notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Thursday, August 23

cuti

assalammualaikum!

lama rasanya blog tak di update. hoho. and now, welcome back, alia  :)



 
 kalau dapat baby comel macam ni,
 haiyaaaa memang tak lepas laa dok menatap wajahnya.
ooooppppppppppppppppssssss!





Sudah hari kelima raya kan hari ni.. mashaALLAH rasa sekejap sangat masa berlalu. ramadhan yang sebulan pon terasa macam berminggu je. 
ini pulak, ke sana ke sini, alih- alih dah raya berapa hari dah. masa berjalan sangatlah pantas!


dalam berapa hari raya ni, merata la jugak kami satu family berjalan ziarah ke sana ke sini. kalau nak diikutkan, hari raya laaa hari yang semua sedara mara nak bertemu muka pon. nak bersembang bagai. isu ini itu. bergurau senda usik mengusik sesama. 

moment tu semua memang sangat seronok. alhamdulillah.

aku pon sangat seronok. tetiba pulak rasa macam tak sabar nak ada family sendiri. nanti buat persiapan raya sama-sama. tarawih and buka puasa sama-sama. semua sama-sama. seronok jugak kan. bila dah berjumpa sepupu sepapat yang baru je kahwin tu, rasa macam alahai seronoknya ada family sendiri. sedondon bagai. ada laa teman nak using ke sana sini. haha *offtopic*

dan lagi seronok, syukur family kami menerima saudara baru! bakal mak saudara yang bakal jugak dipanggil maksu. seorang Chinese, and dia masuk Islam pada malam 1 Syawal hari tu. alhamdulillah. and dalam 4 hari ni, berbagai jugak laaa ilmu yang kami semua saudara mara ajarkan pada dia. moga-moga ALLAH permudahkan untuk dia memahami Islam ini. insyaALLAH. :)


LASTLY....  

alhamdulillah, Allah masih lagi beri kesempatan beraya Aidilfitri kali ni. masih lagi dipanjangkan umur olehNYA.

dan kepada sesiapa yang ada message dekat phone, selamat hari raya tu, minta maaflah kalau tak terbalas. kredit segan mati takmau, hidup lagi segan tak mau. :P

di kesempatan ni, tak terlambat lagi kan, nak ucap 
Eid Mubarak friends! maaf zahir batin. 
semoga kita masih lagi diberi kesempatan olehNYa untuk bernyawa di muka bumi ini dengan izin Dia. :)



cuti panjang dah nak habis.
lepas ni busy pulak 
dengan urusan universiti bagai.
:| 
putaran hidup.
 

1 comment:

✿ Yana Malieya ✿ said...

selamat hari raya alia ! maaf zahir batin.. :))