Tajuk: Kerinduan
Penulis: Nur Alia bt Zulkifli
Hampir 7 tahun sudah. Aku kerinduan. Terlalu ingin
menatap betapa ayunya dia dengan tudungnya yang labuh menutupi segala kurniaan
Allah pada wanita. Betapa rindunya untuk mendengar halus kata-katanya yang
berbutirkan hadis dan kalimah Allah yang Maha Besar menemborosi ruang sempit
telinga ini. Betapa terlalu berkeinginan untuk menikmati segala itu. Betapa
terlalu resah malamku kerinduan terhadapnya, kerinduan yang mengingatkan pada
Ilahi betapa kasih itu hanya diciptakan sesama berlainan jantina yang dipasakkan
hanya kepadaNya. Kerana itu aku masih menanti janjiNya kerana
aku yakin gadis itulah tulang rusuk kiriku.....
Malam
ini, resahku datang lagi. Aku bukan seorang sentimental. Bukan seorang pelayan
perasaan juga. Tapi, semenjak beberapa hari ini, gelisahku makin kerap
bertandang melitupi ruang sanubariku. Dan, semua tentang dia.
“Lidah
yang sentiasa basah dengan alunan zikrullah adalah peneman terbaik ketika kita
dalam masalah dan kekeliruan.Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Zikirlah, pujalah Dia yang Agung, sesungguhnya kamu akan merasa ketenangan
bagai selautan air yang tenang...”
Itu
kata-katanya yang hingga kini masih tersemat kemas di mindaku. Betapa tiap
patahnya membuahkan perasaan kasih kepadanya dalam diriku. Kagum. Terpesona.
Sikapnya itu sukar ditemukan pada mana-mana gadis zaman millennium ini...
**************
Aku
menilik-nilik dress comel di hadapanku. Ropol-ropol pink itu pasti cantik
dikenakan pada anak buahku yang hampir setahun itu. Lantas, tanganku
mencapainya lalu kakiku automatic
mahu bergerak ke kaunter. Saat itu, langkahku terhenti. Mataku membesar bersama
lantunan jantungku yang makin tidak terkawal. Benarkah? Aku berdebat sendiri.
Sehinggalah wajah itu mendekat kepadaku lantas berdiri mendepani tubuhku. Aku
masih terkaku.
“Assalammualaikum
Hakim Fatimi..” lembut suara itu menampar halus gegendang telingaku. Lantas aku
kembali ke alam nyata. Terus tegak diriku..
“Waalaikummussalam...” jawabku
perlahan.
Mataku tajam menyoroti wajah di hadapanku ini. Manis wajahnya bersalutkan
mekap tipis. Bajunya kelihatan terisi mengikut bentuk tubuhnya.Selendang di
bahunya menambahkan lagi keindahan persalinannya. Rambutnya tersisir rapi
bersama sepit-sepit kecil yang dikepil bersama. Tampak kena semuanya. Ah,
penilaian pertamaku. Tapi aku masih terpaku. Ya, mungkin secara tepat, masih
terkesima melihat batang tubuh di depanku ini.
“ Awak sihat? Long time no see ,..” butir-butir kata lembut itu kembali
kedengaran.
Aku kembali beristigfar dalam hati meleraikan kejutanku.
“ Sihat alhamdulillah.
Awak macam mana?” aku bertanya kembali sambil terus mengusir jauh debaran yang
masih bersisa.
“ Saya pun sihat, syukur. Awak tengah shopping ya? Cantik dress di tangan awak tu. Really nice, emmm for your baby?”
matanya menyorot baju di tanganku sambil tersenyum.
Ya, senyum itu. Aku masih
ingat. Masih segar dan sama senyumannya seperti tujuh tahun lalu. “Ini untuk Atika Humayra, anak kak Husna... Saja saya belikan untuk hadiah birthday dia hujung minggu ni..” balasku
cuba bersifat ramah. Ah, masih sahaja rasa terkejutku menyinggah paluan
hatiku..
