notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Monday, June 18

judgement

"Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerana sebahagian itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah memfitnahkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang"
Al-Hujurat :12

bismillahhirrahmanirrahim....

Ayat kat atas bagitau kita betapa sesama manusia perlu dijauhkan sebarang prasangka antara satu sama lain sehingga diumpamakan  apabila kita saling berprasangka, jadinya seperti menjamah daging saudara seIslam itu sendiri. betapa ALLAH memberi perumpamaan seperti itu yang pastinya bagi kita jijik sekali untuk menelan daging manusia! even tengok saja pon dah nak termuntah.. masyaALLAH. nauzubillah kita dari sifat yang sedemikian ini. dan aku pon sedang berusaha ke arah itu. moga kita dipermudahkan oleh DIA. insyaALLAH. 

BERPRASANGKA ni kalau nak diikiutkan pasti akan wujud melintas dalam hati setiap manusia itu sendiri. tengok orang yang lalu depan kita, mesti hati mula je nak berkata apa-apa. err nak judge that person based on apa yang kita lihat dengan pandangan mata yang pastinya ikut turun ke hati. kalau sendirian masa tu, hati sekadar menyebut. jika berkumpulan, mungkin dikongsikan bersama si teman, yang akhirnya akan melahirkan bait-bait kutukan seterusnya mengumpul dosa mengumpat, memfitnah. kalau yang sedang dibicarakan ketika itu sesuatu yang negatif laaa kan. 

balik pada ayat kat atas, bermula jee dengan prasangka seterusnya akan melahirkan fitnah. mula-mula tengok, then hati mula berbisik-bisik, dengan syaitan yang follow sentiasa tunggu chance nak sesatkan hati anak cucu Nabi Adam a.s nie, maka akan terzahirlah perkara seumpama fitnah itu. masyaALLAH. tengok, berkait-kait bendanya. dosa yang mula-mula tu bertambah topup lagi dengan dosa yang kedua-memfitnah. contohlah kata situasi depan mata jadi macam ni-


ada seorang perempuan ni jalan depan mata, pakai baju sendat, seksi dari atas bawah. then pakai tudung yang sekadar diselempangkan ke bahu kiri-kanan. jalan berlenggang-lenggok depan mata kita ni. 


kita pulak masa tu terkalih pada si empunya diri tu, maka terus je bagi signal pada mata turun ke hati, 

"ishh terok bebenor la cara pakai baju seluar pon, nampak je tutup, tapi alahai ketat gila! baik tak payah pakai tudung ng! buat malu je"


mungkin ni yang akan terbit di hati. terbuah menjadi sebuah umpatan secara tak langsung, seterusnya mungkin akan panjang lagi berjela-jela kutukan dalam hati... sedangkan kita tak tau sebenarnya apa yang perempuan tu tahu. mana tau, dia sedang berusaha ke arah menutup aurat. 
mungkin dulu dia free hair
mungkin baru start belajar pakai tudung. 
mungkin dia baru mendapat teguran atau tersedar. 
mungkin dia sedang cuba belajar perlahan-lahan megubah tatarias diri. 
kita tak tau. kia takkan tahu sebab segala ilmu yang melampaui akal fikiran kita ni hanya ALLAH je yang memiliki. Allah je tau perancangan NYa. so, siapa kita untuk judge a person tu without knowing what actually happen to that person? we have no right.  stressing here, we have NO RIGHT. *juga ingatan pada diri* 



situasi kedua-

kita melihat seorang kawan kita yang dulunya memang masyaALLAH tak tau nak kata teruknya dia, liar nya dia, tapi kini semakin berubah ke arah yang lebih baik. semakin tertutup aurat yang sering dipertontonkan kepada umum suatu ketika dulu, semakin terjaga kelakuan diri dan percakapannya. 
tapi kat sini, hati kita yang memang berkawan dengan dia sejak dulu dari masa dia teruk dulu tu, masih lagi berpandangan negatif. masih juga cuba judge kawan kita itu.

terlintas pula di hati, sok sek sok sek dengan teman yang lain, berprasangka pada kawan kita yang dah berubah mungkin kerana telah hadir hidayah ILLAHI dalam hati dia. telah dipilih ALLAH untuk diangkat menjadi manusia yang semakin baik. tapi prasangka- 


"eleh, dulu punya lah terlentok sana sini dengan baju tak cukup kain, tudung lagi entah kemana, sekarang siap berlitup berjubah bagai! konon alimlah pakai macam tu. huh, boleh blah laa kalau takat nak show-off. macam lah kita ni tak kenal dengan dia tu!"


mungkin jugak ini yang berlaku pada kawan-kawan yang berubah dari dulunya mungkin teruk segala side dalam diri dia cuba membentuk diri ikut acuan ILLahi. apalah salahnya kita cuba bersangka baik pada dia, bagi support kan.. tapi manusia- memang tak dapat lari dari asyik nak judge orang sini sana. seakan macam sudah tertanam dalam diri. mungkin aku juga begitu. mungkin korang juga macam tu. mungkin banyak lagi yang still macam tu tak berubah-ubah. tapi, choice is in our hand. we choose whether to live well or live hell. choose whether to talk well or talk like a hell. we choose that. we ourselves. semua tuu is up to our heart and akal yang ALLAH dah kurniakan sebaiknya. 

semua manusia boleh berubah and will go through the changes, if they insist so. Allah boleh je nak bagi hidayah pada siapa pon yang DIA kehendaki. dan kita yang sebagai menusia ni pulak, kena berusaha untuk capai hidayah tu, bukan just tunggu macam menanti macam bulan jatuh ke riba. tak mungkin benda jatuh bergolek tanpa ada walau sedikit-dikit usaha sekalipon except HE insist to. Allah maha Baik, tak pernah kejam dan kedekut nikmat pada hamba-hamba DIA. tak pernah malah dikurniakan lagi ganjaran bermacam-macam kurniaan pada manusia sekiranya hadir di jalanNYA. macam firman ALLAH in the al-Quran:


"Dan masing-masing mereka memperoleh darjah-darjah dengan apa yang dikerjakannya. Dan Tuhanmu tidak lengah dari papa yang mereka kerjakan"
at-Taubah: 105



Makanya, di sini jom sama-sama kita cuba sisihkan sifat berprasangka buruk ni dari dalam hati, diri supaya tergolong dalam mereka yang bersih hatinya. jom sama-sama! bukan mudah, bukan senang. tapi insyaALLAH jika usaha tak akan sia-sia. ALLAH ambil kira untuk setiap apa yang kita berjuang demi dapatkan redha DIA. insyaALLAH. 

kalau tak boleh keluarkan semua, maka keluarkan walau secebis garam sedikit demi sedikit. insyaALLAH lama-lama akan hilanglah 'masin' itu dari hati. insyaALLAH. 

juga sedang mendidik hati. sedang berusaha..

dan lagi satu, kalau rasa susah sangat nak buat sesuatu amal tu, paksa diri! lama-lama diri akan jadi sendiri paksa rela. lama-ama sikit, diri sendiri jugak akan jadi rela hati. 

insyaALLAH. 


"..... dan sentiasalah bersikap sederhana, pertengahan, hasil yang diperolehi dengannya kamu akan mencapai sasaranmu (syurga)"
Hadis Riwayat Bukhari



akhir kata, jauhi prasangka, jauhi fitnah, jauhi sifat mazmumah! insyaALLAH.kalau hati start nak berprasangka, cepat-cepat istighfar yokk!

*notetomyself and moga bermanfaat*

No comments: