notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Friday, August 3

hati


hari tu, aku bual kosong bersama emak. mengisi masa senggang selepas solat Asar sudah. aku dan mak duduk di ruang tamu. sambil adik bongsu aku, sufi bermain robot- robot yang tercipta hasil imaginasinya mungkin. atau pun cerita dari televisyen. entah. tak dapat aku meneka.

tiba-tiba televisyen yang entah apa siaran menuturkan kata-kata yang kurang enak didengar. adik aku, Aqmal juga sedang berbaring menonton televisyen itu. aku berpaling dari bual kosong antara aku dan emak.
sedikit terkejut.

oh, cerita tentang keganasan dan dendam. padanlah perkataan yang terkeluar berbaur jelik dan amatlah tidak sesuai didengar.


tiba-tiba adik aku, Aqmal bertanya

" mak, dia kata apa tadi tu? " dengan muka innocent and curious.
perkataan itu 'celaka' dan 'jahanam' .

aku tersentak. mak pon aku rasakan sama juga. sedikit masa mak ambil mungkin untuk berfikir alasan yang  boleh buat adik aku tu faham dan masuk ke dalam hati.

" tak payah dok dengar lah semua tu. bukan elok pon benda depa dok cakap tu. aqmal tak mau sebut benda- benda macam tu. bukan elok maksud dia"  mak aku pandang Aqmal mata ke mata. 

Aqmal mengangguk sedikit. aku hanya pandang kosong ke arah televisyen. tapi fikiran aku penuh melayang.

mak bersuara lagi
 " kawan-kawan Makim ( panggilan untuk Aqmal ) kat sekolah dok sebut benda-benda tak elok ke? Aqmal ikut tak?"

"Ada. depa cakap gak. tapi makim tak ikut ! makim tak cakap pon macam depa tu"  Aqmal bersungguh meyakinkan mak aku. mak aku tersenyum .

kembali menghadap mata ke arah peti televisyen di hadapan. semua.

kala itu, fikiran aku masih lagi terbang mengingat kata-kata itu. sering mak aku nasihatkan kami adik-beradik jangan pernah sebut benda-benda or perkataan tak elok tu semua. sering. kerap . kali mak aku pesan. perkataan 'bodoh' sekalipun mak aku dah bertegas bercekak pinggang marah sebelum berceramah panjang apabila mulut anak-anaknya menyebut, apatah lagi perkataan lain yang sewaktu dengannya.

hati aku menggeliat pedih. hati aku merasa terpukul. hati aku meraung resah.
kerna aku pernah melanggar pesan mak aku. bukan sekali cuma. malah berkali-kali. seakan tak terkira sudah.
satu masa itu. satu masa itu. satu masa itu.
dan semua kata itu seakan terbuai bagai tiada makna di mulut aku bertutur. sedangkan maksud kata itu menngelapkan hati. dan, menambah dosa pada sebelah kiri secara tak langsung.

mak, ampunkan angah.



sisi lain: 

hati aku tak tenang.
hati aku masih lagi tak tenang.
hati aku sedang lagi merasa tak tenang.

tapi, tak lama.
 setelah pujukan ayat ALLAH 
dari talian hayat- al-Quran menyapa hati, 
tenang itu terbang menyusup dalam. 
alhamdulillah.
mengingati ALLAH membuat hati merasa tenang.

 
mungkin jua hati aku masih terkenang itu. 
silap aku. silap hati aku.
silap alat eletronik yang bergelar telefon bimbit itu.
silap kredit yang masih bertampuk senang di telefon.
dan silap jari aku menaip itu.
untuk 'itu' .

ahhh, salah aku sebenarnya.

No comments: