notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Thursday, August 30

degree

assalammualaikum!


 will always be in memoryy...



sehingga bertemu lagi kan... hari ni dah masuk second week of Syawal kan... dah tak berapa nak merasa suasana raya dah pon... cuma tinggalnya rumah terbuka kat sana sini tu je haaaa.. yang itu lah buat suasana Syawal itu masih terhimpit dalam hati dan terukir kejap dekat calendar!

this week, i was so busy with this degree thingy. haiyaaaaa macam tak cukup tangan pon hado haaaa. tapi alhamdulillah, ALLAH permudahkan jugak. even banyak la jugak problems datang ketuk pintu otak. ohho.  itulah, before raya taknak prepare semua siap-siap. kan dah kalut-malut. =.=' my bad. konon nak settle lepas raya semua even tahu two weeks left only after raya tuu. hailohh alia! tapi, itulahh nasib baik jugak dah settle semua pekebende yang nak kena buat. alhamdulillah sangat.

and for now, just tunggu time nak masuk study balik, after 5 months! taktau laahhh nak predict cemana nanti feelings and condition tu nanti. *gayamacamnakstartworkingje* hehe.
insyaALLAH, baik-baik aje harapnya.

continue degree, meaning that i will finish my study after 3 years more laaa. masa tu, umur dah masuk 24tahun. okeh dah sibuk kena panggil anak dara berdarah manis. uhukksss *tersedakakutulisandbaca*  insyaALLAH akan habis dalam 3 tahun nie. and my hope is to get the ijazah kelas pertama *semangatwaja* . makanya, kenalah pulun so hard from the beginning of the semester.

kalau tidak, kena buat degree in 4years, tapi sebab dah buat diploma. ada laa credit transfer. so tinggallah 3tahun aje. alhamdulillah. setahun kena potong and terus jump to the third semester, insyaALLAH!

feelings nak continue degree ni sebenarnya macam-macam. tapi paling terasa, sedih nak tinggal my lil' bro, sufi! taktau laaa nanti.. sebabnya almost in this few months, asyik berkepit dengan dia je.. haa tidur pon dengan sufi. T_____T
i can feel the sobsss sobssssss sobssssssssssssss already.. *seriusrasamacamnakulangalikje*
tapi bila fikirkan yang nak berjihad study ni, terpujuk sikit hati nii.. takdelah rasa serba gundah gulana serabut sedih tuu sangat. la haula wala quwwata illah billahi 'aliyil adzim...


so, officially on this 10th Sept, i will continue my study in electrical engineering in degree.
insyaALLAH. insyaALLAH. insyaALLAH. may ALLAH ease.


to all friends that will continue your study, happy study! and selamat menempuh alam pembelajaran semula. semoga jihad kita ini membawa hasil yang positif in one day! dan semoga ALLAH redha dengan perjuangan kita ini. :) *sincerely*

get ready to feel the kerahan mentalll! XD


till then. :)


taktau kenapa asyik
 tersimpul erat di hati masih- 
tak semua benda kita boleh
 share dengan best friends.
there will always gonna be a secret 
that we can share with HIM only. 

only Him.

Saturday, August 25

raya

kekadang cinta itu terasa jauh, kekadang rindu itu terasa bagai tak tersambut.
tapi sebenarnya cinta dan rindu itu terlalu dekat. 
cuma mata sahaja yang tak nampak dan hati sahaja yang tidak merasa. 
Allah sayang hamba-hamba Dia.




assalamualaikum!


hari ni dah raya ketujuh. petang tadi tayang cerita hindustan- Mohabbatein dekat tv3 pukul 2petang. huih cerita feveret tu.... dulu laaaa. sekarang pon tengok jugak tapi takde lah teruja macam before ni. hoho

okay, abaikan yang tu.nak cerita pasal cherita raya. 

alhamdulillah, ALLAH bagi aku peluang solat sunat aidilfitri dekat masjid kampung ni 1 syawal hari tu. dengar khutbah raya. and that khutbah memang buat aku sebak. isinya pasal Taqwa dan tingkatnya yang mana ada 4 tingkat taqwa tu. masih jugak terngiang dalam otak sempit aku ni sebahagian isi khutbah tu lagi. haa boleh laa Google kalau nak tau serba complete !


raya pertama #
paginya solat sunat. balik sekejap, budak- budak datang beraya. dalam tengahari macam tu, ziarah ke rumah tuk sebelah abah dekat Kulim. sampai laaaa ke petang jugak. then, pergi rumah kawan sekerja abah jugak. malamnya baru balik ke rumah.


raya kedua# 
abah dah start kerja. jadinya tinggal lah aku, mak, amira, aqmal and adam sufi. makanya aku suggest kat mak, pergi ziarah ke rumah sebelah mak pulak punya adik- beradik. so pagi tu bertolak laa ke rumah mak long. sekali dengan pak su sekali. lepas tu, after zohor konvoi reramai ke Gurun pulak, pergi rumah mak lang. sempat laa makan nasi gulai ayam kat sana. yummy! malamnya balik, singgah sekejap ke rumah saudara mak long.
then, sampai rumah hampirnya pukul 10malam jugak laa. =.=


raya ketiga#
pergi la pulak ke rumah mak ndak sebelah mak. sebab buat open house. ke petang jugak laa baliknya. kat situ makannya mewah! :) ada laksa, mee goreng, bihun singapore and macam-macam laa lagii. alhamdulillah.


raya keempat dan kelima#
duduknya di rumah sahaja sebab plan tak menjadi. sob sob sobsssssss


raya keenam# 
paginya di rumah. petangnya ke rumah kawan sekolah dulu, open house. :)
berkumpul dengan teman-teman sekolah jugak. alhamdulillah.


raya ketujuh#
hantar adik balik ke asrama. so, maknanya sekolah dah nak start balik!



and, kuliah pon nak start balik dah jugak, alia oiii! hoho

tapi sayang dari raya pertama ke ketujuh ni, satu gambar pon tak ambik. :(  hailohhhh
cumanya, moment beraya ke rumah sanak saudara dan kengkawan tu yang memang priceless. takde galang ganti. alhamdulillah, masih lagi berpeluang nak jumpa dan saling berziarah sesama. yang tu the most important. kan???  :)

salam aidilfitri semua.
dan secara rasminya genap seminggu Syawal sudah berlalu....





raya masa kecik-kecik dulu
 jugak laaa paling rindu!
:)

Thursday, August 23

cuti

assalammualaikum!

lama rasanya blog tak di update. hoho. and now, welcome back, alia  :)



 
 kalau dapat baby comel macam ni,
 haiyaaaa memang tak lepas laa dok menatap wajahnya.
ooooppppppppppppppppssssss!





Sudah hari kelima raya kan hari ni.. mashaALLAH rasa sekejap sangat masa berlalu. ramadhan yang sebulan pon terasa macam berminggu je. 
ini pulak, ke sana ke sini, alih- alih dah raya berapa hari dah. masa berjalan sangatlah pantas!


dalam berapa hari raya ni, merata la jugak kami satu family berjalan ziarah ke sana ke sini. kalau nak diikutkan, hari raya laaa hari yang semua sedara mara nak bertemu muka pon. nak bersembang bagai. isu ini itu. bergurau senda usik mengusik sesama. 

moment tu semua memang sangat seronok. alhamdulillah.

aku pon sangat seronok. tetiba pulak rasa macam tak sabar nak ada family sendiri. nanti buat persiapan raya sama-sama. tarawih and buka puasa sama-sama. semua sama-sama. seronok jugak kan. bila dah berjumpa sepupu sepapat yang baru je kahwin tu, rasa macam alahai seronoknya ada family sendiri. sedondon bagai. ada laa teman nak using ke sana sini. haha *offtopic*

dan lagi seronok, syukur family kami menerima saudara baru! bakal mak saudara yang bakal jugak dipanggil maksu. seorang Chinese, and dia masuk Islam pada malam 1 Syawal hari tu. alhamdulillah. and dalam 4 hari ni, berbagai jugak laaa ilmu yang kami semua saudara mara ajarkan pada dia. moga-moga ALLAH permudahkan untuk dia memahami Islam ini. insyaALLAH. :)


LASTLY....  

alhamdulillah, Allah masih lagi beri kesempatan beraya Aidilfitri kali ni. masih lagi dipanjangkan umur olehNYA.

dan kepada sesiapa yang ada message dekat phone, selamat hari raya tu, minta maaflah kalau tak terbalas. kredit segan mati takmau, hidup lagi segan tak mau. :P

di kesempatan ni, tak terlambat lagi kan, nak ucap 
Eid Mubarak friends! maaf zahir batin. 
semoga kita masih lagi diberi kesempatan olehNYa untuk bernyawa di muka bumi ini dengan izin Dia. :)



cuti panjang dah nak habis.
lepas ni busy pulak 
dengan urusan universiti bagai.
:| 
putaran hidup.
 

Monday, August 13

telatah

dia pelik tengok aku tangkap gambar dia guna handphone time ni.
adam sufi, 1 tahun.



aku suka bila adik kecik aku, bertanya

 "angah buat apa tu? angah masak apa tu? "

dengan pelat bercakap yang hanya menyebut hujung perkataan sahaja. haha lawak kekadang aku mendengar.

ini kata mak longku apabila mak berkata yang sufi masih bercakap hujung-hujung perkataan sahaja ,

"tulah hampa dah biasa sangat dok cakap bahasa budak2 yang jenis tak reti cakap ayat penuh. haa mana lah nak dia sebut ayat penuh bila bercakap ni. patutnya budak2 ni kena ajar dari kecik lagi cakap betul-betul. kalau tak, asyik ok pelat laa. "

ah, terasa pedas sindiran itu tatkala itu. haha. tapi salah itu berbalik pada diri jugak. jadinya, tak payah nak terasa tersindir ke apa. haha. bukan apa, sebab seronok dengar pelat budak-budak bercakap ni. :D


macam tu juga diri. kalau dari awal dididik dengan baik makanya hingga ke bila-bila pon insyaALLAH baik hasilnya, jika terus beristiqamah. insyaALLAH dengan izin DIA.

baja itu bukan hanya sebulan sekali ditabur, bukan juga setahun sekali. tapi lebih baik seringkali agar tumbuh mekar pokok yang ditanam. membuahkan hasil yang mashaALLAH, baik. dan juga memekar bunganya. insyaALLAH . analogi.




setelah beberapa hari-hari 
 ketidakberadaan di rumah,
oh terasa nikmatnya di rumah.
alhamdulillah
:D 

Thursday, August 9

rasa

 rasa aku??




20 ramadhan,
kau tiba sudah.
kau muncul sudah
menandakan akhirnya fasa ke-2 
bermulanya fasa ke -3
Ramadhan


bisu aku
senyap aku
lenyap kataku
sempit akalku
seakan bercambah bergunung


tatkala
mata tertancap pada sang kalendar
yang sering bertukar hari
dalam keralitan menempuh masa
menuju ke pengakhiran Ramadhan 
ini.


biru kataku
tak semestinya hasilnya biru
merah fikirku
tak semestinya hasilnya merah

malah
putih kataku
terkadang hitam hasilnya


iman dan nafsu
manakah pengakhiran buat aku??

 buat aku lelah
 buat aku takut
 buat aku resah


ramadhan
semoga kau dapat ku tempuh sehingga ke akhirnya




hati tak seiring dengan akal
membuatkan diri hampir
 antara rebah atau bangun

Tuesday, August 7

perak




cantik kan bunga ni?? 
sungguh, segala ciptaan ALLAH di muka bumi ni ada tujuan dan rahsia yang tersendiri. Subhanallah




assalamualaikum.

sesungguhnya hari-hari terakhir fasa 2 ramadhan yang bakal berlalu menginjak ke fasa 3 ramadhan membuatkan aku sibuk oh sibuk. tak tau lahh sibuk kot mana sangat. tapi sibuk lah! :P ( fasa 3 Ramadhan, welcome! )

errr , semalam 6 Ogos lepas je pukul 8 lebih macam tu, kami satu family bergerak lah ke Parit Buntar, Perak sebab nak menjalankan satu misi- errr shoppping?? sementelah abah dan emak kelapangan hari tu, makanya keputusan diambil untuk ke sana hari tu. tu pun, sebab mak sedara aku kata kat sana baju tudung semua murah-murah banding dekat sini. mak aku pon teruja lah nak ke sana. lepas siap-siap semua, kereta pun meluncur lah menuju ke destinasi. actually, ni first time nak pergi pekan Parit Buntar tu. sebelum ni tak pernah jejak ke situ lagi. nak pergi malam, tak syok pulak. kan nak tarawih. rasa macam tak patut.. tak patut... so keluar lah siang, tapi kena laa kuatkan sikit diri nak berjalan sebabnya kan tengah berpuasa! alhamdulillah semalam misi berjaya! mission accomplished! :)

