notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Sunday, December 2

K.O.N.V.O.

assalammualaikum!

mashaALLAH, benar-benar haaa dianaktirikan bLog ni semenjak menjejak kaki melangkah menempuh alam degree haa. T________T
semua 1 entry je aku tulis setiap bulan pon haaa. aiseh! =.=

kali ni, nak cerita pasal konvokesyen aku yang pertama. di UiTM shah alam pada 28hb november 2012 hari tuu. hari khamis. selama ni asyik tengok orang je konvo haa, sekarang dah rasa manisnya memegang segulung skrol untuk dihadiahkan pada mak and abah! terima kasih mak abah atas segala usaha dan wang ringgit untuk angah tempuh alam diploma selama nak dekat 3 tahun jugak. alhamdulillah jugak sekali lagi, sekarang da merasa jerit perih alam degree pulak. moga nya kali ini dapat lah pakai selempang bila konveskesyen nanti pulak. amin!

perasaan tu sesungguhnya sangat manis sekali. indah. beautiful. perfect. mashaALLAH. even baru grad untuk diploma dan perjalanan aku masih lagi jauh berbatu-batu, mungkin, tapi tetap nak kata betapa berharganya pengalaman dan perasaan tu. terima kasih syukur Ya ALLAH kerana masih beri aku peluang untuk merasai semua ni. =)


ni baru keluar dewan. alhamdulillah selamat grad dah ^ ^

with ina ija ain and ina. best friends :) 




sufi nak tarik bear tu keluar pon haaaaaaa

abah adam and aqmal. before masuk dewan :)

from mak and abah. tima kasih mak abah untuk doa ni!


mak abah bagi. comel kan kan kannnnn? :)

dalam kete je mampu haaaa sebab batery camera habis  T_______T

aku sangat suka bear ni!

ramai gila orang masa ni, baru kuar dewan tuuuu





aku taktau macam mana nak rotate gambar ni haa. dah try banyak kali pon. T________T





gambar tak sempat amik banyak pon, sebab aqmal dah habiskan batery camera. sobsobsob. so pakai handphone mak and aku jelah. and kawan-kawan yang lain pon hilang tetiba after keluar dewan, tak sempat bergambar pon.



tapi, takpe, kenangan tu tetap abadi insyaALLAH.

sekali lagi terima kasih pada semua yang terlibat dengan saya secara langsung dan tidak langsung di alam diploma. :)

thank you so much! dan maafkan segala salah silap sepanjang usia perkenalan dan persahabatan kita, dan doa aku semoga semua ini berkekalan dan diredhai DIA. INSYAALLAH.

TILL MEET AGAIN. :)



Friday, November 9

title

assalammualaikum!

it has been a while since last aku baca blogs others ni. rasanya adalah dalam 2 3 bulan kot aku stop reading others blog ni. rasa rindu pulak nak buat mcm cuti haritu... itulah kan people always said, we will miss the things in past, when we're living in present. ohho, aku setuju with that statement.

mashaALLAH, lapar gila pulak haaa time sekarang ni, tapi malas nak turun, so nak ke taknak berlapar laa. takpelah, makan meggi jelah nanti. haaa cakap pasal maggi, haritu aku ada terbaca satu post ni dekat mukabuku, dia tulis kalau nak makan maggi, kena makan selang 2 atau 3 hari. sebabnya maggi tu nak hadam dalam perut kita will take time about 2 days. so, kepada maggi fans yang tegar kat luar sana, bawak-bawak lah makan selang beberapa hari sekali. kalau tak, kesian kat badan kita ni. :) it's a sharing, tough.

aku rasa degree ni sumpah buat aku busy, melebih-lebih dari diploma dulu yang even subject lebih kurang tapi entahlah. memang rasa degree ni busy sungguh-sungguh haa.
kalau study memang melalut sampai ke malam dengan buku tu. even a single question took about half an hour, at sometimes to be solved.  =.= tapi apapun, still kita punya responsibility la kan nak teruskan study even susah macam mana pon, right? so pasrah jelah. insyaALLAH boleh go through it, asalkan berusaha kan! insyaALLAH.

degree kat sini pon memang laa menguji kesabaran pon. sebabnya banyak kedai makan tutup and satu je pon bukak tu pon tutup pukul 7malam. so kalau nak makan malam, kena la beli before 7, kalau tak tak makan lah. makanya kekadang terseret lah moto ke luar kampus demi mencari sesuap nasi. T__T dugaan kan. tapi whatever it is, condition is still in control. haha

tengah buat material tadi, tetiba otak jadi blank. so, kena laa tutup buku kan. konon nak rehatkan badan, tapi tersangkut la pulak update blog kat sini. ( bau nasi lemak kat meja sebelah ni sungguhlah mencabar keimanan )ohho. takpalah, kan study lepas asa tak elok? errr betul ke? ramai je cakap macam tu sebenarnya.

2minggu lagi, konvo untuk diploma. alhamdulillah 3 tahun dah habis. ni kena lagi 3 tahun pursue study. and this time insyaALLAH nak buat yang terbaik! insyaALLAH






Friday, October 19

busy-ness

assalammualaikum!

Ya Allah, dah lama betul tak update blog ni. dah bersawang berhabuk bagai. hikhikhik.
sesungguhnya degree ni memang la sangat busy. even kelas tak banyak sangat pon, cumanya monday and tuesday je yang pack pon. hari lain okay je, freeeee.

sebabnya, subjek time degree ni memanglah sangat tough bagi aku laa. dengan banyak benda and calculation yang makin menempah tiga empat paper, sungguh memang penat. kalau balik tu tak revise balik yang kat kelas tadi, memang lost. habis. titik. tamat. :(

nak online pon memang tak sempat sangat dah. asyik bergelut dengan buku je. haha 

so, nak ke tak nak memang kena study gila-gila. yelah, kan degree ni guna untuk kerja nanti. insyaALLAH boleh kot. insyaALLAH.

sekarang pon, dah tak balik rumah macam time diploma dulu. even lagi banyak free time. :(((
takpelah, kena laaa berkorban sikit kan. sebabnya nanti dah kerja, tak payah susahkan mak abah dah. insyaALLAH.

so peeps, pray for me okay. insyaALLAH.


till meet again, here.




baru balik kena palam gigi.
it's hurt, :'(


Tuesday, September 4

words


 may this give us a thought.  insyaALLAH :)






















Thursday, August 30

degree

assalammualaikum!


 will always be in memoryy...



sehingga bertemu lagi kan... hari ni dah masuk second week of Syawal kan... dah tak berapa nak merasa suasana raya dah pon... cuma tinggalnya rumah terbuka kat sana sini tu je haaaa.. yang itu lah buat suasana Syawal itu masih terhimpit dalam hati dan terukir kejap dekat calendar!

this week, i was so busy with this degree thingy. haiyaaaaa macam tak cukup tangan pon hado haaaa. tapi alhamdulillah, ALLAH permudahkan jugak. even banyak la jugak problems datang ketuk pintu otak. ohho.  itulah, before raya taknak prepare semua siap-siap. kan dah kalut-malut. =.=' my bad. konon nak settle lepas raya semua even tahu two weeks left only after raya tuu. hailohh alia! tapi, itulahh nasib baik jugak dah settle semua pekebende yang nak kena buat. alhamdulillah sangat.

and for now, just tunggu time nak masuk study balik, after 5 months! taktau laahhh nak predict cemana nanti feelings and condition tu nanti. *gayamacamnakstartworkingje* hehe.
insyaALLAH, baik-baik aje harapnya.

continue degree, meaning that i will finish my study after 3 years more laaa. masa tu, umur dah masuk 24tahun. okeh dah sibuk kena panggil anak dara berdarah manis. uhukksss *tersedakakutulisandbaca*  insyaALLAH akan habis dalam 3 tahun nie. and my hope is to get the ijazah kelas pertama *semangatwaja* . makanya, kenalah pulun so hard from the beginning of the semester.

kalau tidak, kena buat degree in 4years, tapi sebab dah buat diploma. ada laa credit transfer. so tinggallah 3tahun aje. alhamdulillah. setahun kena potong and terus jump to the third semester, insyaALLAH!

feelings nak continue degree ni sebenarnya macam-macam. tapi paling terasa, sedih nak tinggal my lil' bro, sufi! taktau laaa nanti.. sebabnya almost in this few months, asyik berkepit dengan dia je.. haa tidur pon dengan sufi. T_____T
i can feel the sobsss sobssssss sobssssssssssssss already.. *seriusrasamacamnakulangalikje*
tapi bila fikirkan yang nak berjihad study ni, terpujuk sikit hati nii.. takdelah rasa serba gundah gulana serabut sedih tuu sangat. la haula wala quwwata illah billahi 'aliyil adzim...


so, officially on this 10th Sept, i will continue my study in electrical engineering in degree.
insyaALLAH. insyaALLAH. insyaALLAH. may ALLAH ease.


to all friends that will continue your study, happy study! and selamat menempuh alam pembelajaran semula. semoga jihad kita ini membawa hasil yang positif in one day! dan semoga ALLAH redha dengan perjuangan kita ini. :) *sincerely*

get ready to feel the kerahan mentalll! XD


till then. :)


taktau kenapa asyik
 tersimpul erat di hati masih- 
tak semua benda kita boleh
 share dengan best friends.
there will always gonna be a secret 
that we can share with HIM only. 

only Him.

Saturday, August 25

raya

kekadang cinta itu terasa jauh, kekadang rindu itu terasa bagai tak tersambut.
tapi sebenarnya cinta dan rindu itu terlalu dekat. 
cuma mata sahaja yang tak nampak dan hati sahaja yang tidak merasa. 
Allah sayang hamba-hamba Dia.




assalamualaikum!


hari ni dah raya ketujuh. petang tadi tayang cerita hindustan- Mohabbatein dekat tv3 pukul 2petang. huih cerita feveret tu.... dulu laaaa. sekarang pon tengok jugak tapi takde lah teruja macam before ni. hoho

okay, abaikan yang tu.nak cerita pasal cherita raya. 

alhamdulillah, ALLAH bagi aku peluang solat sunat aidilfitri dekat masjid kampung ni 1 syawal hari tu. dengar khutbah raya. and that khutbah memang buat aku sebak. isinya pasal Taqwa dan tingkatnya yang mana ada 4 tingkat taqwa tu. masih jugak terngiang dalam otak sempit aku ni sebahagian isi khutbah tu lagi. haa boleh laa Google kalau nak tau serba complete !


raya pertama #
paginya solat sunat. balik sekejap, budak- budak datang beraya. dalam tengahari macam tu, ziarah ke rumah tuk sebelah abah dekat Kulim. sampai laaaa ke petang jugak. then, pergi rumah kawan sekerja abah jugak. malamnya baru balik ke rumah.


raya kedua# 
abah dah start kerja. jadinya tinggal lah aku, mak, amira, aqmal and adam sufi. makanya aku suggest kat mak, pergi ziarah ke rumah sebelah mak pulak punya adik- beradik. so pagi tu bertolak laa ke rumah mak long. sekali dengan pak su sekali. lepas tu, after zohor konvoi reramai ke Gurun pulak, pergi rumah mak lang. sempat laa makan nasi gulai ayam kat sana. yummy! malamnya balik, singgah sekejap ke rumah saudara mak long.
then, sampai rumah hampirnya pukul 10malam jugak laa. =.=


raya ketiga#
pergi la pulak ke rumah mak ndak sebelah mak. sebab buat open house. ke petang jugak laa baliknya. kat situ makannya mewah! :) ada laksa, mee goreng, bihun singapore and macam-macam laa lagii. alhamdulillah.


raya keempat dan kelima#
duduknya di rumah sahaja sebab plan tak menjadi. sob sob sobsssssss


raya keenam# 
paginya di rumah. petangnya ke rumah kawan sekolah dulu, open house. :)
berkumpul dengan teman-teman sekolah jugak. alhamdulillah.


raya ketujuh#
hantar adik balik ke asrama. so, maknanya sekolah dah nak start balik!



and, kuliah pon nak start balik dah jugak, alia oiii! hoho

tapi sayang dari raya pertama ke ketujuh ni, satu gambar pon tak ambik. :(  hailohhhh
cumanya, moment beraya ke rumah sanak saudara dan kengkawan tu yang memang priceless. takde galang ganti. alhamdulillah, masih lagi berpeluang nak jumpa dan saling berziarah sesama. yang tu the most important. kan???  :)

salam aidilfitri semua.
dan secara rasminya genap seminggu Syawal sudah berlalu....





raya masa kecik-kecik dulu
 jugak laaa paling rindu!
:)

Thursday, August 23

cuti

assalammualaikum!

lama rasanya blog tak di update. hoho. and now, welcome back, alia  :)



 
 kalau dapat baby comel macam ni,
 haiyaaaa memang tak lepas laa dok menatap wajahnya.
ooooppppppppppppppppssssss!





Sudah hari kelima raya kan hari ni.. mashaALLAH rasa sekejap sangat masa berlalu. ramadhan yang sebulan pon terasa macam berminggu je. 
ini pulak, ke sana ke sini, alih- alih dah raya berapa hari dah. masa berjalan sangatlah pantas!


dalam berapa hari raya ni, merata la jugak kami satu family berjalan ziarah ke sana ke sini. kalau nak diikutkan, hari raya laaa hari yang semua sedara mara nak bertemu muka pon. nak bersembang bagai. isu ini itu. bergurau senda usik mengusik sesama. 

moment tu semua memang sangat seronok. alhamdulillah.

aku pon sangat seronok. tetiba pulak rasa macam tak sabar nak ada family sendiri. nanti buat persiapan raya sama-sama. tarawih and buka puasa sama-sama. semua sama-sama. seronok jugak kan. bila dah berjumpa sepupu sepapat yang baru je kahwin tu, rasa macam alahai seronoknya ada family sendiri. sedondon bagai. ada laa teman nak using ke sana sini. haha *offtopic*

dan lagi seronok, syukur family kami menerima saudara baru! bakal mak saudara yang bakal jugak dipanggil maksu. seorang Chinese, and dia masuk Islam pada malam 1 Syawal hari tu. alhamdulillah. and dalam 4 hari ni, berbagai jugak laaa ilmu yang kami semua saudara mara ajarkan pada dia. moga-moga ALLAH permudahkan untuk dia memahami Islam ini. insyaALLAH. :)


LASTLY....  

alhamdulillah, Allah masih lagi beri kesempatan beraya Aidilfitri kali ni. masih lagi dipanjangkan umur olehNYA.

dan kepada sesiapa yang ada message dekat phone, selamat hari raya tu, minta maaflah kalau tak terbalas. kredit segan mati takmau, hidup lagi segan tak mau. :P

di kesempatan ni, tak terlambat lagi kan, nak ucap 
Eid Mubarak friends! maaf zahir batin. 
semoga kita masih lagi diberi kesempatan olehNYa untuk bernyawa di muka bumi ini dengan izin Dia. :)



cuti panjang dah nak habis.
lepas ni busy pulak 
dengan urusan universiti bagai.
:| 
putaran hidup.
 

Monday, August 13

telatah

dia pelik tengok aku tangkap gambar dia guna handphone time ni.
adam sufi, 1 tahun.



aku suka bila adik kecik aku, bertanya

 "angah buat apa tu? angah masak apa tu? "

dengan pelat bercakap yang hanya menyebut hujung perkataan sahaja. haha lawak kekadang aku mendengar.

ini kata mak longku apabila mak berkata yang sufi masih bercakap hujung-hujung perkataan sahaja ,

"tulah hampa dah biasa sangat dok cakap bahasa budak2 yang jenis tak reti cakap ayat penuh. haa mana lah nak dia sebut ayat penuh bila bercakap ni. patutnya budak2 ni kena ajar dari kecik lagi cakap betul-betul. kalau tak, asyik ok pelat laa. "

ah, terasa pedas sindiran itu tatkala itu. haha. tapi salah itu berbalik pada diri jugak. jadinya, tak payah nak terasa tersindir ke apa. haha. bukan apa, sebab seronok dengar pelat budak-budak bercakap ni. :D


macam tu juga diri. kalau dari awal dididik dengan baik makanya hingga ke bila-bila pon insyaALLAH baik hasilnya, jika terus beristiqamah. insyaALLAH dengan izin DIA.

baja itu bukan hanya sebulan sekali ditabur, bukan juga setahun sekali. tapi lebih baik seringkali agar tumbuh mekar pokok yang ditanam. membuahkan hasil yang mashaALLAH, baik. dan juga memekar bunganya. insyaALLAH . analogi.




setelah beberapa hari-hari 
 ketidakberadaan di rumah,
oh terasa nikmatnya di rumah.
alhamdulillah
:D 

Thursday, August 9

rasa

 rasa aku??




20 ramadhan,
kau tiba sudah.
kau muncul sudah
menandakan akhirnya fasa ke-2 
bermulanya fasa ke -3
Ramadhan


bisu aku
senyap aku
lenyap kataku
sempit akalku
seakan bercambah bergunung


tatkala
mata tertancap pada sang kalendar
yang sering bertukar hari
dalam keralitan menempuh masa
menuju ke pengakhiran Ramadhan 
ini.


biru kataku
tak semestinya hasilnya biru
merah fikirku
tak semestinya hasilnya merah

malah
putih kataku
terkadang hitam hasilnya


iman dan nafsu
manakah pengakhiran buat aku??

 buat aku lelah
 buat aku takut
 buat aku resah


ramadhan
semoga kau dapat ku tempuh sehingga ke akhirnya




hati tak seiring dengan akal
membuatkan diri hampir
 antara rebah atau bangun

Tuesday, August 7

perak




cantik kan bunga ni?? 
sungguh, segala ciptaan ALLAH di muka bumi ni ada tujuan dan rahsia yang tersendiri. Subhanallah




assalamualaikum.

sesungguhnya hari-hari terakhir fasa 2 ramadhan yang bakal berlalu menginjak ke fasa 3 ramadhan membuatkan aku sibuk oh sibuk. tak tau lahh sibuk kot mana sangat. tapi sibuk lah! :P ( fasa 3 Ramadhan, welcome! )

errr , semalam 6 Ogos lepas je pukul 8 lebih macam tu, kami satu family bergerak lah ke Parit Buntar, Perak sebab nak menjalankan satu misi- errr shoppping?? sementelah abah dan emak kelapangan hari tu, makanya keputusan diambil untuk ke sana hari tu. tu pun, sebab mak sedara aku kata kat sana baju tudung semua murah-murah banding dekat sini. mak aku pon teruja lah nak ke sana. lepas siap-siap semua, kereta pun meluncur lah menuju ke destinasi. actually, ni first time nak pergi pekan Parit Buntar tu. sebelum ni tak pernah jejak ke situ lagi. nak pergi malam, tak syok pulak. kan nak tarawih. rasa macam tak patut.. tak patut... so keluar lah siang, tapi kena laa kuatkan sikit diri nak berjalan sebabnya kan tengah berpuasa! alhamdulillah semalam misi berjaya! mission accomplished! :)

pergi ke pasar hari yang bukak hari-hari bulan puasa ni (kalau bulan biasa bukak hari Isnin and Jumaat saja), dari pagi sampai ke petang sikit macam tu laa, kitorang tersesat. Lepas tol Jawi tu, hadoii tersilap masuk jalan. abah aku pon mulalah nak bising sedikit sebab nak kena pusing balik semua. so mak pon call sedara yang duduk kat situ, to guide kitorang ke pekan tu. alhamdulillah, sampai jugak akhirnya!

mak aiiii, punyalah ramai orang. kereta lagi laa berderet-deret haaaa depan belakang. jalan pon jammed kot. pusing-pusing agak lama laa nak cari parking pon. then, kitorang mula laa pergi cari barang. kat situ banyak barang perempuan jee! tudung, baju kurung, kain pasang, telekung haaaaa berlungguk- lungguk kat situ. ada laa jugak baju melayu, songkok semua tapi tak adalah banyak sangat. harga pon boleh laa tahan. sebabnya boleh tawar-menawar lagi dengan penjual tuu. peniaga kat situ semuanya dari Kemboja sana tuu. dorang dah buat perkampungan pon dekat tempat tu.

dekat situ macam lebih kurang pasar malam, pasar hari, uptown laaa. bukak gerai- gerai sepanjang jalan and masuk laa dalam sikit. ya ALLAH, banyak sungguh gerai kat situ. baju-baju cantik pulak tu. tudung bawal yang sekarang tengah semua asyik pakai tu, kat sana boleh beli borong. macam kalau ada 2 ton colour tu, harga ada rm 12, rm 15 sehelai .. depends laa corak tudung tu. dorang lambakkan atas meja haaa then pilih laa aje. ada yang gantung jugak. dah macam-macam fesyen tudung bawal kat situ aku tengok. yang ada bunga ros laa, manik kat atas laa, keliling tudung ada manik laa, yang kosong tak ada corak pon ada. senang cakap, semua jenis ada laaa.

selalunya, yang jual-jual tudung baju dekat Tesco, Carrefour ke Pekan Kuah ke, datang beli borong kat situ laa. sebab murah harga borong tuu. kalau beli sepuluh helai tudung bawal tu, dapat sehelai rm 7 je. murah kot.  *.*

baju kurung pulak banyak yang dorang jual rm 50 macam tu laa. cantik pattern baju-baju tu. banyak laa pilihan dari gerai ke gerai. banyak jugak yang jual jenis kain lembut yang tak panas tuu. ada jugak rm35 sepasang. depends on jenis kain and pattern laa. kain pasang yang dorang jual pon berlambak. jenis borong jugak. 6 pasang kain harga dia dalam rm100 je. jubah ada je yang jual rm55 sepasang. cantik-cantik pattern dia.

masyaALLAH orang kat situ punyalah ramai. sampai sesak jalan. tapi yang ramainya perempuan laa. muda tua kecik besar semua ada.

ada 2 tempat yang offer murah macam tu. satu dekat depan sekolah, yang macam pasar hari tuu.. lepas tol Jawi, ambil jalan kiri then terus ke sampai jumpa sign 'Selamat Datang ke Perak' haa, kat situlah.

yang lagi satu, dekat pekan Parit Buntar. dekat station bus. yang tu aku tak berapa nak ingat sangat. kena tanya orang kat situ laa.

yang dekat pekan ni, banyak baju yang dah siap jahit. and tudung pon banyak laa. lebih kurang laa dengan pasar hari tadi tuu. cumanya dekat sini, jenis kedai lot bebanyak. tapi overall okay laa. dua-dua.

letih sungguh berjalan semalam.dari pagi sampai ke petangnya berjalan. abah, Aqmal  banyak stay dekat kereta je. aku dengan mak laa yang berjalan ke sana sini pon. hailohh.
singgah dekat masjid Kamunting solat , lepas tu kitorang gerak balik. dekat pukul 7 jugak laa sampai ke Penang pon, so last nya, berbuka dekat KFC Tesco Seberang Jaya. lepas tuu, baru gerak balik rumah. ( sebenarnya malas nak makan kat rumah, sebab nak kena hidang bagai and basuh-basuh semua :P )

sempat jugak beli jubah , tudung and baju kurung kat sana semalam . and kasut for my adik-adik.

so, kepada sesapa yang nak pergi, tak rugi laaa. :)

tapi, tak boleh boros berbelanja ye! kena lah besederhana dalam bulan puasa ni.
kalau bukan puasa pon sama laa jugak. :)



teringat kisah seorang ustaz yang bercerita, 
tentang kisah seorang sahabat,
 Amru bil As 
yang mana matinya
 dalam keadaan jari tegak ke atas 
seperti dalam solat ketika mengucap. 
subhaALLAH.T__T

Friday, August 3

hati


hari tu, aku bual kosong bersama emak. mengisi masa senggang selepas solat Asar sudah. aku dan mak duduk di ruang tamu. sambil adik bongsu aku, sufi bermain robot- robot yang tercipta hasil imaginasinya mungkin. atau pun cerita dari televisyen. entah. tak dapat aku meneka.

tiba-tiba televisyen yang entah apa siaran menuturkan kata-kata yang kurang enak didengar. adik aku, Aqmal juga sedang berbaring menonton televisyen itu. aku berpaling dari bual kosong antara aku dan emak.
sedikit terkejut.

oh, cerita tentang keganasan dan dendam. padanlah perkataan yang terkeluar berbaur jelik dan amatlah tidak sesuai didengar.


tiba-tiba adik aku, Aqmal bertanya

" mak, dia kata apa tadi tu? " dengan muka innocent and curious.
perkataan itu 'celaka' dan 'jahanam' .

aku tersentak. mak pon aku rasakan sama juga. sedikit masa mak ambil mungkin untuk berfikir alasan yang  boleh buat adik aku tu faham dan masuk ke dalam hati.

" tak payah dok dengar lah semua tu. bukan elok pon benda depa dok cakap tu. aqmal tak mau sebut benda- benda macam tu. bukan elok maksud dia"  mak aku pandang Aqmal mata ke mata. 

Aqmal mengangguk sedikit. aku hanya pandang kosong ke arah televisyen. tapi fikiran aku penuh melayang.

mak bersuara lagi
 " kawan-kawan Makim ( panggilan untuk Aqmal ) kat sekolah dok sebut benda-benda tak elok ke? Aqmal ikut tak?"

"Ada. depa cakap gak. tapi makim tak ikut ! makim tak cakap pon macam depa tu"  Aqmal bersungguh meyakinkan mak aku. mak aku tersenyum .

kembali menghadap mata ke arah peti televisyen di hadapan. semua.

kala itu, fikiran aku masih lagi terbang mengingat kata-kata itu. sering mak aku nasihatkan kami adik-beradik jangan pernah sebut benda-benda or perkataan tak elok tu semua. sering. kerap . kali mak aku pesan. perkataan 'bodoh' sekalipun mak aku dah bertegas bercekak pinggang marah sebelum berceramah panjang apabila mulut anak-anaknya menyebut, apatah lagi perkataan lain yang sewaktu dengannya.

hati aku menggeliat pedih. hati aku merasa terpukul. hati aku meraung resah.
kerna aku pernah melanggar pesan mak aku. bukan sekali cuma. malah berkali-kali. seakan tak terkira sudah.
satu masa itu. satu masa itu. satu masa itu.
dan semua kata itu seakan terbuai bagai tiada makna di mulut aku bertutur. sedangkan maksud kata itu menngelapkan hati. dan, menambah dosa pada sebelah kiri secara tak langsung.

mak, ampunkan angah.



sisi lain: 

hati aku tak tenang.
hati aku masih lagi tak tenang.
hati aku sedang lagi merasa tak tenang.

tapi, tak lama.
 setelah pujukan ayat ALLAH 
dari talian hayat- al-Quran menyapa hati, 
tenang itu terbang menyusup dalam. 
alhamdulillah.
mengingati ALLAH membuat hati merasa tenang.

 
mungkin jua hati aku masih terkenang itu. 
silap aku. silap hati aku.
silap alat eletronik yang bergelar telefon bimbit itu.
silap kredit yang masih bertampuk senang di telefon.
dan silap jari aku menaip itu.
untuk 'itu' .

ahhh, salah aku sebenarnya.

Monday, July 30

Ta'aruf


assalammualaikum! 
( teringin nak buat gaya macam Ehsan buat dalam upin Ipin tu, haha )



 aku kah di sebalik umbrella wane-wani tuu ??? :P



boleh tak nak cerita serba serbi sedikit pasal empunya blog Refleksi ni. kan kalau nak lebih mengenali erti persahabatan dan persaudaraan tu, better if kita kenal teman kita dan all about herself. moga-moga lagi laa berkekalan ukhuwah itu. mana laa tau, ada banyak pulak kita punya similarities dengan dia. :)

here:

name:  
Nur Alia bt Zulkifli



username
alia, lia  
(takde lagi orang panggil nur, -.-' )
actually dulu mak aku nak letak nama lain, tapi sebab nama yang mak nak letak tu orang lain dah letak, mak pendekkan nama aku macam ni je. huhuhu

age:
 20-an
huuu da tua aku ni. this year aku officially dah 21 years old. 



adress: 
 bukit mertajam pulau pinang. 
( sape-sape nak hantar kad raya boleh laa contact mintak alamat penuh. :P )
 


interest :
 reading, surfing . writing. 
semua yang macam boleh laa nak buat imaginasi and logik aku terbang melayang or berguling-guling menerjah ke otak, aku okay je. selagi takdelah mende bukan-bukan.



dislikes:
 err cooking? ( -.-' ) 
 yang jenis lauk pauk tuu, aku tak berapa nak suka, tapi insyaALLAH boleh laaa nak masak tuu. kalau baking, aku suka la jugak. 


haa lagi satu aku tak suka menunggu. 
kalau dulu, mesti dah macam-macam terlepas dari mulut ( my bad ) , sekarang alhamdulillah tak. cumanya kalau terlalu lama laa, muka aku ni automatik laa terkejang sedikit urat di dahi dan pipi.  ( errrr, marah ?) 
 ohho, sedang cuba untuk melatih diri bersabar untuk ini. 




favourite food :
 sambal petai ikan bilis.  
waaa sangat feveret! kalau masak satu periuk besar pun, mesti aku tak jemu makan. huuuuu 

kuih-muih. 
aku suka jugak makan. tradisional ke moden ke, aku insyaALLAH makan. :)

haa lagi satu aku suka jugak makan coklat, minum yogurt. 
sedap! kalau abah aku balik kerja, beli yang tu kat adik kecik aku, mesti aku mintak sikit.




siblings:
 abang ( 22 tahun) , sekarang tengah study dekat Japan. taking engineering. Alif
adik (17 tahun) , sekarang form 5 dekat MRSM Baling.  Amira
adik ( 8 tahun ) , standard 2 in his school. Aqmal Hakim.
adik ( 3 tahun ),  Adam Sufi


aku kira nya kakak sulung laa. tapi dah macam anak sulung dah, yang tolong tengok- tengokkan rumah ni, tolong mak aku memasak semua, jaga adik- adik. sebab abang aku tu kan lelaki and duduk jauh pulak. 



parents:
  abah ,
nama Zulkifli. abah pesara tentera. huhu sangat lahh menepati masa! kitorang selalu kena tegur kalau siap lambat if dah plan awal-awal nak keluar pukul berapa semua. tapi abah sangat baik dan tak kedekut. syok je kalau keluar shopping dengan abah. ambil je apa nak. tapi tak boleh laa ambil kesempatan kan? hoho

mak ,
nama Rahmah. mak kerja as pembantu tadika. mak pun okay je, sporting laa. selalunya aku share dengan mak cerita apa-apa pasal aku ke apa ke. sebab women's talk kan lebih awesome! heee mak is the best mom ever. 

insyaALLAH, selagi ada umur dan mereka masih hidup, kena sayang and jaga mereka sebaiknya. 




status
err single sedang belajar lagi. 
engineering. insyaALLAH selagi dikurniakan akal yang sihat oleh DIA dan masa, aku akan terus mengabdi diri pada sang buku- buku. 



ambition: 
 lecturer
insyaALLAH. aku takut nak jadi engineer, hoho. kalau dari kecik, cita- cita aku asyik berubah je sebab pengaruh tv tu haa. sekarang insyaALLAH cuba diusahakan sebaik mungkin ke arah ini. 
haa lagi satu, nak jadi Super Saiya. :D
 



err aku rasa cukup je lah setakat ni kan. insyaALLAH semoga diri ini dan semua dipelihara DIA dalam kehidupan seharian. insyaALLAH.

and selamat berkenalan! :)



" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan , dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal- kenalan ( dan beramah mesra antara satu sama lain ) . Sesungguhnya semulia- mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih taqwanya , di antara kamu , ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui , lagi Maha Mendalam PengetahuanNYA ( akan keadaan dan amalan)...  "

Surah al- Hujuraat , ayat 13




psst:  motif nak tulis entry
ni aku pon tak tau
 apa sebenarnya.

Sunday, July 29

isi

soothing :)




assalammualaikum.
 

hari ni nak cerita pasal ' ISI ' :)

errr actually ISI ni berkaitan dengan satu ceramah yang aku dengar.  semoga bermanfaat hendaknya. boleh laaa saling amal kan. :) insyaALLAH.




1. ada beberapa amalan wajib dalam puasa Ramadhan (tak silap aku ada 4 kot, tak sure ):

 
- jauhi bercakap bohong. sebarang bicara yang melibatkan pembohongan maka puasanya hanya dapat sekadar 'lapar dan dahaga' cuma. so, kena laa control mulut dari mencipta atau berbicara bohong.


- jauhi dari mengumpat, membuka aib orang. haaaaa yang ni including gossip jugak. mulut ni kena bagi 'insurans' sikit kalau tak hendak mengumpul dosa percuma dan menghilangkan pahala berpuasa yang dari sebelum fajar terbit sampai laa tenggelamnya matahari tuu. rugi tau! ustaz dalam ceramah tu jugak cakap, kalau kita 'terrr' buat jugak, maka bersedekahlah atas nama orang yang kita mengata tu. dan lagi satu, boleh jugak jumpa dia, bersalam dan baca selawat time bersalam tu. mata kena bertentang mata, semoga ALLAH mengampunkan dosa kita tu. itu pun kalau kita rasa takut atau malu nak pergi memohon maaf pada empunya diri tu.
insyaALLAH.


- jauhi dari memfitnah sesama manusia. yang ni bahaya. sebabnya dalam Al-Quran sendiri dah kata bahawa dosa memfitnah itu lebih besar dari melakukan pembunuhan. masha-Allah. makanya, kena laa berhati- hati dalam bercakap. jaga percakapan dan fikiran dari memkirkan yang kotor-kotor dan buruk mengenai orang lain.



and yang ini extras :

>  kalau orang bagi salam, kita kena jawab di mulut. tak main lah jawab dalam hati. (kecuali dalam keadaan yang 4 tu dalam entri aku sebelum ni) . Rasullullah s.a.w pon ada berkata jawabnya hendaklah di mulut, bukan dalam hati, yang ustaz tu ada sebut laa.

 > setiap kalimah yang baik keluar dari mulut kita merupakan sedekah. mashaALLAH untungnya kita kalau asyik menyebut perkataan yang baik-baik saja kan? :D





ISLAM comes from the root "slm" or "salama". and ISLAM means:


Surrender
"Give up evil and lusts - give in to the Creator"
Submission
"Agree to the terms and conditions of being a servant of Almighty God"
Obedience
"Comply with His Commandments to the best of your ability"
Sincerity
"Do it all whether or not anyone else notices or cares."
Peace
"Accept what Almighty God gives you in this life in serenity."





psst: semalam ke Tesco dengan mak, 
penuh sesak orang ramai
sampai parking pon tak ada.
errrr, RAYA?? -.-'

Thursday, July 26

ceritera pendek


Tajuk: Kerinduan
Penulis: Nur Alia bt Zulkifli



 Hampir  7 tahun sudah. Aku kerinduan. Terlalu ingin menatap betapa ayunya dia dengan tudungnya yang labuh menutupi segala kurniaan Allah pada wanita. Betapa rindunya untuk mendengar halus kata-katanya yang berbutirkan hadis dan kalimah Allah yang Maha Besar menemborosi ruang sempit telinga ini. Betapa terlalu berkeinginan untuk menikmati segala itu. Betapa terlalu resah malamku kerinduan terhadapnya, kerinduan yang mengingatkan pada Ilahi betapa kasih itu hanya diciptakan sesama berlainan jantina yang dipasakkan hanya  kepadaNya.  Kerana itu aku masih menanti janjiNya kerana aku yakin gadis itulah tulang rusuk kiriku.....  

 Malam ini, resahku datang lagi. Aku bukan seorang sentimental. Bukan seorang pelayan perasaan juga. Tapi, semenjak beberapa hari ini, gelisahku makin kerap bertandang melitupi ruang sanubariku. Dan, semua tentang dia. 

“Lidah yang sentiasa basah dengan alunan zikrullah adalah peneman terbaik ketika kita dalam masalah dan kekeliruan.Hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Zikirlah, pujalah Dia yang Agung, sesungguhnya kamu akan merasa ketenangan bagai selautan air yang tenang...”

Itu kata-katanya yang hingga kini masih tersemat kemas di mindaku. Betapa tiap patahnya membuahkan perasaan kasih kepadanya dalam diriku. Kagum. Terpesona. Sikapnya itu sukar ditemukan pada mana-mana gadis zaman millennium ini...

**************

Aku menilik-nilik  dress comel di hadapanku. Ropol-ropol pink itu pasti cantik dikenakan pada anak buahku yang hampir setahun itu. Lantas, tanganku mencapainya lalu kakiku automatic mahu bergerak ke kaunter. Saat itu, langkahku terhenti. Mataku membesar bersama lantunan jantungku yang makin tidak terkawal. Benarkah? Aku berdebat sendiri. Sehinggalah wajah itu mendekat kepadaku lantas berdiri mendepani tubuhku. Aku masih terkaku.

“Assalammualaikum Hakim Fatimi..” lembut suara itu menampar halus gegendang telingaku. Lantas aku kembali ke alam nyata. Terus tegak diriku.. 

“Waalaikummussalam...” jawabku perlahan. 

Mataku tajam menyoroti wajah di hadapanku ini. Manis wajahnya bersalutkan mekap tipis. Bajunya kelihatan terisi mengikut bentuk tubuhnya.Selendang di bahunya menambahkan lagi keindahan persalinannya. Rambutnya tersisir rapi bersama sepit-sepit kecil yang dikepil bersama. Tampak kena semuanya. Ah, penilaian pertamaku. Tapi aku masih terpaku. Ya, mungkin secara tepat, masih terkesima melihat batang tubuh di depanku ini. 

“  Awak sihat? Long time no see ,..” butir-butir kata lembut itu kembali kedengaran. 

Aku kembali beristigfar dalam hati meleraikan kejutanku. 
“ Sihat alhamdulillah. Awak macam mana?” aku bertanya kembali sambil terus mengusir jauh debaran yang masih bersisa. 

“ Saya pun sihat, syukur. Awak tengah shopping ya? Cantik dress di tangan awak tu. Really nice, emmm for your baby?” matanya menyorot baju di tanganku sambil tersenyum.

 Ya, senyum itu. Aku masih ingat. Masih segar dan sama senyumannya seperti tujuh tahun lalu. “Ini untuk  Atika Humayra, anak kak Husna...  Saja saya belikan untuk hadiah birthday dia hujung minggu ni..” balasku cuba bersifat ramah. Ah, masih sahaja rasa terkejutku menyinggah paluan hatiku.. 

I see... Da besar ke? How old is she now?? Dah lama rasanya saya tak bertemu kak Husna.. rasanya dah hampir bertahun-tahun... Saya ingatkan anak awak....” ramahnya membalas kata-kataku. Dan dia tetap mempamerkan senyum. 

“ Emm, dah nak dekat setahun... Semuanya sihat saja...” aku cuba tersenyum kembali. Kekok. Aku rasakan begitu. Sungguh, aku gembira bertemunya, tapi terkilanku masih juga mengatasi..



Hari ini, setelah seminggu kami ketemu lagi. Anjung restoran yang bercirikan kampung itu aku lewati bersamanya.Dia berseorangan. Sudah tidak seperti dahulu yang terlalu susah untuk diajak ketemu,, walau terpaksa pun, pasti ada yang menemaninya.
Rasa ketidakselesaan mejerat hatiku di kala itu.

 “ Fatimi, Fatimi... Fatimi...” panggilnya lagi.

 Ah, aku bersama lamunanku lagi. Tertangkap. Dia mengerutkan sedikit keningnya menggambarkan kehairanannya melihat diriku. Aku tersenyum. “ Awak terlalu berlainan sekarang.. Seharusnya saya amat terkejut melihat awak yang sekarang...” hamburku terus. Perasaan ingin tahuku terhadap perubahannya melantaskan tindakan itu. Dia diam. Sepuluh minit. Masih diam.
 
 Lalu aku memulakan kata-kata sekali lagi. “Mengapakah terlalu drastik perubahan awak... you’ve changed so much! Mengapa Safiyyah Aisya...” .Bebola mataku masih bergerak-gerak. Melihat reaksinya. 

 Setelah 15 minit, dia membuka kata. Aku mendengar  tiap patah yang diucapnya. Ada mutiara jernih mengalir dari tubir matanya. Semakin laju dan laju.. Aku menghulurkan sehelai tisu kepadanya. Terus sahaja dia mengelap air mata itu. Berbagai perasaan yang berbaur dalam hatiku. Aku jadi terkilan mendengar perjalanan hidupnya, aku jadi kasihan melihat rapuhnya pegangan agamanya. Hanya kerana desakan arus budaya di sana. Betapa aku sedih mendengar imannya yang begitu goyah berdepan dugaan Sang Pencipta. Aku tidak mampu melontarkan apa-apa kata sekalipun lagi. Aku hanya mampu berteleku memandang pohon-pohon kelapa meliuk lentok mengikut angin.

  Dia penasaran. Aku mengerti rasa itu dari sorot gayanya. Tapi, bibirku masih terkunci. Kelat untuk meluahkan kata-kata. “ Can’t you change ?” ujarku lama selepas itu. Dia menggeleng-geleng lemah. Aku jadi marah sendiri.  “Mengapa begitu? Awak tak yakin awak boleh berubah? Sedarlah Safiyyah... Janji Allah itu tetap akan datang. Bangunlah dari dunia sia-sia awak ini. Saya masih ingat kata-kata awak..... Manusia  jahil adalah manusia yang gemar orang lain melihat apa yang tidak sepatutnya dilihat pada dirinya..auratnya.. terutama wanita..Jahil dirinya kerana menempah dosa untuk  dirinya. Itu kata-kata awak.. Sekarang mana semua pegangan yang kukuh awak genggam selama ni?”. 

“ Siapa awak untuk menentukan jalan hidup saya? Hanya saya yang akan memilihnya so please don’t get yourself into my life...” ujarnya beremosi kembali. 

Aku mengerti. Dan merenungnya kosong. Wajah yang masih basah dengan air mata itu aku tatap, mungkin untuk kali terakhir. “ If that is what you want, okay.  Maaf. Send my regard to your family. Assalammualaikum.” Lantas kakiku ayun menuju gerbang keluar. Kecewa dengan sikapnya. Dia masih terduduk di situ. Menangis.

  ************


7 bulan sudah berlalu. Aku diarahkan berkursus di Pahang untuk satu projek besar. Kali ini aku bepergian selama hampir 3  minggu. Perasaanku terasa lain kali ini. Aku beristigfar dalam hati. Menenangkan rasa yang tidak-tidak yang rakus meratah hatiku. Progressing projek pembinaan banglo yang sedang giat dijalankan di sana makin membuahkan hasil yang baik.

“Encik Hakim,today you have an appointment with Cik Aisya from Putra Bersatu Trading. Emm apa-apa you contact Mr. Prakash about this. Okay, see you later. Assalammualaikum.” Ujar pembantuku, Fathul Akbar lewat pagi itu. Aku hanya mengangguk mengerti.

  Tepat  jam 2 petang, aku tiba di Restoran Seleksi. Aku mengambil tempat diiringi oleh seorang pelayan. Aku mengeluarkan dokumen yang perlu dan menstabilkan keletihan memandu dari site contruction tadi. 

Hello, are you deputy from Syarikat RR Enterprise?” satu suara di belakangku menegur. 
  
 Aku berdiri lalu berpusing menghadapnya. Ya Allah!!!!! Kaget rasaku. 

“ Fatimi!” jeritan kecil itu mengembalikan deriaku ke alam nyata.

 Ini bukan mimpi. Kenyataan pasti. “ Safiyyah Aisya....” tuturku perlahan. Antara dengar atau tidak.. Aku menghadiahkan senyuman. Seikhlas mungkin. Becampur baur reaksiku. Aku lantas bersikap professional. Menghalang segala gundah yang kembali hidup di hatiku. “Assalammualaikum. Tak sangka kita bertemu lagi.. Silakan..” ujarku mempersilakan duduk. Terus aku membuka perbincangan walau masih ada rasa terkejut itu singgah. 

  Usai setelah sejam setengah berlalu. “Err Fatimi, boleh kita berborak sebentar? Atau awak kejar masa? ” patah katanya menghentikan langkahku yang baru kumulai. 

“Emm sure. Saya pun dah free sebenarnya ni,” balasku seketika kemudian. Aku kembali duduk. Tapi bukan atas urusan rasmi kali ini. 

“Maafkan saya kerana mencuri masa awak sebentar. Cuma saya ingin berterima kasih pada awak.” Manis dia tersenyum seperti beberapa tahun lepas. 

“ For?”

“ Kerana awak telah berjaya menyedarkan saya. Terlalu banyak dosa yang telah saya cipta atas kebodohan saya.. Saya telah menemui kembali sinar yang lama sudah tidak bercahaya dalam hati saya. Sinar Ilahi. Alhamdulillah. Mujur saya sempat menemukan sinarNya sebelum ajal datang merenggut nyawa saya.” Bicaranya lantas mengkhabarkan  susur hidupnya dalam menemui cahaya Ilahi.

 Syukur. Aku gembira melihat perubahannya. Dia kelihatan cantik sekali dengan tudung litupnya. Seperti suatu masa dulu. “Alhamdulillah. Allah telah membuka pintu hati awak, Safiyyah. Saya bersyukur.” Aku tersenyum. 

 Dan dia kembali senyum. Seperti dulu.. Senyuman yang aku rindu..Ada maksud lain di situ yang mengusik perasaanku. Aku kembali tersenyum. 

************ 


Ya Allah, terima kasih atas rindu yang kembali bertaut ini. Hanya berpasakkan padaMu kasihku padanya, Safiyyah Aisya. Dia tersenyum malu saat renungan mataku menikam matanya menggambarkan kasih yang kurasa dalam lautan kasihNya..

 Mungkin inilah yang dinamakan jodoh... 




# cerpen ini aku karang ketika aku mengisi lapangan waktu sekolahku beberapa tahun lepas. seingat aku sehabis SPM rasanya. 
aku suka menulis. aku sangat menyukainya.dan ini hanya untuk suka-suka. 
sebarang ketidakwajaran kata dipohon kemaafan. 



tetiba rasa rindu
 membuak untuk 
mencoret kembali 
di laman penulisan ini...

   

Wednesday, July 25

V.I.P

assalammualaikum!

actually  i want to post a 'cerpen' today. tapi macam berselirat pulak antara nak lepas gian muhasabah diri dengan nak publish kan cerpen tu, makanya setelah ditimbang timbal *errrrrr*  diputuskan akan menge'post' entry baru,  bukan cerpen. *apabendaakumerapuentah*

sekejap sangat, sudah meniti hari ke-5 berpuasa Ramadhan. sungguh, sangat sekejap. aku macam tak percaya je dah samapai hari yang kelima. mashaALLAH. cepat sangat kot masa tu berlalu. betullah macam kata Ustaz Abu Hassan Din dalam rancangan PESAN ATOK pagi tadi dekat TV9 , kiamat sungguh teramat dekat. malah semasa zaman Rasullullah s.a.w pun baginda sudah berkata, bahawasanya kiamat itu sudah dekat, sambil merapatkan jari hantu dan jari telunjuk baginda. mashaALLAH.  T______________T

back to the V.I.P , tajuk entri kali ni. err sebut pasal V.I.P, pasti terimbau pasal orang-orang pangkat besar, yang banyak duit tuu. kan kan kan kan???? :P

actually, V.I.P yang aku nak cerita kali ni, ialah nyaa pasal manusia-manusia mulia dan bertaqwa yang akan mendapat naungan ALLAH s.w.t di akhirat sana nanti.

Ada 7 golongan V.I.P yang akan mendapat naungan di sana nanti ketika matahari memancar sejengkal atas kepala manusia ketika itu..

jom selami dan mudah-mudahan kita tergolong sekali dalam mana-mana antara 7 golongan tersebut. insyaALLAH.




7 golongan yang akan mendapat naungan ALLAH di akhirat.


pertamaPemimpin yang Adil.

explanation: Golongan ini adalah para-para pemimpin yang adil dalam melaksanakan pemerintahannya. golongan yang menjadikan Allah and Rasul sebagai tunjang dan rujukan utama & pertama dalam apa-apa urusan yang perlu diputuskannya.
Pemimpin ini akan bersama-sama dengan golongan pemimpin dari zaman dahulu yang taat dalam perintah Allah dan menjauhi laranganNya.



kedua- Remaja yang Hidup dalam Ketaatan.

explanation: golongan ini merupakan para remaja yang melangsungkan hidupnya dalam penuh kesungguhan dan kesabaran dalam menempuh ranjau usia remaja yang penuh cabaran berliku, berpasakkan pada ajaran Islam yang hakiki.
golongan remaja ini dapat melawan keinginan nafsunya yang inginkan keseronokan duniawi yang tidak kekal ini tambahan dalam usia muda mereka. mereka masih meneruskan kehidupan seperti biasa seperti remaja lain, cuma mereka memelihara dan mematuhi tuntutan agama.
seperti yang dilihat hari ini, banyak remaja yang hanyut dalam keseronokan duniawi seperti melayan hiburan berlebih-lebihan, melepak di pusat-pusat hiburan tanpa tujuan, melakukan perbuatan sia-sia dan tidak berfaedah, berkaraoke dan macam-macam lagi. temasuklah dalam isu berkasih sayang, pergaulan dan berpakaian.
golongan yang kedua ini mendapat naungan ALLAH di akhirat nanti kerana pengorbanan mereka dalam mencari hidayahNYA di mana mereka tidak mengejar keseronokan seperti rakan-rakan mereka yang lain.  *airmataluruh*



ketiga- Pencinta Masjid

explanation: golongan ketiga ini ialah mereka yang sentiasa memelihara ibadah di masjid, dan selalu mengunjungi masjid untuk beribadah. mereka mengimarahkan masjid dengan amalan-amalan kebaikan demi berbakti kepadaNYA. mereka begitu mencintai rumah ALLAH itu dan berusaha sebaiknya untuk mejaga masjid itu beserta sekitarnya.



keempat- Dua Insan yang Berkasih Sayang kerana ALLAH.

explanation: golongan seperti ini ialah golongan yang berkasih sayang dengan bersungguh-sungguh mentaati ALLAH dalam segenap urusannya, dan mendorong pasangannya mentaati ALLAH. golongan ini menyayangi sesama lain kerana ALLAH dan ingin bersama mengumpul pahala bersama, hanya kerana ALLAH.
soal hati memang amat rumit dan setiap insan pasti akan mempunyai orang yang disayangi. cumanya atas sebab apa kasih sayang itu terlahir yang perlu dipastikan.




kelima- Pemuda yang Menolak apabila diAjak Berzina

explanation: golongan ini sekiranya dia diajak oleh seorang wanita  yang cantik dan berkedudukan untuk berzina, dia menolak dengan mengatakan  'Aku takut pada ALLAH' .
Sementelah mereka akan mendapat kehidupan yang terjamin dari segi kewangan kerana 'dilamar' wanita yang berkedudukan, pasti darah muda yang mengalir dalam tubuh akan meningkat adrenalinnya dengan tawaran tersebut, lantas ramai yang hanyut.... tambahan pula, zaman ini yang memerlukan sumber kewangan untuk terus hidup dengan selesa.
tetapi, masih wujud golongan yang seperti ini yang dijanjikan ALLAH mendapat naunganNYA di sana nanti.




keenam- Orang yang Menyembunyikan Sedekahnya

explanation: golongan ini bersedekah dengan tidak menghebahkannya kerana hanya ingin mendapat keredhaan ALLAH s.w.t. mereka ikhlas dalam amalnya dalam bersedekah.
seperti yang dikatakan Rasulullah s.a.w 'bersedekah dengan tangan kanan, tetapi tangan kiri sendiri tidak mengetahui' .
mereka bukan jenis golongan yang dahagakan pujian dan kebanggaan dalam masyarakat kerana hasil sedekah mereka itu. tetapi tidak lain tidak bukan hanyalah untuk bekalan ke sana.



ketujuh- Insan yang Mengingati ALLAH sehingga Menitiskan Air Matanya

explanation: golongan seperti ini sering dan senantiasa bermusahabah mengenai amalan-amalan lampau mereka yang menjurus ke arah dosa di sisi Allah, sehingga menitiskan air mata di kala berseorangan. Mereka sentiasa memikirkan perbuatan lampau mereka yang mengukir dosa di halaman buku kiri. mereka mengalirkan air mata jernih kerana ALLAH , kerana menyesali perbuatan dosa-dosa lampau mereka itu. *turunairmatamengalirlagi*




rujukan:  Solusi, isu #45



*******************

insyaALLAH kita boleh termasuk dalam golongan 7 di atas if kita sentiasa bermuhasabah dan berusaha untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. insyaALLAH.




aku tinggalkan dengan sepotong hadis:

"Pada hari Kiamat didekatkan matahari kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu ( sama ada ukuran sekarang ataupun akhirat ). Pada ketika itu manusia berada dalam ( peluh ) masing-masing mengikut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada yang peluhnya sekadar sampai di buku lali, lutut, pinggang dan mulut. ( sambil Rasullullah menunjuk ke arah mulutnya). 

Riwayat Muslim dan al- Tirmizi





masih menanti pertama 
ramadhan
 tahun ini