“ I see... Da besar ke? How old is she now?? Dah lama rasanya
saya tak bertemu kak Husna.. rasanya dah hampir bertahun-tahun... Saya ingatkan
anak awak....” ramahnya membalas kata-kataku. Dan dia tetap mempamerkan senyum.
“ Emm, dah nak dekat setahun... Semuanya sihat saja...” aku cuba tersenyum
kembali. Kekok. Aku rasakan begitu. Sungguh, aku gembira bertemunya, tapi
terkilanku masih juga mengatasi..
Hari
ini, setelah seminggu kami ketemu lagi. Anjung restoran yang bercirikan kampung
itu aku lewati bersamanya.Dia berseorangan. Sudah tidak seperti dahulu yang
terlalu susah untuk diajak ketemu,, walau terpaksa pun, pasti ada yang
menemaninya.
Rasa ketidakselesaan mejerat hatiku di kala itu.
“ Fatimi, Fatimi... Fatimi...” panggilnya lagi.
Ah, aku bersama
lamunanku lagi. Tertangkap. Dia mengerutkan sedikit keningnya menggambarkan
kehairanannya melihat diriku. Aku tersenyum. “ Awak terlalu berlainan
sekarang.. Seharusnya saya amat terkejut melihat awak yang sekarang...”
hamburku terus. Perasaan ingin tahuku terhadap perubahannya melantaskan
tindakan itu. Dia diam. Sepuluh minit. Masih diam.
Lalu aku memulakan kata-kata sekali lagi.
“Mengapakah terlalu drastik perubahan awak...
you’ve changed so much! Mengapa Safiyyah Aisya...” .Bebola mataku masih
bergerak-gerak. Melihat reaksinya.
Setelah 15 minit, dia membuka kata. Aku
mendengar tiap patah yang diucapnya. Ada
mutiara jernih mengalir dari tubir matanya. Semakin laju dan laju.. Aku
menghulurkan sehelai tisu kepadanya. Terus sahaja dia mengelap air mata itu.
Berbagai perasaan yang berbaur dalam hatiku. Aku jadi terkilan mendengar
perjalanan hidupnya, aku jadi kasihan melihat rapuhnya pegangan agamanya. Hanya
kerana desakan arus budaya di sana. Betapa aku sedih mendengar imannya yang
begitu goyah berdepan dugaan Sang Pencipta. Aku tidak mampu melontarkan apa-apa
kata sekalipun lagi. Aku hanya mampu berteleku memandang pohon-pohon kelapa
meliuk lentok mengikut angin.
Dia
penasaran. Aku mengerti rasa itu dari sorot gayanya. Tapi, bibirku masih terkunci. Kelat untuk
meluahkan kata-kata. “ Can’t you change ?”
ujarku lama selepas itu. Dia menggeleng-geleng lemah. Aku jadi marah sendiri. “Mengapa begitu? Awak tak yakin awak boleh
berubah? Sedarlah Safiyyah... Janji Allah itu tetap akan datang. Bangunlah dari
dunia sia-sia awak ini. Saya masih ingat kata-kata awak..... Manusia jahil adalah manusia yang gemar orang lain
melihat apa yang tidak sepatutnya dilihat pada dirinya..auratnya.. terutama
wanita..Jahil dirinya kerana menempah dosa untuk dirinya. Itu kata-kata awak.. Sekarang mana
semua pegangan yang kukuh awak genggam selama ni?”.
“ Siapa awak untuk
menentukan jalan hidup saya? Hanya saya yang akan memilihnya so please don’t get yourself into my life...”
ujarnya beremosi kembali.
Aku mengerti. Dan merenungnya kosong. Wajah yang
masih basah dengan air mata itu aku tatap, mungkin untuk kali terakhir. “ If that is what you want, okay. Maaf.
Send my regard to your family. Assalammualaikum.” Lantas kakiku ayun menuju
gerbang keluar. Kecewa dengan sikapnya. Dia masih terduduk di situ. Menangis.