pergi ke pasar hari yang bukak hari-hari bulan puasa ni (kalau bulan biasa bukak hari Isnin and Jumaat saja), dari pagi sampai ke petang sikit macam tu laa, kitorang tersesat. Lepas tol Jawi tu, hadoii tersilap masuk jalan. abah aku pon mulalah nak bising sedikit sebab nak kena pusing balik semua. so mak pon call sedara yang duduk kat situ, to guide kitorang ke pekan tu. alhamdulillah, sampai jugak akhirnya!

mak aiiii, punyalah ramai orang. kereta lagi laa berderet-deret haaaa depan belakang. jalan pon jammed kot. pusing-pusing agak lama laa nak cari parking pon. then, kitorang mula laa pergi cari barang. kat situ banyak barang perempuan jee! tudung, baju kurung, kain pasang, telekung haaaaa berlungguk- lungguk kat situ. ada laa jugak baju melayu, songkok semua tapi tak adalah banyak sangat. harga pon boleh laa tahan. sebabnya boleh tawar-menawar lagi dengan penjual tuu. peniaga kat situ semuanya dari Kemboja sana tuu. dorang dah buat perkampungan pon dekat tempat tu.

dekat situ macam lebih kurang pasar malam, pasar hari, uptown laaa. bukak gerai- gerai sepanjang jalan and masuk laa dalam sikit. ya ALLAH, banyak sungguh gerai kat situ. baju-baju cantik pulak tu. tudung bawal yang sekarang tengah semua asyik pakai tu, kat sana boleh beli borong. macam kalau ada 2 ton colour tu, harga ada rm 12, rm 15 sehelai .. depends laa corak tudung tu. dorang lambakkan atas meja haaa then pilih laa aje. ada yang gantung jugak. dah macam-macam fesyen tudung bawal kat situ aku tengok. yang ada bunga ros laa, manik kat atas laa, keliling tudung ada manik laa, yang kosong tak ada corak pon ada. senang cakap, semua jenis ada laaa.

selalunya, yang jual-jual tudung baju dekat Tesco, Carrefour ke Pekan Kuah ke, datang beli borong kat situ laa. sebab murah harga borong tuu. kalau beli sepuluh helai tudung bawal tu, dapat sehelai rm 7 je. murah kot.  *.*

baju kurung pulak banyak yang dorang jual rm 50 macam tu laa. cantik pattern baju-baju tu. banyak laa pilihan dari gerai ke gerai. banyak jugak yang jual jenis kain lembut yang tak panas tuu. ada jugak rm35 sepasang. depends on jenis kain and pattern laa. kain pasang yang dorang jual pon berlambak. jenis borong jugak. 6 pasang kain harga dia dalam rm100 je. jubah ada je yang jual rm55 sepasang. cantik-cantik pattern dia.

masyaALLAH orang kat situ punyalah ramai. sampai sesak jalan. tapi yang ramainya perempuan laa. muda tua kecik besar semua ada.

ada 2 tempat yang offer murah macam tu. satu dekat depan sekolah, yang macam pasar hari tuu.. lepas tol Jawi, ambil jalan kiri then terus ke sampai jumpa sign 'Selamat Datang ke Perak' haa, kat situlah.

yang lagi satu, dekat pekan Parit Buntar. dekat station bus. yang tu aku tak berapa nak ingat sangat. kena tanya orang kat situ laa.

yang dekat pekan ni, banyak baju yang dah siap jahit. and tudung pon banyak laa. lebih kurang laa dengan pasar hari tadi tuu. cumanya dekat sini, jenis kedai lot bebanyak. tapi overall okay laa. dua-dua.

letih sungguh berjalan semalam.dari pagi sampai ke petangnya berjalan. abah, Aqmal  banyak stay dekat kereta je. aku dengan mak laa yang berjalan ke sana sini pon. hailohh.
singgah dekat masjid Kamunting solat , lepas tu kitorang gerak balik. dekat pukul 7 jugak laa sampai ke Penang pon, so last nya, berbuka dekat KFC Tesco Seberang Jaya. lepas tuu, baru gerak balik rumah. ( sebenarnya malas nak makan kat rumah, sebab nak kena hidang bagai and basuh-basuh semua :P )

sempat jugak beli jubah , tudung and baju kurung kat sana semalam . and kasut for my adik-adik.

