan perbuatan amal kita berlawanan dengan pesanan terakhirnya sebelum baginda menutup mata? layakkah kita? hibakah kita? sayangkah kita pada seorang nabi yang terlalu luhur hatinya itu....

sebak sangat rasa hati. ALLAH.....

bagaimana agaknya sekiranya baginda berada bersama kita sekarang, melihat keadaan umatnya ini...
masyaALLAH...

ALLAH, berilah aku petunjukMU, rahmatMU...
Rasulullah, aku kepingin untuk mendapat syafaatmu dia sana nanti..

" telah aku tinggalku 2 perkara yang amat berharga, kepada umatku.. sesiapa yang mencintaiku, akan bersama-sama denganku dia sana nanti.. perkara itu adalah AL-QURAN dan al-HADIS.."

-hati terlalu hiba sekarang. nasihat unuk diri juga-

Wednesday, September 21

final

ting tong ting tong, tup2 dah final. this will be the first day of my final :)
tak tau nak feel macam mana. then 2 weeks after that, cuti semester datang melambai-lambai.
ni dok lagha dengan online lagi, kejap lagi nak mengadap final paper bussiness, ohho. :)

bila fikir-fikir balik, masa yang berlalu tu terlalu sekejap dan pantas. dunia makin menghampiri penghujungnya....
kalau lihat tanda2 kiamat, banyak yang sudah terzahir- kiamat kecil
kiamat besar, wallahualam.

tak tau nak rasa macam mana.
lately ni pulak, diri rasa macam makin jauh dari DIA.
melayan persaan yang bertunjangkan nafsu semata.
tapi, DIA masih sayang. masih tidak jemu-jemu menyedarkan dan memberi peringatan.
tak pernah.
tapi tuan diri? macam mana? :(

manusia, hati , nafsu memang tak akan dapat dipisahkan.

hati-adalah seketul daging dalam diri manusia yg memberi too big impact dalam kehidupan seharian. terlalu banyak dan besar.
yang nafsu ada 3 jenis 2- bertunjangkan hati ( cannot remember what are the three types, ohho )
semua berkisar dari hati.

HATI.

and now, aku pon main ditenggelami nafsu. tak nak! berkali- kali tersedar, jatuh, bangun, jatuh bangun jatuh bangun.
tapi DIA, tak pernah biarkan.
DIA masih terus memberi peringatan agar aku memujuk hati untuk kembali pada DIA.

-ALLAH tak pernah memberatkan sesuatu melainkan ada kemampuannya- ( cnnot remeber jugak what ayat, :( )

alia, muhasabah balik!
diri makin jauh!

Tuesday, September 13

http://www.youtube.com/watch?v=zlLx-HQVX5g&feature=player_detailpage

KEHIDUPAN- the zikr

kesenangan yang datang... tak akan selamanya..
begitulah selepas susah.. ada kesenangan...

seperti selepas malam... datangnya siang..
oleh itu ketika senang jangan lupa daratan
gunakan kesempatan untuk kebaikan
sebelum segalanya terlepas dari genggaman....
kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa gunanya sesalan.. hanya menekan jiwa



jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada TUHAN
ingatlah biasa kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti kan cerah kembali...


ujian adalah... tarbiyyah.... dari ALLAH
apakah kita kan sabar...
ataupun sebaliknya..

kesenangan yang datang selepas kesusahan
semuanya adalah nikmat dari TUHAN
gunakan kesempatan untuk kebaikan
sebelum segalanya terlepas dari genggaman
kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada TUHAN
ingatlah kabus tak akan berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti kan cerah kembali

ujian...... adalah.... tarbiyyah dari ALLAH
apakah kita kan sabar atau sebaliknya...






get inspired by this song, masyaALLAH, KAU mengetahui segala keluh kesah hambaMU ya ALLAH



Tuesday, September 6

diri

hari ni dah selasa. lagi 2 hari test ese353. lepas tu jumaat, presentation fyp. after that, isnin test ecm353, after that presentation etr300. after that, test ecm 352 hari rabu. penuh jadual minggu ni. tapi sekarang dok bersukaria lagi online. *sigh*

pray for me, insyaALLAH.
 BERJUANG, FIGHT!

:)

Sunday, September 4

raya vs ramadhan

rasa nya tak lambat lagi kan nak cerita pasal tajuk ni... kan..

ramadhan

for me, ramadhan kali sangat2 indah. rasa macam lebih bermakna. bukan, sangat2 bermakna.
ramadhan kali ni, terasa macam ada satu perasaan lain yang mencucuk-cucuk rasa dalam hati, kuat. and kali ni, bertekad untuk ikut apa kata hati. alhamdulillah ya ALLAH. sangat2 bersyukur masih berpeluang untuk mencari sinar itu olehNYA. benarlah ALLAH maha Pengampun dan Penyayang.

ALLAH adalah dekat, sangat2 dekat di hati hambaNYA yang mencari mahupun masih, atau tidak. bila dengar ayat2 ni, rasa frust, nak marah segala macam jadi sejuk terus slow2.... mula ingin mengadu dengan DIA, .

ALLAH, syukran yang amat atas rahmatMU ini. jauhkanlah kami dari menjadi hambaMU yang mengaku mengetahui kebenaran, tetapi sebenarnya KAU jadikan mereka itu orang-orang yang pekak, bisu dan tuli pada kebenaran. setiap hari, berharap dan berdoa agar dijauhkan sangat2 dari termasuk golongan itu. *sorang teman pernah sampaikan ayat ni dulu *

ramadhan kali ni, sangat2 jugak bermakna. Sekali lagi terima kasih ALLAH atas kasih sayangMU dan nikmatMU ini. rasanya, terlalu banyak-banyak-banyak nikmat yang KAU kurniakan kepada kami, umat Nabi Muhammad s.a.w yang bergelar manusia. Kasih sayangMU terlalu luas. Ramadhan kali ini, dapat kenal teman baru, alhamdulillah. sampai sekarang ukhuwah masih berkekalan, teman, terima kasih atas kesudian terima saya sebagai kawan! saya senang berkawan dengan awak ^^ ceh ayat, heeeeee~
teman ....., credit to you. =)
sebab hang, aku kenal dengan dia, dapat gather balik dengan kawan-kawan sekolah kita, dapat berhubung balik dengan diorang.... dengan izin DIA. =) bila ingat2 balik, rasa terharu sangat... kalau hang ada sekali kat sini, masyaALLAH.... lagi seronok. tapi takpe, hang pergi menuntut ilmu di perantauan demi segulung ijazah kan, untuk berbakti. wish you the best sayang =) INSYAALLAH.

macam ada satu ayat tu sebut ALLAH mempersatukan hati-hati hambaNYA yang dia kehendaki. maka, apa lagi yang dapat dikata? bersyukur ya amat dengan kasih sayang DIA yang sangat2 adil terhadap makhlukNYA.

conclusion, ramadhan kali ni terlalu banyak benda yang terjadi pada diri, yang teguh ingin kembali mengejar fitrah diri yang asal, mencari DIA. alhamdulillah ALLAH.


raya.

raya kali ni amat2 juga bererti. terdengar takbir raya macam ada satu rasa yang hinggap berteduh di hati. tanda berakhir sudah ramAdhan yang diberkati, bulan amal. bulan yang dikurniakan DIA bonus kepada umat manusia, yang bergelar islam. Moga ramadhan yang berakhir ini memberi seribu erti dan terus mengistiqamahkan diri dengan amal kepadaNya.

raya kali ni, beraya bersama kawan-kawan sekolah menengah dulu. pergi kenduri di rumah teman yang akan fly ke India juga, Harisah. may ALLAH bless you.

mula2 rasa sangat kekok dan terasa macam boleh ke aku masuk dengan diorang.kat sekolah dulu memang tak pernah rapat pon. sekadar teman sekolah yang biasa-biasa.
tapi, kali ni, rasa macam ukhuwah yang terjalin 2 lebih indah. rasa macam rapat biarpon ni jumpa kali pertama lepas sekolah last form 5 dulu 2. ALLAH terima kasih sekali lagi atas nikmatMU ini.
again, berharap kamu di sini, teman.


Allah, do bless us with your blessing, always. terimalah taubat kami, jadikan kami hambaMU yang selalu dekat pada MU. jadikan kami hambaMU yang dekat dengan jalan mencari keredhaanMU. jadikan kami hambaMU yang bersyukur.



^ ^




Friday, August 26

ralat

kenapa diri? kenapa nak tunduk2 pada NAFSU?

lawan! kata nak tempuh jalan mujahadah!
so do fight strongly!

bad habits ( nak delete slow2):

1. lengah-lengahkan waktu solat *turun naik*

2. read AL-QURAN *turun naik jugak*

3. cakap sia-sia *kosong*

4. pakai baju yang tak menutup aurat sepenuhnya

5. tak suka orang ni, tak suka orang tu. *judgement*

6. ujub, riyak yang berbaki lagi dalam diri.

