notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Saturday, June 23

T_____________________________________T

errr assalammualaikum !

masuk hari ni rasanya  dah tiga hari berturut-turut aku post entriessss baru ni..
can't help it. sementelah banyak pulak nak ditulis ni, maka aku putuskan untuk meng 'post' kan saja apa yang di hati dan fikiran. nanti-nanti siapa tahu ilham untuk menulis sudah tidak lagi berkobar-kobar macam ni. *errrrrrrrrrrrr* huuuuuuuuuu


okey, entry kali ni will be on..... err  MOTHER. 

Ya ALLAH, jadikan kami keluarga yang tatt pada perintahMU dan mencintai sunnah Rasul Mu ya ALLAH



sepanjang aku cuti yang dah menjangkau almost 3 months la kot, berkali-kali laa jugak berbicara pasal hal ni. and for the every words that mom spoke out, it really hurt me inside. deep in my heart. ALLAH,, rasa sedih tu tak mampu hilang pergi dari dasar hati . T___T

"nanti bila mak dah tua, kalau abah pon dah tak dak, mak rasa mak duduk rumah orang tua-tua jelah tak pon pi pondok."

and for the sentences,,, it made me.. err speechless. tak tau nak keluar response apa.

"....... nanti kat sana ramai kawan, mak tak boring, boleh belajar agama.mak tak mau lah susahkan anak-anak mak. senang nanti kalau hantar mak situ. semua ada.."

dan sambungan ayat tu makin buat aku sebak. sungguh. rasa macam nak mengalir  keluar air mata yang dah bergenang di tubir mata nie. masyaALLAH.. :'(

mak masa cakap macam tu, tenang je. tak de reaction yang sedih- sebak pon.
tapi aku yang dengar ni taktau nak cakap macam mana.

terfikir, sanggup ke nak hantar mak pi rumah orang tua-tua tu.. and aku terfikir that anak-anak yang hantar mak ayah mereka kat sana tu selalunya memang yang busy habis. dan aku pon tak tau masa depan macam mana. kerja, keluarga...

mak sambung lagi..   " nanti hampa semua ada life sendiri. lagi-lagi angah tu anak perempuan, kena dengar cakap suami. dah kahwin ni payah angah kalau nak stay dengan mak mentua...syurga kat suami bukan mak lagi..."

and untuk itu, aku terasa macam beban perasaan makin memuncak. tak sanggup rasanya nak biar mak abah kat sana, even tempat tu memang elok, alhamdulillah cukup. cuma nya, rasa macam tak best, tak sedap hati.

tapi, betul mak cakap. banyak kes yang stay dengan mentua ni, buat retak rumahtangga based on my readings laa. and some from mom punya stories.. tapi tu bergantung jugak macam mana jenis menantu and mertua tu jugak... kan..

tapi mak macam dah insist wanna stay there if one day, anak-anak dia ni semua dah besar dan bekeluarga.

terasa terfikir macam tak mau kahwin, nak jaga mak. nak jaga abah. nak balas jasa mereka besarkan dan didik sempurna aku, alhamdulillah.
mak and abah such a good parents. a really good one.

masyaALLAH, aku harap sangat nak jaga mak abah bila dah berkemampuan nanti.

and for the last sentences... air mata luluh terus..

" nanti bila mak abah dah tak da nanti, rumah ni jadi rumah pusaka. kalau raya-raya hampa balik laa tengok. rumah nie. masa tu, doa hampa ja mak abah harap. mak tak kisah kalau hampa tak jaga mak bila dah kahwin nanti. mak paham.."

T__________________T



*ya ALLAH, kau berkatilah kedua ibu bapaku..*




3 comments:

wunny said...

sedihnyaaa! :'(
insyaAllah nanti kalau kau kahwin cari lelaki yg boleh jaga mak ayah kita mcm mak ayah dorg k.

aliazulkifli said...

wun, aku pon tak tau nak jawab camne. hopefully so. amin doa ko. aku harap sgt dapat jaga dorang nanti.

*tears on*

✿ Yana Malieya ✿ said...

aliaaaa..sedih gle..speechless jugak weh..mm,hope kita suma terhindar dr smua tuu..insyaAllah kita jaga slgi mampu..n gn lupa balas jasa dorng bila dh bjya nti.. ;))