notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Tuesday, July 10

muncul.hilang.muncul

umur aku sudah menginjak ke angka 21 tahun ni. umur aku sudah makin menginjak dewasa. umur aku jugak sudah makin menginjak naik tidak lagi turun-turun. umur aku jugak menjadi saksi atas apa yang sudah aku terbuat terbual terlihat dan terrr lagi , sepanjang 21 tahun ni. di akhirat sana. di Padang Mashyar sana nanti. di hadapan Allah Maha Esa. di bawah teriknya matahari (wallahu'alam) mungkin. di bawah kuasa DIA sebagai penentu segalanya pada hari itu.

aku sudah semakin tua. sudah semakin tua dengan usia. sudah semakin tua bersama ringanberat dosa pahala ( T_____T).  sudah semakin tua dimamah pengalaman versi hidup yang pelbagai. (dan akan lagi)

tapi aku belum lagi tua untuk merasai dekatnya kasih DIA. tak, aku tak mahu tua dalam usia ini. tidak, aku tak mahu tua dalam dakapan rasa indah ini. tak, aku tak mahu tua bersama kehilangan persis cahayarasaindah ini. tidak, aku tak mahu.

aku tak pernah rasa dipimpin tangan sekerap yang mungkin seperti mereka mereka dan mereka di luar sana. (pahit). aku tak pernah merasa didengari secara hati ke hati dengan sesiapa juga. aku juga tak pernah merasa diamati dan dibawa ke alam yang lebih indah dari masa lalu aku bersama sesiapa yang bergelar murabbi atau se'bulatan gembira'.

yup, the truth. it's so true. never can deny it. and I would not to do so. i'm not going to say anything against it either.

sering aku melihat mendengar membaca kisah-kisah mereka berpimpinan tangan, berpimpinan hati dan berpimpinan langkah menuju ke arah satu titik itu. titik perubahan. titik perubahan terbesar. mungkin, atau titik perubahan menikmati rasa hidup dan jiwa baru. menenggelamkan kemilau duka dahulu.

aku tak pernah merasainya. aku tak pernah merasainya. aku tak pernah tahu pun bagaimana rasa adanya mereka mereka itu di sisi. (realistik)
aku tak pernah rasa manis masam pahit kelat melangkah bersama-sama mereka mereka di sisi, ada untuk didengari, ada untuk berkongsi, ada untuk memberi kata-kata semangat, ada untuk mengambil berat, ada untuk mengingatkan sekiranya aku lupa, tersasar. ada sekiranya aku perlu sokongan.

kerna apa aku perlu? kerna aku rapuh. aku rapuh bagaikan kayu yang dimamah anai-anai. aku rapuh bagai kayu yang mereput dilanyak bulldozer. aku rapuh kerana aku keseorangan di alam fana ini ke arah itu.

yang sentiasa memungkinkan aku terjatuh bahana ke gaung yang paling dalam itu, bahana aku jatuh ke kawah berapi yang paling panas itu, bahana aku jatuh tenggelam ke dalam lautan yang luas itu. lalu mereput dan tidak timbulbangun kembali. (ahhhhhh)


aku hanya mampu menembusi alam maya, mampu hanya melintasi alam abjad-abad yang tersusun membentuk rencah bacaan pada sang pelihat. dan aku hanya mampu mendengar dari jauh. tanpa aku dapat menenggelami diri aku sekali bersama jauh itu.

 kekadang rasa hipokrit memenuhi ruang pernafasan jiwa dan hati aku. rasa itu timbul tenggelam bersama perginya masa. rasa itu hadir tanpa kata. rasa itu ada. (malahan selalu)

quote- memaksa diri melakukan sesuatu yang menjadi ketidakbiasaan bagi kita, mampu memusingkan yang sebaliknya. melakukan sesuatu secara paksaan akan membuatkan kita alah lalu menjadi kebiasaan bagi kita.

itu aku sedang lakukan. itu juga sedang aku usahakan. aku tahu aku tidak seorang. aku tahu DIA senantiasa di situ sekiranya aku 'sakitjiwa'. Dia senantiasa ada. tapi, nabi Adam a.s pun perlukan teman- seperti Hawa. apatah lagi aku manusia biasa yang cuba merentasi jalannya berliku berentang batu tajam kerikil segala. aku manusia biasa. aku perlukan seseorang. mungkin dua. mungin tiga. mungkin lebih. cumanya- aku perlukan teman itu.

aku perlukan orang itu untuk berada berjalan merentasi alam ini dengan melihat dari kaca mata DIA, bukan aku. aku perlu untuk dipimpin  merangkak mahupun berlari mengejar cinta DIA. aku perlu untuk merasai bahawa aku tidak keseorangan dalam perjalanan ini.


sudah aku katakan, aku manusia lemah. manusia rapuh. (realiti)



aku nak merasai manis berbulatan, berkonferens, merentasi, mencari jalan itu, cinta itu.
aku mahu itu. aku perlu itu.

tapi aku tak ingin dijunamkan kembali dalam gaung masa lalu aku yang bagi aku, tiada apa yang terbias indah. aku tak ingin dimomokkan lagi dengan keindahan mengejar duniawi yang hanya menunggu kataNYA  'kunfayakun'  untuk menamatkan seisi alam sejagat ini dari hidup seperti hari ini detik ini.


 zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

yang paling aku inginkan- nafasku dipenuhi deruan zikir , bukan lagi nyanyian ballads, rock kapak, instrumentalcinta, etc yang membuai perasaan bunga-bunga dalam hati aku.

yang paling aku inginkan- langkahku tidak lagi sumbang ketika menaiki tangga menuju merebut agungnya cinta itu yang seringkali dipijaki sang kerikil tajam.

yang paling aku inginkan- aku tidak hipokrit selama tika ini dan hari-hari esok.

yang paling aku inginkan-aku ditemani mereka mereka itu.




aku menukil kata atas apa yang terbias di hati, yang hampir mungkin menyesahkan setiap nafas hidup hingga ke saat ini, atas apa yang aku idamkan, atas apa yang aku perlu dan atas apa yang aku harap. terlalu harap.



terbayang-bayang  lagi masih ayat itu tanpa jemu memutar memori dalam kepala -

 "dan apabila hambaKU bertanya  kepadamu mengenai AKU (maka beritahu kepada mereka) : sesungguhnya aku (ALLAH) sentiasa (hampir kepada mereka): AKU perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU....."
al-Baqarah 2:186


".......bertakwalah kamu kepadaKU dan ucapkanlah perkataan yang benar, maka AKU akan memperbaiki amal-amalmu......" 
(aku betul-betul tak dapat recall surah mana :(( asif  )

 


ini- terbias - darikacamata deria.dari rasahati.
aku tak mampu feel rasa-rasa lain itu. yang aku telah coretkan di atas.

tapi, aku cuba dan tetap cuba. merangkak berjalan berlari pada satu-satu ketika tanpa ada mereka mereka itu.

aku tak mahu diheret kembali ke zaman aku jahil. zaman hitam aku.
oleh akal, hati dan nafsu aku.

aku tak punya sesiapa.
aku cuma ada DIA





T___T
hati aku parah.
hati aku berdarah.
dan mungkin.....
 hati aku sedang berparut sedalamnya




No comments: