entry kali nie will be on TAKDIR's story. ALLAH tunjukkan...
ceritera #1
there's was a girl, let say laa- Ana, somewhere in Bandung, Indonesia telah ditugaskan oleh bosnya untuk meneliti kualiti udara di satu jalan, untuk diambil datanya. Ana telah ditugaskan untuk berjaga for the whole night until the morning. And untuk tugasan tu, Ana merungut-rungut sepanjang masa. Jam baru saja melepasi 11.00 malam dan Ana sudah terasa sedikit mengantuk. dia kembali merungut kenapa tak orang lain yang ditugaskan untuk membuat tugasan ini sambil merengus-rengus. masa makin berlalu pergi.
tiba-tiba Ana terlihat seorang lelaki tua sedang menyapu sampah di seberang jalan berhadapan dengannya. Ana mengerling ke jam tangannya. Dia terkejut! baru saja melepasi pukul 2.30 pagi. and masa seawal ni sudah ada orang yang memulakan rutin bekerja? Ana tertanya-tanya. lalu dengan niat untuk berbual dengan pak cik tu, Ana merapatinya. Sambil menolong pak cik tu memasukkan sampah ke dalam tong sampah, Ana bersembang dengan pak cik tu.
"Pak cik dah mula bekerja seawal pagi macam ni, habis bila masa pak cik tidur?" Ana bertanya.
dan pak cik itu hanya tersenyum menjawab.
"Biasanya pukul 9 malam pak cik dah tidur. kemudian sekitar pukul 1 pagi pak cik dah bangun. alhamdulillah sempat jugak pak cik qiyam kemudian bersiap-siap untuk kerja yang habis sekitar jam 4 pagi selalunya. Sebelum pergi kerja, kalau ada makanan, pak cik makan. alhamdulillah. kalau tak ada, pak cik minum teh panas saja. lepas pak cik balik, pak cik tolong isteri pak cik buat adunan tepung untuk pisang goreng. petang pak cik tolong mak cik jual di sekolah. alhamdulillah". pak cik itu tenang menjawab.
Ana terkejut lagi. dilihat pak cik tu masih tenang mengangkut sampah-sampah ke dalam tong tanpa sedikit pun rasa mengeluh.
"cukup ke pak cik dapat buat kerja ni nak sara keluarga pak cik?" Ana masih lagi bertanya.
"Alhamdulillah. masih ada rezeki diberikan oleh Dia. cukup atau tidak itu terserah pada DIA. pak cik udah usaha yang termampu. insyaALLAH cukup." jawab pak cik tua itu lagi dengan riak muka yang tersenyum.
Ana kagum melihat pak cik tua itu. betapa kelihatan tua tapi sedikit pon dia tidak merungut dengan pekrjaannya. Ana berasa sangat terpukul dengan peristiwa itu. sirinya tidak habis mengeluh walaupun hanya sedikit kesusahan dihadapinya- berjaga malam! sedangkan pak cik tua itu hari-hari mengulangi rutin hariannya tanpa keluh-kesah.
moralofthestory: sentiasa bersyukur dan berusaha termampu kita boleh. semuanya terserah pada DIA. dan kita perlu bertawakkal yaitu yakin pada DIA, pemberi rezeki.
Subhanallah, ALLAH maha Kaya dan Penyayang pada hamba-hamba NYA.
kurangkan merungut dan ingatlah banyak lagi orang lain yang susah lagi dari kita, yang cukup deria dan anggota badan ni.
CUKUP NIKMAT OLEH DIA.
sentiasalah ucap alhamdulillah.
insyaALLAH...
2 comments:
kadang-kadang kita sibuk mencemburui kesenangan org lain...sehingga kita lupa kesenangan yang diberiNya kepada kita. Alhamdulillah. :')
wun, yup. that's being a norm today.
insyaALLAH moga kita dalam kalangan yang bersyukur itu. :D
btw: miss u dear <3
Post a Comment