notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Tuesday, August 7

perak




cantik kan bunga ni?? 
sungguh, segala ciptaan ALLAH di muka bumi ni ada tujuan dan rahsia yang tersendiri. Subhanallah




assalamualaikum.

sesungguhnya hari-hari terakhir fasa 2 ramadhan yang bakal berlalu menginjak ke fasa 3 ramadhan membuatkan aku sibuk oh sibuk. tak tau lahh sibuk kot mana sangat. tapi sibuk lah! :P ( fasa 3 Ramadhan, welcome! )

errr , semalam 6 Ogos lepas je pukul 8 lebih macam tu, kami satu family bergerak lah ke Parit Buntar, Perak sebab nak menjalankan satu misi- errr shoppping?? sementelah abah dan emak kelapangan hari tu, makanya keputusan diambil untuk ke sana hari tu. tu pun, sebab mak sedara aku kata kat sana baju tudung semua murah-murah banding dekat sini. mak aku pon teruja lah nak ke sana. lepas siap-siap semua, kereta pun meluncur lah menuju ke destinasi. actually, ni first time nak pergi pekan Parit Buntar tu. sebelum ni tak pernah jejak ke situ lagi. nak pergi malam, tak syok pulak. kan nak tarawih. rasa macam tak patut.. tak patut... so keluar lah siang, tapi kena laa kuatkan sikit diri nak berjalan sebabnya kan tengah berpuasa! alhamdulillah semalam misi berjaya! mission accomplished! :)

pergi ke pasar hari yang bukak hari-hari bulan puasa ni (kalau bulan biasa bukak hari Isnin and Jumaat saja), dari pagi sampai ke petang sikit macam tu laa, kitorang tersesat. Lepas tol Jawi tu, hadoii tersilap masuk jalan. abah aku pon mulalah nak bising sedikit sebab nak kena pusing balik semua. so mak pon call sedara yang duduk kat situ, to guide kitorang ke pekan tu. alhamdulillah, sampai jugak akhirnya!

mak aiiii, punyalah ramai orang. kereta lagi laa berderet-deret haaaa depan belakang. jalan pon jammed kot. pusing-pusing agak lama laa nak cari parking pon. then, kitorang mula laa pergi cari barang. kat situ banyak barang perempuan jee! tudung, baju kurung, kain pasang, telekung haaaaa berlungguk- lungguk kat situ. ada laa jugak baju melayu, songkok semua tapi tak adalah banyak sangat. harga pon boleh laa tahan. sebabnya boleh tawar-menawar lagi dengan penjual tuu. peniaga kat situ semuanya dari Kemboja sana tuu. dorang dah buat perkampungan pon dekat tempat tu.

dekat situ macam lebih kurang pasar malam, pasar hari, uptown laaa. bukak gerai- gerai sepanjang jalan and masuk laa dalam sikit. ya ALLAH, banyak sungguh gerai kat situ. baju-baju cantik pulak tu. tudung bawal yang sekarang tengah semua asyik pakai tu, kat sana boleh beli borong. macam kalau ada 2 ton colour tu, harga ada rm 12, rm 15 sehelai .. depends laa corak tudung tu. dorang lambakkan atas meja haaa then pilih laa aje. ada yang gantung jugak. dah macam-macam fesyen tudung bawal kat situ aku tengok. yang ada bunga ros laa, manik kat atas laa, keliling tudung ada manik laa, yang kosong tak ada corak pon ada. senang cakap, semua jenis ada laaa.

selalunya, yang jual-jual tudung baju dekat Tesco, Carrefour ke Pekan Kuah ke, datang beli borong kat situ laa. sebab murah harga borong tuu. kalau beli sepuluh helai tudung bawal tu, dapat sehelai rm 7 je. murah kot.  *.*

baju kurung pulak banyak yang dorang jual rm 50 macam tu laa. cantik pattern baju-baju tu. banyak laa pilihan dari gerai ke gerai. banyak jugak yang jual jenis kain lembut yang tak panas tuu. ada jugak rm35 sepasang. depends on jenis kain and pattern laa. kain pasang yang dorang jual pon berlambak. jenis borong jugak. 6 pasang kain harga dia dalam rm100 je. jubah ada je yang jual rm55 sepasang. cantik-cantik pattern dia.

masyaALLAH orang kat situ punyalah ramai. sampai sesak jalan. tapi yang ramainya perempuan laa. muda tua kecik besar semua ada.

ada 2 tempat yang offer murah macam tu. satu dekat depan sekolah, yang macam pasar hari tuu.. lepas tol Jawi, ambil jalan kiri then terus ke sampai jumpa sign 'Selamat Datang ke Perak' haa, kat situlah.

yang lagi satu, dekat pekan Parit Buntar. dekat station bus. yang tu aku tak berapa nak ingat sangat. kena tanya orang kat situ laa.

yang dekat pekan ni, banyak baju yang dah siap jahit. and tudung pon banyak laa. lebih kurang laa dengan pasar hari tadi tuu. cumanya dekat sini, jenis kedai lot bebanyak. tapi overall okay laa. dua-dua.

letih sungguh berjalan semalam.dari pagi sampai ke petangnya berjalan. abah, Aqmal  banyak stay dekat kereta je. aku dengan mak laa yang berjalan ke sana sini pon. hailohh.
singgah dekat masjid Kamunting solat , lepas tu kitorang gerak balik. dekat pukul 7 jugak laa sampai ke Penang pon, so last nya, berbuka dekat KFC Tesco Seberang Jaya. lepas tuu, baru gerak balik rumah. ( sebenarnya malas nak makan kat rumah, sebab nak kena hidang bagai and basuh-basuh semua :P )

sempat jugak beli jubah , tudung and baju kurung kat sana semalam . and kasut for my adik-adik.

so, kepada sesapa yang nak pergi, tak rugi laaa. :)

tapi, tak boleh boros berbelanja ye! kena lah besederhana dalam bulan puasa ni.
kalau bukan puasa pon sama laa jugak. :)



teringat kisah seorang ustaz yang bercerita, 
tentang kisah seorang sahabat,
 Amru bil As 
yang mana matinya
 dalam keadaan jari tegak ke atas 
seperti dalam solat ketika mengucap. 
subhaALLAH.T__T

No comments: