sayup-sayup lepas buka puasa tadi, sambil tangan menyuap ke mulut, sambil tu mata menatap video-video di youtube. al maklum lah, wifi free sekarang. so, di samping kalut malut study tu, tangan pon sibuk la kalut malut mengupload video. heeeeee~
then, sementelah dengar lagu2 nasyid, terjumpa this video and lagu ni yang memang dicari-cari. alhamdulillah.
tangan tekan butang play, dan selaju mungkin si youtube tu mengdownload video. hissssshhhh merosak bahasa betul aku ni. rojak campur. huuuuuuu~
mata lekat pada skrin laptop. video just starting to play the song and the video.
DETIK PEMERGIANMU
Ya ALLAH, air mata menitis satetis demi setitis dari tubir mata saat menatap video ini. tak dapat digambarkan dengan rasa dan perkataan betapa sebak memalu hati. betapa diri terasa terlalu terpukul.
MasyaALLAH, begitu hebat kasih Rasulullah s.a.w kepada umat nya..
terlalu agung dan hebat kasih seorang nabi. bandingnya tiada tandingan.. tak ada.
ALLAH, air mata makin laju menitis. turun mengalir menuruni pipi. sedih sangat rasa. sangat- sangat.
tak pernah ada manusia sebaik NABI, dan takkan pernah ada walau betapa tempoh masa dunia ini diperuntukkan sekali.
bayangkan, jika dapat melihat dan merasai di saat itu, tak dapat digambarkan betapa pilu bakal menghempap hati. Sehinggakan saiyidina UMAR meratap tak percaya. tangisnya kuat, menahan perasaan yang bergetar apabila dikhabarkan kewafatan Rasulullah s.a.w. lihatlah kasih sayang seorang sahabat yang terlalu mencintai nabi dan ISLAM dan juga amat mencintai ALLAH s.w.t. tidak keruan sehingga ditenangkan saiyidina Abu Bakar as siddiq.
"manusia akan mati walaupun dia kekasih ALLAH. tetapi ALLAH dan kasihNYA tak pernah mati unutk hambaNYA."lalu, saiyidina Umar tersedar, dan pulih kembali.
kalau kita? seorang sahabat yang begitu kuat imannya pun hampir2 lemah tak berdaya mendengar kembalinya kekasih ALLAH.
sedangkan kita? layakkah kita mengaku mencintai Rasullullah sedangkan perbuatan amal kita berlawanan dengan pesanan terakhirnya sebelum baginda menutup mata? layakkah kita? hibakah kita? sayangkah kita pada seorang nabi yang terlalu luhur hatinya itu....
sebak sangat rasa hati. ALLAH.....
bagaimana agaknya sekiranya baginda berada bersama kita sekarang, melihat keadaan umatnya ini...
masyaALLAH...
ALLAH, berilah aku petunjukMU, rahmatMU...
Rasulullah, aku kepingin untuk mendapat syafaatmu dia sana nanti..
" telah aku tinggalku 2 perkara yang amat berharga, kepada umatku.. sesiapa yang mencintaiku, akan bersama-sama denganku dia sana nanti.. perkara itu adalah AL-QURAN dan al-HADIS.."
-hati terlalu hiba sekarang. nasihat unuk diri juga-
1 comment:
T_T
Post a Comment