************
7 bulan sudah berlalu. Aku diarahkan berkursus
di Pahang untuk satu projek besar. Kali ini aku bepergian selama hampir 3 minggu. Perasaanku terasa lain kali ini. Aku
beristigfar dalam hati. Menenangkan rasa yang tidak-tidak yang rakus meratah hatiku.
Progressing projek pembinaan banglo yang sedang giat
dijalankan di sana makin membuahkan hasil yang baik.
“Encik
Hakim,today you have an appointment with Cik Aisya from Putra Bersatu Trading. Emm apa-apa you contact Mr. Prakash about
this. Okay, see you later. Assalammualaikum.” Ujar pembantuku, Fathul Akbar
lewat pagi itu. Aku hanya mengangguk mengerti.
Tepat jam 2 petang, aku tiba di Restoran Seleksi.
Aku mengambil tempat diiringi oleh seorang pelayan. Aku mengeluarkan dokumen
yang perlu dan menstabilkan keletihan memandu dari site contruction tadi.
“Hello,
are you deputy from Syarikat RR Enterprise?” satu suara di belakangku
menegur.
Aku berdiri lalu berpusing menghadapnya. Ya Allah!!!!! Kaget rasaku.
“
Fatimi!” jeritan kecil itu mengembalikan deriaku ke alam nyata.
Ini bukan mimpi. Kenyataan
pasti. “ Safiyyah Aisya....” tuturku perlahan. Antara dengar atau tidak.. Aku
menghadiahkan senyuman. Seikhlas mungkin. Becampur baur reaksiku. Aku lantas
bersikap professional. Menghalang segala gundah yang kembali hidup di hatiku.
“Assalammualaikum. Tak sangka kita bertemu lagi.. Silakan..” ujarku
mempersilakan duduk. Terus aku membuka perbincangan walau masih ada rasa
terkejut itu singgah.
Usai
setelah sejam setengah berlalu. “Err Fatimi, boleh kita berborak sebentar? Atau
awak kejar masa? ” patah katanya menghentikan langkahku yang baru kumulai.
“Emm sure.
Saya pun dah free sebenarnya ni,” balasku
seketika kemudian. Aku kembali duduk. Tapi bukan atas urusan rasmi kali ini.
“Maafkan saya kerana mencuri masa awak sebentar. Cuma saya ingin berterima kasih pada
awak.” Manis dia tersenyum seperti beberapa tahun lepas.
“ For?”
“ Kerana
awak telah berjaya menyedarkan saya. Terlalu banyak dosa yang telah saya cipta
atas kebodohan saya.. Saya telah menemui kembali sinar yang lama sudah tidak
bercahaya dalam hati saya. Sinar Ilahi. Alhamdulillah. Mujur saya sempat menemukan
sinarNya sebelum ajal datang merenggut nyawa saya.” Bicaranya lantas mengkhabarkan
susur hidupnya dalam menemui cahaya Ilahi.
Syukur. Aku gembira melihat
perubahannya. Dia kelihatan cantik sekali dengan tudung litupnya. Seperti suatu
masa dulu. “Alhamdulillah. Allah telah membuka pintu hati awak, Safiyyah. Saya
bersyukur.” Aku tersenyum.
Dan dia kembali senyum. Seperti dulu.. Senyuman yang
aku rindu..Ada maksud lain di situ yang mengusik perasaanku. Aku kembali tersenyum.
************
Ya
Allah, terima kasih atas rindu yang kembali bertaut ini. Hanya berpasakkan
padaMu kasihku padanya, Safiyyah Aisya. Dia tersenyum malu saat renungan mataku
menikam matanya menggambarkan kasih yang kurasa dalam lautan kasihNya..
Mungkin inilah yang dinamakan jodoh...
# cerpen ini aku karang ketika aku mengisi lapangan waktu sekolahku beberapa tahun lepas. seingat aku sehabis SPM rasanya.
aku suka menulis. aku sangat menyukainya.dan ini hanya untuk suka-suka.
sebarang ketidakwajaran kata dipohon kemaafan.
tetiba rasa rindu
membuak untuk
mencoret kembali
di laman penulisan ini...
No comments:
Post a Comment