notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Sunday, July 29

isi

soothing :)




assalammualaikum.
 

hari ni nak cerita pasal ' ISI ' :)

errr actually ISI ni berkaitan dengan satu ceramah yang aku dengar.  semoga bermanfaat hendaknya. boleh laaa saling amal kan. :) insyaALLAH.




1. ada beberapa amalan wajib dalam puasa Ramadhan (tak silap aku ada 4 kot, tak sure ):

 
- jauhi bercakap bohong. sebarang bicara yang melibatkan pembohongan maka puasanya hanya dapat sekadar 'lapar dan dahaga' cuma. so, kena laa control mulut dari mencipta atau berbicara bohong.


- jauhi dari mengumpat, membuka aib orang. haaaaa yang ni including gossip jugak. mulut ni kena bagi 'insurans' sikit kalau tak hendak mengumpul dosa percuma dan menghilangkan pahala berpuasa yang dari sebelum fajar terbit sampai laa tenggelamnya matahari tuu. rugi tau! ustaz dalam ceramah tu jugak cakap, kalau kita 'terrr' buat jugak, maka bersedekahlah atas nama orang yang kita mengata tu. dan lagi satu, boleh jugak jumpa dia, bersalam dan baca selawat time bersalam tu. mata kena bertentang mata, semoga ALLAH mengampunkan dosa kita tu. itu pun kalau kita rasa takut atau malu nak pergi memohon maaf pada empunya diri tu.
insyaALLAH.


- jauhi dari memfitnah sesama manusia. yang ni bahaya. sebabnya dalam Al-Quran sendiri dah kata bahawa dosa memfitnah itu lebih besar dari melakukan pembunuhan. masha-Allah. makanya, kena laa berhati- hati dalam bercakap. jaga percakapan dan fikiran dari memkirkan yang kotor-kotor dan buruk mengenai orang lain.



and yang ini extras :

>  kalau orang bagi salam, kita kena jawab di mulut. tak main lah jawab dalam hati. (kecuali dalam keadaan yang 4 tu dalam entri aku sebelum ni) . Rasullullah s.a.w pon ada berkata jawabnya hendaklah di mulut, bukan dalam hati, yang ustaz tu ada sebut laa.

 > setiap kalimah yang baik keluar dari mulut kita merupakan sedekah. mashaALLAH untungnya kita kalau asyik menyebut perkataan yang baik-baik saja kan? :D





ISLAM comes from the root "slm" or "salama". and ISLAM means:


Surrender
"Give up evil and lusts - give in to the Creator"
Submission
"Agree to the terms and conditions of being a servant of Almighty God"
Obedience
"Comply with His Commandments to the best of your ability"
Sincerity
"Do it all whether or not anyone else notices or cares."
Peace
"Accept what Almighty God gives you in this life in serenity."





psst: semalam ke Tesco dengan mak, 
penuh sesak orang ramai
sampai parking pon tak ada.
errrr, RAYA?? -.-'

No comments: