notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Friday, June 22

somehow: Part 2

continue with the second story....



 ceritera 2#



Kanak-kanak perempuan itu bermain sendirian. terasa kebosanan membelenggu dirinya. seharian sudah dia bermain seorang diri. bukan, it has been a long time she did played by herself. Anak patung di tangan diletak ke lantai lantas kakinya diayun keluar menuju ke laman rumah. sunyi. sepi. cuma kedengaran pembantu rumahnya sedang memasak di dapur.

setibanya di laman, kanak-kanak itu terpandang kereta ayahnya yang damai terletak di parkir. timbul keinginan untuk menconteng sedikit sekadar untuk melihat hasil lakarannya. terus sahaja dia mencapai sebatang paku lalu digores sedikit pada kereta ayahnya. kanak-kanak itu berasa seronok. lantas dilakar lagi. habis sahaja, kanak-kanak itu berlalu masuk ke rumah. menyambung rutin bermainnya.

apabila kepulangannya ayahnya, lalu melihat keretanya berkesan calar-balar, telah membangkitkan rasa marahnya. lantas kanak-kanak itu dimarahi setelah dia mengaku yang dia yang menconteng kereta milik ayahnya itu. Tangan kanak-kanak itu dirotan ayahnya berulang kali. masih juga tidak berhenti walau kanak-kanak perempuan itu menjerit minta dikasihani. sakit! setelah agak puas, baru ayahnya berhenti. puas kerana dapat melampiaskan marah pada anak yang dianggap kurang ajar itu.

kanak-kanak itu menangis kerana kesakitan dan masih menangis kerana takut hasil pukulan dan kemarahan ayahnya. beberapa hari berlalu, kanak-kanak itu dikurung saja dalam bilik, dengan tujuan untuk mengajar kanak-kanak itu supaya jangan sesuka hati merosakkan barang orang lain. ayahnya bertekad.

pembantu rumah yang menjaga kanak-kanak perempuan itu memberitahu ayah nya yang tangan kanak-kanak itu semakin teruk dan membengkak. namun ayah kanak-kanak itu hanya membiarkan. biar kanak-kanak itu merasa supaya tidak lagi mengulangi perbuatannya. pembantu rumah itu tidak dapat berbuat apa-apa.

setelah agak lama, ayah dan ibu kanak-kanak itu meninjau keadaan anak perempuan mereka itu. alangkah terkejutnya mereka apabila melihat keadaan tangan anka mereka yang teruk membengkak lantas terus dibawa ke hospital. cemas mereka melihat keadaan anak perempuan mereka yang lemah.

tiba di hospital, mereka dikejutkan lagi dengan kenyataan doktor. tangan budak perempuan itu sudah tidak berfungsi lagi dan perlu dipotong untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk. mereka tiada pilihan selain bersetuju sahaja.

setelah beberapa ketika, budak perempuan itu tersedar, meraung-raung budak perempuan itu apabila melihat keadaan tangannya yang sudah dipotong! dia baru sahaja berusia 7 tahun! masakan sudah tiada tangan. menangis menjerit kanak-kanak itu meminta dikembalikan tangannya. dirayu pada ayah dan ibu di sisi supaya diberi kembali tangannya, dan kanak-kanak itu berjanji tidak akan berkelakuan seperti dulu lagi. dia berjajni unutk menjadi budak yang baik. ayahnya yang mendengar menangis teresak-esak. penyesalan bertimpa-timpa muncul dalam hatinya. tangan anaknya yang kudung dipandang sayu. dia sudah tidak dapat buat apa-apa lagi. jelas tepalit ejuta kesal di wajahnya melihat anknya yang masih kecil itu meraung kesedihan.



moralofthestory: jangan biarkan hati kita diamuk rasa marah yang tidak terkawal sehingga akan membuahkan penyesalan kemudian hari. jangan melipatkan ganda kesusahan yang menimpa kita dengan lebih lagi kesusahan. Allah lebih mengetahui, mohon lah padanya supaya dapat disabarkan hati apabila menempuh kesusahan.

insyaALLAH, kalau ada kesempatan, i'll be back with more storiessss. insyaALLAH.


assobru minal iman. sabar selagi berdaya. jangan pula menyesal di kemuian hari dengan kelakuan kita yang dalam keadaan marah.


sama-sama kita berISTIGHFAR padaNYa, dengan selalu diamalkan....

2 comments:

wunny said...

wuu~ aku dulu2 pun suka calar2 kan kereta mak aku masa naik beskal. :(

emosi dalam tindakan boleh mengundang padah. akhirnya menyesal.

aliazulkifli said...

yup. time aku baca cerita nii. nangis jugak laa. bayangkan kat tempat budak tu. masyaALLAH, kena selalu kawal marah!