7. rasa asyik nak marah *penang cakap 'hangin'*

8. buang masa sia-sia macam tu aje *lagha*

9. online kalau tak ada tujuan apa-apa

10. suka tidur . *favourite nih =.=*

-alia, banyak nye weakness nak kena fix balik!-
Allah, do give me strength and guide me.........

Thursday, August 25

thinking

tadi balik kelas..
bukak ym nak tunggu kawan reply semalam punye soalan.
then dia bg link..
and aku baca, alhamdulillah it do help me alots. thanks fillah. hati mula rasa lega sikit. rasa macam beban yang berlambak-lambak menyesak dada tu keluar, walau tak semua.

terima kasih ya ALLAH.

then, pegi kat her followers, jumpa blog someone
and hati sangat-sangat meronta nak bukak.
so, kesempatan yang ada, bukak lah blog si dia

go through her entries one by one. act, nak mencari kekuatan sebenarnya.
lately nie, rasa sangat lemas dengan perasaan yang bertempur hebat dalam diri. terlalu kelam semuanya. sampaikan kekadang, aku dah tak nak fikir kan semua tu,and go on dengan apa yang ada sekarang. macam gaya putus asa saja.

masalah yang datang bertimbun dalam kepala memang betol-betol buat aku lemah. sangat lemah. rasa tak mampu nak teruskan begitu mengasak dada. putus asa akan jalan yang aku pilih nie. ALLAH...

back to her;

when baca through her entries semua tu, aku macam sangat-sangat terpukul oleh bicara lily itu. macam-macam rasa bermain dalam kepala. tapi teroskan jugak baca even hati da rasa sangat- tak tau nak describe macam mana.

hati aku mula bertingkah, betol ke apa yang aku pilih nie? betol ke cara aku buat ni in order to achieve that? boleh ke aku bertahan macam nie?
dengan segala benda datang asak-asak-asak-asak-asak

sekarang ni, and untuk seterusnya, aku betol2 perlukan someone besides me untuk guide and tolong aku face semua ni.
aku tak jadi macam before2 ni, dah bertekad, then patah balik. tak, aku tak nak! aku sangat-sangat nak realisasikan apa yang sedang perlu aku lakukan.

sangat-sangat nak.

ALLAH, ape yang aku sedang rasa ni? aku betol2 buntu. aku nak mencintaiMU, merinduiMU, merasakan manisnya saat beribadah kepadaMU. aku mahu menghayati nota cintaMU sepenuh hatiku. tapi, kenapa hati aku terlalu berbolak-balik? macam mana aku nak buat nie?

flashback.


alhamdulillah.

and part of mencari diri balik dalam proses muhasabah diri, sangat-sangat perit. banyak sangat masa lalu yang menjijikkan apabila dekenang. banyak nya nikmat ALLAH yang jarang disyukuri malah kekadang dikeluh kesahkan. contoh paling baik, ujian DIA.

ya, ujian. dugaan yang ditimpakan.

teringat kata teman itu,
ALLAH kenalkan jahiliyyah pada hang melalui dia, and sekarang hang nak transform, ALLAH turunkan pulak ujian melalui dia. Allah nak tengok kuat mana hang nak bertahan. di jalan yang dipilih ni
.

then, suddenly, terfikir balik. apa yang aku fikir selama ni? seriously sangat2 tak terlintas benda tu. ALLAH kenalkan aku dengan jahiliyyah mungkin melalui dia, hanya untuk melihat pada siapakah harus aku berpaling? MasyaALLah. hebat. hebat sungguh cara ALLAH. halus cara tu sampai aku tak pernah sedar.

and sekarang ujian yang diturunkan DIA, pada aku sangat-sangat berat, bagi aku.
and benar2 menguji kesabaran and hati aku. ya, terlalu menguji. sehinggakan kekadang langkah yang aku nak ambik tu, buat aku berfikir 2 3 kali. betul kah?ke macam ni? ke macam tu?


and hati benar2 ke ikhlas dalam nak berubah? contoh post segala macam bicara and artikel berkaitan islamic2 ni kat fb la, sebab apa hati?

*sedikit sebanyak nakkan respons orang. suka tengok orang like banyak2, and komen2, masa mula2 dulu. rasa riak pon ada sikit hadir*

Allah, 2 da lari tujuan asal. alia, kenapa nak harap perhatian orang? sering kali bertempur hati dan akal dan nafsu untuk membuang perasaan itu dan rasa riak yang menenggelami hati. rasa seperti sia-sia saja tindakan semua tu, coz nak perhatian orang.
dan sampai sekarang, masih bertempur dengan hati, dan alhamdulillah rasa itu makin hilang, berkat dari DIA.

alia, kena muhasabah lagi banyak2 ni!





Tapi Awak.. | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tapi Awak.. | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, August 24

Sudah Penat Berdoa! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sudah Penat Berdoa! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

ourself.

sometimes, bila duduk sorang-sorang mula lah fikiran mula pi sana sini.
segala benda mula nak fikir. everything is just waiting for their turn. nak diproses dalam kepala.
dalam segala benda tu, mesti satu hal ni tak pernah-pernah miss.

my OLD time.

terlalu banyak kenangan yang terpalit pada detik itu.
baik,buruk, sedih, seronok, marah, benci.. segala rasa yang ada dalam hati ni lah kiranya.

tapi, mengingat kembali those memories, pasti sepastinya akan membuatkan diri ini membuahkan perasaan sedih yang menggunung.

everyone has their own past. and for me, definitely, it ain't a sweet one. jauh la nak kata time tu lah yang paling nak ulang-ulang balik.

im really regretting it. whole of the story.
tapi, lagi tak ada guna kalau hanya membiarkan tanpa bertindak.

Semuanya atas perancangan ALLAH, tapi yang menjalankan proses pemilihannya adalah diri kita.

ya, dulu, apa-apa pon salahkan takdir.
tak fikir, diri sendiri yang punya mistakes.
mula lah nak keluar segala perkataan yang tak elok 'shit, damn, bodoh, bangang, babi, etc..' and hati pulak mula makin jauh dari gapaian iman.

truthly, masa tu diri memang jahil. terlalu. everythng was leading by lust. NAFSU.
yang menterbalikkan segala benda and fikiran dalam diri.

now, when happen to be like this,
mula slow-slow duduk muhasabah diri balik.
apa yang aku dah buat selama aku hidup 20 tahun ni?
apa yang aku bagi pada PENCIPTA aku, mak abah aku, and kawan-kawan aku?
dan paling penting, mana iman aku pada sang PENCIPTA? yang dah semakin goyah,

sungguh, segala rasa bercampur baur jadi putar belit dalam kepala.
akal dan nafsu angkat bendera bertempur sakan.
masing-masing keras mainkan peranan.

dan akhirnya, aku sendiri lemas dalam hakikat.

later,
ketibaan RAMADHAN.

hati mula berdetik lain macam.
ada rasa lain yang menyelinap dalam hati.
terasa lain benar kali ni.

akal mula berfikir rasional.
benda apa yang dok berputar dalam hati ni?
and berkali-kali cuba mencari jawapan.

then lepas agak-agak berapa hari RAMADHAN mula membuka tirai,
yup! i got the answer.

hati.
akal.

mahukan perubahan.
perubahan besar.
yang jalannya pasti penuh berliku.
yang jalannya akan membuahkan terlalu banyak kata yang menyinggah di laman hati.
yang membuahkan persoalan dalam diri orang-orang sekeliling
yang akan menerima respons yang pelbagai.

MUJAHADAH.

itu perkataan yang menggambarkan rasa yang hadir.
berubah, ke arah yang positif.

berubah dalam membentuk semula diri ini.
berubah dalam segala amal perbuatan
penampilan, percakapan, fikiran.

semuanya hanya ingin ke arah mencari jalanNYA yang sudah kerap kali didustai oleh nafsu.


MUJAHADAH.

perit, berat, susah.
memikirkan dugaan nya, kata-kata orang.

tapi, takkan nak tunggu lagi?
sampai bila?

kalau esok ajal menjemput, masa tu baru nak bertaubat?
sempat ke?
panjang mana lagi umur yang dikurniakan DIA?
tahukah wahai diri?

tetapkan pendirian dan rasa hati.

sudah sampai masa untuk mencari diri yang hilang,
mencari keberkatanNYA,
redhaNya.

lastly,
MUJAHADAH menjadi pilihan.

dan aku,
sedang perlahan-lahan merangkak menyusur jalan ini.
insyaALLAH, mohon ditetapkan hati.

diri,
KUAT!




*terima kasih teman-teman di atas prihatin dan sokongan kamu*




Tuesday, August 23

first entry

alhamdulillah, this will be my second time ber-blogging-.
feels like a bit unconcious =.='

goal:

start a new life ( even da tue ) haha.
but, it was never too late for anyone to ask for HIM forgiveness.
repent for those all tht jahiliyyah-dosa-dosa
yg rasa nye.. terlalu haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ALLAH, do guide me to find YOU.
i want to love YOU for all my life.

insyaALLAH, still learning.

n will be always.



-there goes some introduction of me- =)