so, kepada sesapa yang nak pergi, tak rugi laaa. :)

tapi, tak boleh boros berbelanja ye! kena lah besederhana dalam bulan puasa ni.
kalau bukan puasa pon sama laa jugak. :)



teringat kisah seorang ustaz yang bercerita, 
tentang kisah seorang sahabat,
 Amru bil As 
yang mana matinya
 dalam keadaan jari tegak ke atas 
seperti dalam solat ketika mengucap. 
subhaALLAH.T__T

Friday, August 3

hati


hari tu, aku bual kosong bersama emak. mengisi masa senggang selepas solat Asar sudah. aku dan mak duduk di ruang tamu. sambil adik bongsu aku, sufi bermain robot- robot yang tercipta hasil imaginasinya mungkin. atau pun cerita dari televisyen. entah. tak dapat aku meneka.

tiba-tiba televisyen yang entah apa siaran menuturkan kata-kata yang kurang enak didengar. adik aku, Aqmal juga sedang berbaring menonton televisyen itu. aku berpaling dari bual kosong antara aku dan emak.
sedikit terkejut.

oh, cerita tentang keganasan dan dendam. padanlah perkataan yang terkeluar berbaur jelik dan amatlah tidak sesuai didengar.


tiba-tiba adik aku, Aqmal bertanya

" mak, dia kata apa tadi tu? " dengan muka innocent and curious.
perkataan itu 'celaka' dan 'jahanam' .

aku tersentak. mak pon aku rasakan sama juga. sedikit masa mak ambil mungkin untuk berfikir alasan yang  boleh buat adik aku tu faham dan masuk ke dalam hati.

" tak payah dok dengar lah semua tu. bukan elok pon benda depa dok cakap tu. aqmal tak mau sebut benda- benda macam tu. bukan elok maksud dia"  mak aku pandang Aqmal mata ke mata. 

Aqmal mengangguk sedikit. aku hanya pandang kosong ke arah televisyen. tapi fikiran aku penuh melayang.

mak bersuara lagi
 " kawan-kawan Makim ( panggilan untuk Aqmal ) kat sekolah dok sebut benda-benda tak elok ke? Aqmal ikut tak?"

"Ada. depa cakap gak. tapi makim tak ikut ! makim tak cakap pon macam depa tu"  Aqmal bersungguh meyakinkan mak aku. mak aku tersenyum .

kembali menghadap mata ke arah peti televisyen di hadapan. semua.

kala itu, fikiran aku masih lagi terbang mengingat kata-kata itu. sering mak aku nasihatkan kami adik-beradik jangan pernah sebut benda-benda or perkataan tak elok tu semua. sering. kerap . kali mak aku pesan. perkataan 'bodoh' sekalipun mak aku dah bertegas bercekak pinggang marah sebelum berceramah panjang apabila mulut anak-anaknya menyebut, apatah lagi perkataan lain yang sewaktu dengannya.

hati aku menggeliat pedih. hati aku merasa terpukul. hati aku meraung resah.
kerna aku pernah melanggar pesan mak aku. bukan sekali cuma. malah berkali-kali. seakan tak terkira sudah.
satu masa itu. satu masa itu. satu masa itu.
dan semua kata itu seakan terbuai bagai tiada makna di mulut aku bertutur. sedangkan maksud kata itu menngelapkan hati. dan, menambah dosa pada sebelah kiri secara tak langsung.

mak, ampunkan angah.



sisi lain: 

hati aku tak tenang.
hati aku masih lagi tak tenang.
hati aku sedang lagi merasa tak tenang.

tapi, tak lama.
 setelah pujukan ayat ALLAH 
dari talian hayat- al-Quran menyapa hati, 
tenang itu terbang menyusup dalam. 
alhamdulillah.
mengingati ALLAH membuat hati merasa tenang.

 
mungkin jua hati aku masih terkenang itu. 
silap aku. silap hati aku.
silap alat eletronik yang bergelar telefon bimbit itu.
silap kredit yang masih bertampuk senang di telefon.
dan silap jari aku menaip itu.
untuk 'itu' .

ahhh, salah aku sebenarnya.