gambar ceritakan segalanya, kan?? :D
SEM 1to SEM 6
from left: khalilah, eliza, elina, wunny, jaja, ain and nik.
besties :D
(Johnny's restaurant, Jusco Perda)
anna
(jamuan raya kelas BEL with Sir Abbas)
ija and wani
kembar ina and ija
(dapat jaket Fakulti)
khalilah and ain
(first day di UiTM)
khalilah, ija, ina, wani, ain and anna.
lima orang sahabat yang terbaik sejak dari sem 1 aku dekat uitm ni sampai sem 6. kitorang semua ambik electrical. alhamdulillah, kitorang punya friendship kekal sampai sekarang even ada la aja aja fighting dalam period 6 sem tu. tapi, walau apa pun, semua tu satu pelajaran dan pengajaran yang buat kami and kita semua lebih matang in our life, kan? semua tu ada hikmahnya. and selalunya lepas asam garam perit jerih tu, pasti akan ada sekuntum bunga yang mekar dalam hati masing-masing yakni membuatkan ukhuwah itu lebih rapat antara sesama kita. insyaALLAH.
selalunya dalam apa-apa function kat uitm ke tak pon dulu nak keluar memana, mesti kitorang sama-sama plan and keluar. selalunya berlima laa. and tiap kenangan tu terpahat indah dalam ingatan. insyaALLAh moga kekal hendaknya.
kengkawan, aku sayang ampa, semua. insyaALLAH always deariesssss :D
dekat Tutti Fruitttyyyyyyy with Tiara
dari sem 1 sampai sem 3, kitorang kelas sama-sama semuanya, cuma sem 4 ke atas dah split sebab course masing-masing. aku, ain and wani electronic, ija and ina power, khalilah instrument.
masa aku sakit (err dekat uitm) dorang mesti ada tolong memacam untuk aku. banyak sangat korang punya jasa yang aku tak terbalas. aku takkan lupa. especially masa kelas BEL (bahasa inggeris ), dengan madam semua. it's a sweet memory guys. terima kasih sangat-sangat weh. hanya ALLAH dapat balas budi korang semua. and thanks sangat for bear with me in any situation pon. :D
even lepas ni kita dah tak sama-sama lagi degree nanti, insyaALLAH doa agar kita punya ukhuwah kekal dalam rahmat DIA. insyaALLAH.
*****************************
SEM 5 and SEM 6
communication class :)
in memory
sem 5 ni, kitorang dah kena split lagi pulak ikut choices masing-masing yang kira kena pilih sendiri antara courses yang ada. so dalam course aku- electric (electronic) kena pilih antara tiga pulak - communication, computer or basic electronic. and sekali lagi aku, ain and wani sama kelas lagi! kitorang pilih communication. (sebab senang sikit kot :P)
dalam sem 5 ni pulak, banyak lagi kawan baru yang jumpa. kira kelas ni sampai ke sem 6 laa sebab kelas comm ni bukak satu kelas je. seronok belajar comm ni even kena hafal banyak benda. belajar pasal internet, handphone, history comm ni dari macam-macam sudut.. er lagi orang yang perkenal itu ini dengan dia punya sejarah penciptaan alat komunikasi tu. hailohh agak pening la jugak nak hafal segala benda. tapi alhamdulillah, ALLAH permudahkan. dengan lecturers yang best, sporting, kengkawan yang jugak saling tolong sama buat kerja belajar semua. seronok. dan banyak jugak memori yang tercipta! :D
kitorang pergi trip ke Cameron Highland dengan lecturer kitorang yang sporting, Cik Norhayati. kitorang panggil dia Cik Yati je. pergi dalam 2 ke 3 hari entah , aku tak ingat sangat dah, masa kitorang sem 6. bebudak lelaki yang organised semua dari surat menyurat sampai ke sewa homestay kat sana tuhh. kitorang girlss kemas apa yang patut, masuk beg then naik bas ikut trip :P seronok pergi sana! sebab ramai-ramai kot. kitorang buat lawatan sambil belajar, macam kat sekolah duu-dulu kan. heh. pergi Celcom punya menara sebab bersangkut paut dengan subject mobile yang kitorang ambil. (padahal tujuan sebenar nak melancong jeee :D)
and memang mesti ada punya kejadian yang jadi sepanjang pergi sana tuh. aku pulak sakit tetiba dalam bus tuu, dah lama tak sakit tu, tapi hari tu Allah nak uji, kena pulak pergi masuk hospital dekat tanah Cameron tuuuhh. pasal jalan kat situ punya la berpusing-pusing and curam. kena masuk emergency sekejap. after kena cucuk air segala, buat urine test lagi and kena tanya itu ini dengan doc, aku boleh laa keluar lepas macam dah stabil sikit. wani teman sepanjang aku dalam wad tu. thanks wani! kengkawan yang lain semua tunggu kat luar hospital. alhamdulillah. sakit kot kena cucuk. siap doc cakap lagi, tangan aku ni tak cukup isi. -.-'
lepas tu,pergi laa kitorang merayau sana sini shopping. solat jamak :D
murah barang kat sana, banyak jugak laa aku borong segala dengan makanan sekali. yelah, taktau bila lagi nak pergi kan. heee
malam last tu, kitorang buat barbeque dekat homestay yang kitorang sewa tuh. seronok. masyaALLAH first time aku rasa pengalaman ni. macam-macam masak bakar segala. saling tolong tolong laa sesama kitorang kat situ. pengalaman tu memang tak boleh nak lupa.
menara yang satelit satelit pemancar ada tu
ipoh, Perak
aku, wani dan ain :)
dekat menara Celcom
tengah tunggu turn nak sign attendance
Miss Yati
hirup udara pagi Tanah Cameron :)
bergambar dekat Bharat Tea, Cameron
strawberriessssss
heya kaktus... ^ ^
homestay kami sewa, Cameron
lamb panggang. nyummy!
ayam panggang. sedapppppp
makan time sambil tunggu lamb/ ayam panggang
ETR's project. udang galah here :)
asrul, amir, me, ain, yana and hani
KamiKita Entreprise
girlsss :D big smile
qila, yana, wada, wani, fanis,ain,dayah,ain, me, bella, aten Halim, aten
Route 99, Perda
boys
Route 99, Perda
jamuan abah buat untu kengkawan uitm
at rumah saya :)
and, sepanjang sem 6 tuuu macam-macam jadi dan aku rasa the best semester ever antara semua sem yang aku lalu dekat uitm tu. semangat muafakat. :P untuk masa-masa susah belajar pon kitorang sesama tanggung. banyak sangat benda yang jadi dan start situ kitorang mula rapat sekelas.
girlsss pulak, tinggal dekat kolej yang sama, lagi senang nak jumpa discuss study group ke apa. huuu siap buat video lagi masa hari-hari last kitorang kat uitm ni.
*************************************************************************
dan dari pengalaman-pengalaman ni, sejak aku melangkahkan kaki ke universiti dari zaman kanak-kanak oren sekolah menengah, banyak yang dah aku kutip simpan dalam diari hidup aku. yang semestinya menjanjikan bermacam susah senang manis jerit perih asam garam sebagai seorang pelajar dan insan yang mencari identiti diri itu sendiri. dan proses tu takkan pernah abis. takkan pernah selesai hinggalah alam kubur yakni alam barzakh menjemput ajal.
jatuh bangun aku jugak dekat sini memateri sejuta kenangan dalam diri. memikir segala sebab akibat atas sesuatu yang dah terjadi pada diri itu. berusaha menyingkap tabir hidup yang biasa malah terlalu biasa mencari arah yang lebih spesifik.
mencari jalan pulang.
mencari fitrah diri.
masa yang berlalu mengajar aku banyak benda. banyak. terlalu banyak untuk dinyahsisakan begitu sahaja tanpa tindakan selanjutnya.
takdir kita tak selalu di atas dan tak selalu di bawah. ALLAH penentunya, dan kita hanya pelakonnya di pentas peragaan dunia ini. pelakon yang mencorakkan diri sendiri, telatah dan cara hidup yang akan membawa kita ke alam yang lebih abadi untuk dinilai nanti.
semoga apa yang telah dan akan terjadi menjadikan aku manusia yang lebih baik dari ini. insyaALLAH. dan semua jugak. dengan redhaNYA. insyaALLAH.
UiTM dalam kenangan. pengalaman yang terindah. :D
rindu. rindu. rindu.
moga ALLAH redha atas semuanya.
4 comments:
aliaaa..rndu kwn2 uitm jugak..n btul sngt sem6 lahh sem yg pling best ! siyes xleh lupa smua kenangan gn classmates..smoga kita bjmpe lg tme degree..insyaAllah ^^
kan,insyaALLAH.
update post ni khas untuk korang semua.
uitm di hatiku. tu lah, semoga berjumpa lagi kan, insyaALLAH kalau ada jodoh dan umur.
rinduu! :D
wehh rindu gilaaa bila tengok gambar lama2 ni.. :'( kalau jodoh panjang, kita jumpa lagi yaa.. ;)
haha wun. super duper rindu kt hang. jaga au time sakit kat Cameron hari tuh and dalam bus tuh. :)))
insyaALLAH! nanti buat reunion:)
Post a Comment