hari ni super duper punya happy sebab
okay, so we continue with the topic today. insyaALLAH boleh sama-sama ambil iktibar. insyaALLAH.
tadi i was listening to some part of ceramah on TV9 - Tanyalah Ustaz which tajuk cerita pasal Islam itu Indah.
betol la kan? Islam tu memang cukup indah. sangat indah. lebih-lebih indah. super indah. berganda-ganda indahnya. *indahindahindah*
sambil tengah menyapu sampah dan mengemas rumah, walau mataku ke lain, telinga cuba dipasakkan sebaik mungkin pada ceramah di tv sana. volume cuba dikuatkan agar sampai menyerap dalam halwa pendengaran lantas masuk ke dalam hati. insyaALLAH.
Dalam Islam, semua sudah diajar dalam Al- Quran dan Hadis. dari Nabi Muhammad s.a.w pon terlalu banyak yang boleh dijadikan ikutan dan sandaran pada kehidupan sehari-hari. errr perlu lagi ke
tepuklah dada, tanya hati, tanya akal, tanya jiwa. :)
berkenaan dengan salam.. tadi ustaz ada cerita pasal ni dalam ceramah tu. biasa kan, bila jumpa seseorang mesti kita bersalam dulu kan, ucap ASSALAMMUALAIKUM. dengan muka senyum sebab rasa bahagia menyinggah hati dapat bertemu dengan orang yang kita nantikan tu. mesti rasa sangat excited, teruja. then, sesetengah orang laga pipi, cium pipi tanda kasih. Rasullullah s.a.w masa zaman dahulu pon berlaga pipi dengan para sahabat tanda kasih sesama insan.
bak kata seorang saudara di lamannya Angel Pakai Gucci , kicauan ukhuwah laga pipi ni boleh merapatkan ukhuwah kan, dan mencetuskan lagi kasih sayang lebih menggunung dengan para sahabat mahupun saudara mara ataupun siapa sahaja pon.
there's one ayat dalam Quran yang sebut pasal 'Salaam' , tapi aku tak berapa ingat which surah and which ayat. :( my bad. asif. cumanya nak share laa, dalam Quran pon suruh kita apabila bertemu saudara sesama Islam, maka sapalah dia dengan ucapan salam. kerana ucapan salam itu baik. baik untuk menyapa pendengaran kita, indah bunyinya. malah maksud Salam itu sendiri itu baik - sejahtera ke atas kamu. tu tandanya kita memulai dengan ucapan dan doa yang baik untuk dirinya. maka, InsyaALLAH ALLAH memperkenankannya dan memelihara kita sekiranya istiqamah dan ikhlas kita mendoakan seseorang yang lain itu. :)
tapi, ada beberapa ketika kita tak perlu jawab salam. dari Rasulullah s.a.w sendiri menyebut tentang hal ini.
Keadaan di mana tak perlu menjawab salam:
1. ketika kita yakin orang yang memberi salam itu, bukan orang Islam , yakni orang kafir. if kita rasa ragu-ragu sama ada dia Islam atau tidak, jawablah hanya dengan kalimah 'waalaikumussalam' , tidak perlu penuh.
2. ketika sedang dalam solat. yang mana kalau kita solat berjemaah, imam menyudahi solat dengan kalimah salam itu yang termasuk dalam keadaan masih solat, maka tidak perlu jawab. kalau idak, makanya rugilah solat kita. sebab menyebut kalimah lain di dalam solat.
3. ketika seseorang yang berucap mendahului dengan ucapannya pong pang pong pang baru kemudiaan diberi salam. tak perlu jawab salamnya itu.
4. ketika salam itu dipermainkan. yang ni lah sekarang banyak berlaku hari ni.
tetiba tepi jalan, seorang perempuan lalu, terdengarlah salam dari pihak-pihak lelaki yang sedang melepak di situ. lebih kurang macam ni lah... :
"assalammualaikum cik adik. tak jawab dosaaaa...." haa lebih kurang lah macam tu. tak perlulah kita nak jawab salam macam tu. :)
moganya bermanfaat bagi diri serba sedikit ilmu ni. begitu juga kepada sesiapa yang membaca jua. :)
akhir sekali, saya sudahi dengan ini,,
"Mulakan pagi hari anda dengan alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur oleh DIA untuk kita berbakti kepadaNYA lagi.
Mulakan urusanmu dengan kalimah basmallah walau dalam apa sekalipun urusan, moga memberi manfaat kepada diri dan diredhaiNYA."
-ulama-
extra: kalau kita bersin,
maka ucaplah ALHAMDULILLAH.
kerana masih bernyawa.
dan kerana kuman-kuman penyakit
keluar dari tubuh kita.
4 comments:
Assalamualaikum chenta! :D
assalamualaikum.
tak jawab dosa, kalau jawab sayang :D hehehe
haa aku pun tgk gak td rncgn ni..hehe tp part yg ramadhan tuu..
yg no.1 tu selalu dlm filem la kan..kekadang ada pelakon non-muslim tp bwk watak as muslim.selamba je bg salam..
yg no.3 tu aku rasa ramai yg buat cmtu kan..especially dlm ucapan.usually, mukadimah pnjg2 then baru bg salam.
miza dearr: waalaikumussalam rindu ! :D
qis:: err macam tu pulak yer? haha :P
waalaikumussalam...
wunny: haa betol la kan. dunia laaaa ni, taktau nak kata. macam tunggang terbalik je banyak. haishhh mashaALLAH
Post a Comment