notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Saturday, August 25

raya

kekadang cinta itu terasa jauh, kekadang rindu itu terasa bagai tak tersambut.
tapi sebenarnya cinta dan rindu itu terlalu dekat. 
cuma mata sahaja yang tak nampak dan hati sahaja yang tidak merasa. 
Allah sayang hamba-hamba Dia.




assalamualaikum!


hari ni dah raya ketujuh. petang tadi tayang cerita hindustan- Mohabbatein dekat tv3 pukul 2petang. huih cerita feveret tu.... dulu laaaa. sekarang pon tengok jugak tapi takde lah teruja macam before ni. hoho

okay, abaikan yang tu.nak cerita pasal cherita raya. 

alhamdulillah, ALLAH bagi aku peluang solat sunat aidilfitri dekat masjid kampung ni 1 syawal hari tu. dengar khutbah raya. and that khutbah memang buat aku sebak. isinya pasal Taqwa dan tingkatnya yang mana ada 4 tingkat taqwa tu. masih jugak terngiang dalam otak sempit aku ni sebahagian isi khutbah tu lagi. haa boleh laa Google kalau nak tau serba complete !


raya pertama #
paginya solat sunat. balik sekejap, budak- budak datang beraya. dalam tengahari macam tu, ziarah ke rumah tuk sebelah abah dekat Kulim. sampai laaaa ke petang jugak. then, pergi rumah kawan sekerja abah jugak. malamnya baru balik ke rumah.


raya kedua# 
abah dah start kerja. jadinya tinggal lah aku, mak, amira, aqmal and adam sufi. makanya aku suggest kat mak, pergi ziarah ke rumah sebelah mak pulak punya adik- beradik. so pagi tu bertolak laa ke rumah mak long. sekali dengan pak su sekali. lepas tu, after zohor konvoi reramai ke Gurun pulak, pergi rumah mak lang. sempat laa makan nasi gulai ayam kat sana. yummy! malamnya balik, singgah sekejap ke rumah saudara mak long.
then, sampai rumah hampirnya pukul 10malam jugak laa. =.=


raya ketiga#
pergi la pulak ke rumah mak ndak sebelah mak. sebab buat open house. ke petang jugak laa baliknya. kat situ makannya mewah! :) ada laksa, mee goreng, bihun singapore and macam-macam laa lagii. alhamdulillah.


raya keempat dan kelima#
duduknya di rumah sahaja sebab plan tak menjadi. sob sob sobsssssss


raya keenam# 
paginya di rumah. petangnya ke rumah kawan sekolah dulu, open house. :)
berkumpul dengan teman-teman sekolah jugak. alhamdulillah.


raya ketujuh#
hantar adik balik ke asrama. so, maknanya sekolah dah nak start balik!



and, kuliah pon nak start balik dah jugak, alia oiii! hoho

tapi sayang dari raya pertama ke ketujuh ni, satu gambar pon tak ambik. :(  hailohhhh
cumanya, moment beraya ke rumah sanak saudara dan kengkawan tu yang memang priceless. takde galang ganti. alhamdulillah, masih lagi berpeluang nak jumpa dan saling berziarah sesama. yang tu the most important. kan???  :)

salam aidilfitri semua.
dan secara rasminya genap seminggu Syawal sudah berlalu....





raya masa kecik-kecik dulu
 jugak laaa paling rindu!
:)

No comments: