lama puak rasanya tak menabur kata di laman ini.
kali ni, nak cerita pasal Masterchef lagi tapi edisi FINAL punya. and the winner of Masterchef jugak! :D
for the semi-final, calon-calon yang layak yang dah berentap- Soo Winchi, Farouk , Angah RajaLawak, Juliza and Dato' Fazley.
and dorang kena masak memasak kat tengah panas dekat satu hotel ni, spa apa entah. tak ingat nama tempat tu.dengan pakai baju chef dah kot. *bergaya*
lepas tu dorang punya cabaran kena tiru or duplikasikan dishes yang Chef kat hotel tu masak. err kek ketam and lamb/ beef something laa yang dorang nak kena tiru tu, dari sei rasa, kualiti and decoration a.k.a plating. so masa tak silap dalam 90minit kot.
dan dan lepas tu, pemilihan siapa yang success ke final esok harinya pulak. kali ni elimination kena sampai 3 orang. err banyak kot, sekali kena singkir tu. cerita punya cerita, komen pulak sesama chef tu, then yang tak berjayanya ke peringkat final nya ialah Soo Winchi, Farouk and Juliza.
hohooo so yang menang and the top 2 are Angah RajaLawak and Dato' Fazley. memang dua-dua layak and kreatif pon dalam masak-masak ni sepanjang Masterchef ni.
tapi aku tetap sokong Dato' Fazley.. *winkwink*
kecik.besar. jer gambarnyer :D
and yang tak berjaya tu agak laa sedih jugak. yelah, mesti lah masing-masing nak masuk final and be the winner kan. sape taknak. tapi tak ada nasib. top 5 pon kira dah hebat la kan.
then, final pon sampai lah waktu ketika nya.. Dato Fazley dapat dapur Western so kiranya kena masak masakan barat. Angah pulak dapat dapur Asia so masak makanan yang jenis melayu kita laaa. dorang kena siapkan appetizer, main dish and dessert untuk 4 orang chef and sorang pengurus hotel tu. kira 5 orang la dorang kena masakkan hidangan tuu semua. dalam masa 2 jam je. kalau aku, entah apa je yang siap gamaknya. nak masak ayam masak merah pon dah nak dekat sejam. hoho.
so, dorang pon masak lah. tapi kali ni, dorang kena masak kat dapur Chef yang betol-betol punya. yang macam dalam tv selalu kita tengok tu. pengalaman. yelah nak jadi MASTERchef kan. :D
masak punya masak dua orang selebriti ni, sampai lahh masa habis. dalam masa 2 jam tu, macam-macam jadi. paling kesian kat Dato Fzley laa. kena lari sana sini sebab antara satu dapur ke satu dapur yang dia kena guna tu jauh laa jugak. sampai terduduk dia sebab letih sangat. kesiannnnnn.
so, time untuk present dorang punya dishes kat judges semua.
Angah masak popia, daging something and puding. nama hidangan dia 'CYBER ' apa entah..
Dato Fazley pulak nama hidangan dia dari 'London ke Paris, wahai kekasihku....' err something like that laa. and dia buat roti, daging and dessert bentuk angsa.. aku pon taktau pekenama benda yang dia masak tu. tapi nampak cantik and sedap.
judges makan, komen and bagi markah. last sekali dorang berdua kena panggil ke depan untuk umum keputusan. and kali ni, semua seleriti yang pernah masuk Masterchef ni, semua datang. yang lagi 14orang tu, tak silap aku laa. meriah je kat situ. macam majlis besar camtu lah haaa.. isteri, mak and adik-adik Dato' Fazley pon datang.
da jeng jeng jeng jeng, keputusan diumumkan. *tetiba, iklan pulak.*
suspens punya suspens, then the winner is Dato Fazley!!!!
yeayyy,
macam aku kata before ni, he deserved it. sebab dia paling terror sekali dalam masterchef tu. tapi ada laa jugak kelemahan dia dalam tu. tapi consider okay laa. not too bad. then Dato' Faley dapat sumbangkan RM57,500 dekat charity yang dia wakili- Yayasan Jantung Negara. alhamdulillah. :DD
Angah RL pon terima dia kalah without any complains sebab dia pon kata Dato' Fazley deserved the place as a winner. :D
so, that is the end of the Masterchef Selebriti yang pertama yang dimenangi dato' Fazley. wonder who will be the contestants of the Masterchef Selebriti yang kedua pulak nanti- if ada laa.
counting: Ramadhan lagi kurang 5 hari :D insyaALLAH
errrr,, taktau dapat degree kat mana lagi ni....
No comments:
Post a Comment