notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Saturday, July 21

khutbah pertama tarawih

semalam dengan rasminya, bulan Ramadhan sudah menyingsing tirai rahmatnya. mashaAllah, sekejap sangat masa berlalu datang dan pergi. sungguh. terasa seperti tick tock tick tock inche jam berdenting dengan kelajuan yang laju. laju. pantas sehingga dalam sedar tak sedar sudah berlalunya Ramadhan yang lepas hampir sekejap cuma, dengan masa.

kini, Ramadhan yang baru pulak ambil turn menjelma.
dan bulan ni memang bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam, kan? insyaALLAH sama-sama kita menjalani ibadah puasa ini dengan penuh sabar dan hikmah. insyaALLAH.



pukul 8. 45 pm semalam, aku dan mak masih lagi bersoal jawab dengan abah mengenai solat tarawih yang diadakan di masjid kampung ni. memacam tanya. sebabnya first time nak pergi ni. tak pernah lagi berkesempatan nak jejak lantai masjid kampung ni even dah tinggal hampir laa dekat 10 tahun kat sini sejak berpindah masa darjah 5 yakni umur aku mencecah 11 tahun masa tu. sebabnya, lepas habis sekolah rendah, aku masuk asrama sampai laa ke tingkatan 5. memang buat tarawih dekat sekolah laaa.
dan hari-hari terakhir Ramadhan memang dekat rumah laa, sebelum-sebelum ni, siapkan itu ini menyambut persiapan raya. masuk pulak zaman universiti, takdir pon melantaskan aku tercampak ke kolej. jadinya, sama seperti sebelum ni, tarawihnya di masjid sana laaa. dan selama-lama tarawih yang aku tak buat selalunya dalam 10 malam yang terakhir tu, rasa sedih tu ada, tapi singgah sebentar cuma.
rasa rugi.
rasa sayu.
menjentik hati dalam ni. tapi macam tu jelah, then lepas and lepas laaaa.
sampai lah ke hari raya......


tapi sekarang bila fikir balik masa yang terlepas tu, rasanya sangat-sangat rugi. rugi sangat tak merebut peluang yang punyalah besar dan lebar dan luas dan berkali-kali dalam sebulan tu, untuk solat tarawih tu sendiri. jumpa hanya sekali setahun, dalam Ramadhan sahaja. cuba, dalam masa sebulan tu ada sakit atau keadaan yang tak mengizinkan nak solat sunat yang besar pahalanya itu, masa tu barulah nak rasa rugi tinggal yang lepas-lepas dah punya tu...
tapi tak apa, masih jua ALLAH hadirkan rasa kesal itu yang mengerakkan hati dan akal untuk berfikir lantas mengakibatkan inche hati cuba untuk tak mengulanginya lagi.
cuba berusaha termampu untuk merebut pahala itu.
akan cuba sedaya mungkin menggapai kasih sayang ALLAH yang sungguh, memang tak pernah dilupakan pada hamba-hamba yang bersujud memohon keampunan pada DIA.



balik pada cerita tadi, tetiba azan Isya' menyapa pendengaran. alamak, apa pun tak siap lagi masa itu. maka terkocoh-kocoh laaa kami anak beranak berlari ambil wudhu' dan pakai telekung semua. abah tak dapat turut serta susulan dari ketidaksihatan dalaman.

then mak cakap dekat aku pergi naik moto laaa, takut tak sempat.
aku cakap sempat.
makanya, kami berjalan. besar pahalanya setiap langkah perjalanan ke rumah ALLAH itu. so, kena laaa rebut kan!
dah dekat nak sampai imam dah bertakbir ALLAHHU AKHBAR!

mak pon jerit dekat aku, angah cepat jom lari. sat lagi, tak sempat kejar imam. 

haha kat situ mula adegan berlari ke masjid. mengah jugak sampai ke masjid tu. tapi, alhamdulillah sempat bersama imam. alhamdulillah.

lepas solat Isya' , diselitkan khutbah ringkas sebelum tarawih bermula. dibaca serba sedikit, hadis dan ayat Al-Quran yang berkait dengan bulan mulia ini.
antara yang masih kekal dalam hati dan minda dari khutbah semalam, insyaALLAH jom nak kongsi bersama. :D



1. Solat fardhu yang ditunaikan pada bulan ini sebanyak satu waktu sama pahalanya seperti solat  70 kali waktu solat. 

2. Solat sunat yang dilakukan dan diperbanyakkan pada bulan ini membukakan pintu-pintu syurga luas untuk mereka itu, ditutup pintu neraka.

3. Sesiapa yang membaca walau hanya satu ayat Al-Quran, pahalanya sungguh banyak.       pintu syurga terbuka lebar untuknya.

4. Sesiapa yang sabar menahan lapar dan haus sepanjang berpuasa itu, insyaALLAH mendapat rahmat ALLAH di hari akhirat nanti.

5. Sesiapa yang bersedekah kepada fakir miskin pada bulan ini, nescaya ALLAH memberikan rahmat dan keampunan kepadanya di hari Akhirat nanti.

6. Sesiapa yang melamakan waktu sujud dalam solatnya, maka insyaALLAH akan diperkenankan doanya itu dan diberikan rahmat.


maka, berdoalah, rebut pahala yang ada yang ALLAH berikan pada kita pada bulan puasa ini dengan sebaiknya. berdoalah agar dibukakan pintu-pintu syurga untuk kita berterusan dan berdoalah agar pintu-pintu neraka itu tidak akan dibukakan kepada kita. banyakkanlah amal ibadah dan sucikanlah diri yakni hati, pada bulan ini.
jika hendak mulakan amal yang berdikit-dikit, mulakanlah sekarang. moga-moga berkahnya akan meresapi hati kita berterusan, insyaALLAH. 



insyaALLAH.

dan dari Astro Oasis tadi,

diriwayatkan dari Abu Dzar dari Nabi Muhammad s.a.w,

"bahawasanya kalimah yang paling disukai dan dicintai oleh ALLAH s.w.t adalah kalimah 'subhanallah hiwabihamdi' . "
Riwayat Hadis Muslim.




insyaALLAH amal yang berterusan beserta doa mampu untuk menterbalikkan hidup kita 390 darjah seperti yang kita inginkan untuk perubahan ke arah yang lebih baik.




 amin. amin. amin ya rabbal a'lamin.






buat para wanita dan gadis di luar sana
 (including me) ,
 sekiranya dikunjungi 'hari-hari istimewa' itu, 
jangan bermuram
 atau berduka
 mahupun merungut.
ALLAH maha Tahu segalanya.
 semuanya ada hikmah kejadiannya.

2 comments:

wunny said...

hehe berlari ye dgn mak.. :D

aliazulkifli said...

:P
seronok kot.
lama dah tak exercise. haha :P