actually i want to post a 'cerpen' today. tapi macam berselirat pulak antara nak lepas gian muhasabah diri dengan nak publish kan cerpen tu, makanya setelah ditimbang timbal *errrrrr* diputuskan akan menge'post' entry baru, bukan cerpen.
sekejap sangat, sudah meniti hari ke-5 berpuasa Ramadhan. sungguh, sangat sekejap. aku macam tak percaya je dah samapai hari yang kelima. mashaALLAH. cepat sangat kot masa tu berlalu. betullah macam kata Ustaz Abu Hassan Din dalam rancangan PESAN ATOK pagi tadi dekat TV9 , kiamat sungguh teramat dekat. malah semasa zaman Rasullullah s.a.w pun baginda sudah berkata, bahawasanya kiamat itu sudah dekat, sambil merapatkan jari hantu dan jari telunjuk baginda. mashaALLAH. T______________T
back to the V.I.P , tajuk entri kali ni. err sebut pasal V.I.P, pasti terimbau pasal orang-orang pangkat besar, yang banyak duit tuu. kan kan kan kan???? :P
actually, V.I.P yang aku nak cerita kali ni, ialah nyaa pasal manusia-manusia mulia dan bertaqwa yang akan mendapat naungan ALLAH s.w.t di akhirat sana nanti.
Ada 7 golongan V.I.P yang akan mendapat naungan di sana nanti ketika matahari memancar sejengkal atas kepala manusia ketika itu..
jom selami dan mudah-mudahan kita tergolong sekali dalam mana-mana antara 7 golongan tersebut. insyaALLAH.
7 golongan yang akan mendapat naungan ALLAH di akhirat.
pertama- Pemimpin yang Adil.
explanation: Golongan ini adalah para-para pemimpin yang adil dalam melaksanakan pemerintahannya. golongan yang menjadikan Allah and Rasul sebagai tunjang dan rujukan utama & pertama dalam apa-apa urusan yang perlu diputuskannya.
Pemimpin ini akan bersama-sama dengan golongan pemimpin dari zaman dahulu yang taat dalam perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
kedua- Remaja yang Hidup dalam Ketaatan.
explanation: golongan ini merupakan para remaja yang melangsungkan hidupnya dalam penuh kesungguhan dan kesabaran dalam menempuh ranjau usia remaja yang penuh cabaran berliku, berpasakkan pada ajaran Islam yang hakiki.
golongan remaja ini dapat melawan keinginan nafsunya yang inginkan keseronokan duniawi yang tidak kekal ini tambahan dalam usia muda mereka. mereka masih meneruskan kehidupan seperti biasa seperti remaja lain, cuma mereka memelihara dan mematuhi tuntutan agama.
seperti yang dilihat hari ini, banyak remaja yang hanyut dalam keseronokan duniawi seperti melayan hiburan berlebih-lebihan, melepak di pusat-pusat hiburan tanpa tujuan, melakukan perbuatan sia-sia dan tidak berfaedah, berkaraoke dan macam-macam lagi. temasuklah dalam isu berkasih sayang, pergaulan dan berpakaian.
golongan yang kedua ini mendapat naungan ALLAH di akhirat nanti kerana pengorbanan mereka dalam mencari hidayahNYA di mana mereka tidak mengejar keseronokan seperti rakan-rakan mereka yang lain. *airmataluruh*
ketiga- Pencinta Masjid
explanation: golongan ketiga ini ialah mereka yang sentiasa memelihara ibadah di masjid, dan selalu mengunjungi masjid untuk beribadah. mereka mengimarahkan masjid dengan amalan-amalan kebaikan demi berbakti kepadaNYA. mereka begitu mencintai rumah ALLAH itu dan berusaha sebaiknya untuk mejaga masjid itu beserta sekitarnya.
keempat- Dua Insan yang Berkasih Sayang kerana ALLAH.
explanation: golongan seperti ini ialah golongan yang berkasih sayang dengan bersungguh-sungguh mentaati ALLAH dalam segenap urusannya, dan mendorong pasangannya mentaati ALLAH. golongan ini menyayangi sesama lain kerana ALLAH dan ingin bersama mengumpul pahala bersama, hanya kerana ALLAH.
soal hati memang amat rumit dan setiap insan pasti akan mempunyai orang yang disayangi. cumanya atas sebab apa kasih sayang itu terlahir yang perlu dipastikan.
kelima- Pemuda yang Menolak apabila diAjak Berzina
explanation: golongan ini sekiranya dia diajak oleh seorang wanita yang cantik dan berkedudukan untuk berzina, dia menolak dengan mengatakan 'Aku takut pada ALLAH' .
Sementelah mereka akan mendapat kehidupan yang terjamin dari segi kewangan kerana 'dilamar' wanita yang berkedudukan, pasti darah muda yang mengalir dalam tubuh akan meningkat adrenalinnya dengan tawaran tersebut, lantas ramai yang hanyut.... tambahan pula, zaman ini yang memerlukan sumber kewangan untuk terus hidup dengan selesa.
tetapi, masih wujud golongan yang seperti ini yang dijanjikan ALLAH mendapat naunganNYA di sana nanti.
keenam- Orang yang Menyembunyikan Sedekahnya
explanation: golongan ini bersedekah dengan tidak menghebahkannya kerana hanya ingin mendapat keredhaan ALLAH s.w.t. mereka ikhlas dalam amalnya dalam bersedekah.
seperti yang dikatakan Rasulullah s.a.w 'bersedekah dengan tangan kanan, tetapi tangan kiri sendiri tidak mengetahui' .
mereka bukan jenis golongan yang dahagakan pujian dan kebanggaan dalam masyarakat kerana hasil sedekah mereka itu. tetapi tidak lain tidak bukan hanyalah untuk bekalan ke sana.
ketujuh- Insan yang Mengingati ALLAH sehingga Menitiskan Air Matanya
explanation: golongan seperti ini sering dan senantiasa bermusahabah mengenai amalan-amalan lampau mereka yang menjurus ke arah dosa di sisi Allah, sehingga menitiskan air mata di kala berseorangan. Mereka sentiasa memikirkan perbuatan lampau mereka yang mengukir dosa di halaman buku kiri. mereka mengalirkan air mata jernih kerana ALLAH , kerana menyesali perbuatan dosa-dosa lampau mereka itu. *turunairmatamengalirlagi*
rujukan: Solusi, isu #45
*******************
insyaALLAH kita boleh termasuk dalam golongan 7 di atas if kita sentiasa bermuhasabah dan berusaha untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. insyaALLAH.
aku tinggalkan dengan sepotong hadis:
"Pada hari Kiamat didekatkan matahari kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu ( sama ada ukuran sekarang ataupun akhirat ). Pada ketika itu manusia berada dalam ( peluh ) masing-masing mengikut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada yang peluhnya sekadar sampai di buku lali, lutut, pinggang dan mulut. ( sambil Rasullullah menunjuk ke arah mulutnya).
Riwayat Muslim dan al- Tirmizi
masih menanti pertama
ramadhan
tahun ini
No comments:
Post a Comment