assalammualaikum!
hoho taktau nak letak tajuk ape...hari ni, entah dah beraapa minggu aku cuti semester ni... tak terkira dah..
tup-tup-tup nex week, 4 november result exam kuar.
tapi teringat cakap sorang teman, ALLAH tak pandang result, tapi ALLAH pandang usaha.
so, lega sikit hati. tapi takut-takut jugak, exam paper last hari tu preparations memang alahaiiiiii.... adoyai..
tapi redha kena terima ape yang dapat nanti, sebab dah usaha...
tawakkal pada ALLAH! insyaALLAH mintak2 result okay, kawan2 lain and my siblings jugak! amin.
cerita kat rumah ni, masa mula-mula balik, memang sonok laaa... home sweet home. tapi bila da lama macam ni, kadang-kadang taktau nak buat apa! ( wah, ayat macam ALLAH bagi masa yang terluang tu untuk disia-siakan! astagfirullah =| )
cuti left for 3 weeks more.... banyak masa lagi.
MUET 19hb nov- listening, reading and writing test.
hari tu speaking boleh la nak dikatakan worse jugak, so kena pulun la for this three more. insyaALLAH.
so, belek-belek la buku MUET and buat exercise bagai. mintak2 masuk lah segala ilmu, dengan izinMU Ya ALLAH. amin!
oleh kerana masa senggang terlalu laa banyak, tangan and hati mula asyik nak cari buku nak baca.
nasib laaa banyak buku-buku kat dalam almari tu tersusun. alhamdulillah, syukur dipermudahkan!
misi pun bermula...
setakat ni, dah habis 2 buku khatam. insyaALLAH.
title:
1) Senyum dan Tangis RASULULLAH
2) Syurga atau Neraka
masyaALLAH, contents dalam tu sangat menarik. sehingga sekejap-sekejap kabur mata ketika membacanya...
sangat2lah untung and tak membazir sesiapa yang takut duit dia habis sebab nak beli buku2 tu, sebab harga cuma at 9ringgit each.
balik pada buku tadi, untuk yg first book, kisah2 pasal Rasulullah dan amalannya, sunnahnya yang perlu kita, umatnya contohi. diceritakan tentang ketawa, tangisan di dunia dan akhirat.
Rasulullah sendiri masyaALLAH, terlalu banyak menangis akibat memikirkan umatnya tatkala ditanya tentang hari kebangkitan nanti.
RASuLULLAH tak pernah ketawa terbahak-bahak sebaliknya yang paling 'tak tahan laa' bahasa kita, senyum menampakkan gigi sahaja.
Baginda bergurau, tapi melainkan berkata yang sebenar perkara sahaja. tidak pernah baginda mencipta pembohongan dalam gurauannya. Selawat ke atas rasul junjungan kita...
aku terfikir, aku? bergurau? kadang2 tipu sebab taknak orang tu terasa dengan kita, masyaALLAH. Ya ALLAH, berdosanya aku...
ketawa? aku? sampai pernah terbahak2 senhingga mengalirkan air mata... astagfirullah, teruknya aku...
kena berubah ni!
learned from the past, alia! insyaALLAH. amin.
sabda baginda s.a.w :
"tidaklah kamu akan ketawa bersenang lenang sekiranya kamu tahu apa yang ada di fikiranku, dalam pengetahuanku, demi ALLAH"
kat sini, aku tersentap sedikit. digambarkan jika kita mengetahui gambaran akhirat seperti baginda tahu, maka akan berduyunlah manusia ke tempat tinggi memohon keampunan dari ALLAH, dan tidak akan pernah ketawa.
nauzubillah...
dan banyak lagi... insyaALLAH lain entry aku tulis lagi.. tarbiyyah hati, yang makin nak kelam semula.. =(
unutk buku lagi 1, diceritakan tentang bagaimana syurga and neraka, golongan2 yang akan masuk ke dalamnya, dan sedikit cerita pada zaman nabi-nabi dahulu.
kalau nak mengeluh tentang ujian hidup, fikirlah. Nabi Ayub a.s yang menderita sakit cacar selama 18 tahun tak pernah mengeluh sebaliknya tabah dan redha pada ujian ALLAH. ALLAH uji baginda, anak2 nya semua mati, 2 dari 3 isterinya lari, orang keliling mencercanya...
sehingga habis seluruh daging di tubuhnya dimakan ulat2 sehingga yang tinggal hanya lisan dan hati nya sahaja untuk memuji dan beribadat kepada ALLAH Ta'ala.
sungguh hebat iman Nabi Ayub!
sedangkan kita? aku sendiri laaa..
baru diuji sikit, menggelabah... hampir mengalah.
alia, and to all kat luar sana kan ALLAH dah kata DIA tak akan memberatkan dugaan dan penyakit kepada seseorang melainkan dia mampu, ALLAH knows best!
"selepas kesusahan pasti ada kesenangan. Sekali lagi, selepas kesusahan pasti ada kesenangan!"
surah al-Insyirah, ayat 5-6.
ALLAH dah sebut, ditegaskan lagi dalam ayat tu, maka apa yang kita perlu risau? mengeluh?
ramai lagi kat luar sana yang lagi parah dari kita. ALLAH uji kerana DIA sayang!
alia, tarbiyyah hati! aku ulang-ulang-ulang-ulang-ulang-ulang and ulang.
kena baja sesuburnya sementara kesedaran datang dan ALLAH memberi peluang.
semoga berkekalan dan dirahmatiNYA.
okay, back to the hell and heaven.
H.H.
sama kan huruf?
tapi perbandingannya masyaALLAH, jauh! tidak akan sama walau apa pun!
bukti kekuasaan ALLAH.
Bukti bahawa hari pembalasan tu wujud.
bukti bahawa manusia akan dibangkitkan semula!
masyaALLAH!
sungguh, aku sangat takut apabila membaca hal-hal ini.
:'(
dari 12 golongan yang akan meniti titian sirath, hanya 1 GOLONGAN yang akan dimasukkan ke dalam syurga.
manakala lagi 11 golongan dihumban ke neraka dibakar dengan api yang amat panas tak terhitung.
dikatakan, panasnya api neraka itu masyaALLAH, tak terkata.
api neraka itu dipanaskan selama 1000tahun, kemudian menjadi putih.
dibakar lagi 1000tahun, kemudian menjadi merah.
dibakar lagi 1000tahun sehingga menjadi hitam dan tidak lagi terpadam sesudah itu.
bayangkan.. betapa panasnya.. nauzubillah!
Pada hari di padang mashyar itu, dikatakan ALLAH amat marah, tidak pernah lagi sedemikian....
hari manusia dihisab, setiap amalan walau sebesar biji sawi, akan ditunjuk dan dihisab! MAsyaALLAH.!
hari itu, baginda saw menangis sehingga kering air mata di pipinya mengenangkan dan melihat nasib dan keadaan umatnya.
sambil memohon kepada ALLAH, agar diselamatkan umatnya!
Malah, baginda saw rukuk dan sujud kepada ALLAH agar umatnya diselamatkan!
hari di mana semua orang sibuk termasuk nabi-nabi lain akan hal nasib diri sendiri, sama ada ke syurga atau neraka, tapi tidak BAGINDA SAW! baginda sibuk memohon untuk... ummati..ummati...
masyaALLAH terlalu besar kasih sayang dan pengorbanan baginda saw terhadap kita....
tapi kita?
terlalu banyak berdosa dan berpaling dari ajaranmu...
astagfirullah.. ampunkan kami, ya ALLAH, ya TUHAN kami.... ampunkan dosa-dosa kami...
1 comment:
alia alia i lowwwwve buku senyum dan tangis rasulullah. rajin duk ngusung time f4 f5 dulu (time tu sikit2 dah konflik diri and cuba untuk menyemai rindu dan cinta untuk kekasih Allah dan insyaAllah kekasih kita suma jugak)
teruskan menulis! chaiyok!!!
Post a Comment