dia pelik tengok aku tangkap gambar dia guna handphone time ni.
adam sufi, 1 tahun.
aku suka bila adik kecik aku, bertanya
"angah buat apa tu? angah masak apa tu? "
dengan pelat bercakap yang hanya menyebut hujung perkataan sahaja. haha lawak kekadang aku mendengar.
ini kata mak longku apabila mak berkata yang sufi masih bercakap hujung-hujung perkataan sahaja ,
"tulah hampa dah biasa sangat dok cakap bahasa budak2 yang jenis tak reti cakap ayat penuh. haa mana lah nak dia sebut ayat penuh bila bercakap ni. patutnya budak2 ni kena ajar dari kecik lagi cakap betul-betul. kalau tak, asyik ok pelat laa. "
ah, terasa pedas sindiran itu tatkala itu. haha. tapi salah itu berbalik pada diri jugak. jadinya, tak payah nak terasa tersindir ke apa. haha. bukan apa, sebab seronok dengar pelat budak-budak bercakap ni. :D
macam tu juga diri. kalau dari awal dididik dengan baik makanya hingga ke bila-bila pon insyaALLAH baik hasilnya, jika terus beristiqamah. insyaALLAH dengan izin DIA.
baja itu bukan hanya sebulan sekali ditabur, bukan juga setahun sekali. tapi lebih baik seringkali agar tumbuh mekar pokok yang ditanam. membuahkan hasil yang mashaALLAH, baik. dan juga memekar bunganya. insyaALLAH . analogi.
setelah beberapa hari-hari
ketidakberadaan di rumah,
oh terasa nikmatnya di rumah.
alhamdulillah
:D
1 comment:
haa betul la..aku pun pernah ada org cakap cmtu..
tp nk buat cmne, bahasa kanak2 kan comey.keke
tp utk bebudak je k. utk org besar nk bajet2 manje, mmg muntah. xD
kim salam kat adam sufi. ;p
Post a Comment