notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Saturday, June 30

birthday birthday

assalammualaikum!

rindu pada laman nie..  :D

this time, nak cerita ceriti bak kata cik wunny  pasal birthday yang selamat je dah lepas semalam . alhamdulillah , masih DIA beri kesempatan untuk bernafas kat dunia ni lagi . alhamdulillah, syukur . insyaALLAH , moga dipermudah urusan selepas selepas ini . 

aku dah 21 tahun . err umur MENGUNDI . heee saya dengan officially nya dah layak untuk menebar undi tahun ni. *semalam jugak pi mendaftar*  insyaALLAH. :O

dan untuk semalam , dapat free satu hari calling kengkawan sahabat teman , inche MAXIS bagi. so, semalam agak lah digunakan sebaiknya untuk sama-sama bercerita itu ini dengan kengkawan. alhamdulillah. :)

tapi kan, macam unbelievable je dah masuk umo 20-an nie ..... sebabnya kira dah masuk umo yang orang boleh kira matured. errr kann???  orang kira umo nie , umo da layak laa nak tempah inche pelamin and the gang .  errr masuk topik kan?? heeeee rasa macam ngilu semacam pulak cerita kahwin ni . haaaa

senang cerita, umo yang kalau ikut mat saleh negara barat sana nuhhh , umo yang dah bebas nak lepas dari mak ayah, nak buat apa aje pon dah di allow kan. even nak keluar tak balik balik rumah pon undang-undang dah kira tak payah nak pakai sangat laa . masyaAllah ...  tapi kalau nak diikutkan, kat Malaysia ni ada je, bila je umo dah mencecah 21 tahun nie , automatik dia control hidup dia seniri- seniri. takdee sapa boleh kacau da dia nak buat apa pun. wujud kot kat negara ni. =.=   hailoh hailohhhh


okay , itu antara story version yang boleh lah nak kaitkan dengan si inche BIRTHDAY ni yakni inche Hari Jadi dalam bahasa Melayu nya.. and ada banyak lagi cerita kalau nak diikutkan happen all the time when Hari Jadi ni datang menyergah. 


mintak-mintak jugak dengan berpanjangan nya umur ni, the flower will blossom always.. err sangat nice the meaning of the sentences kan ? dan mintak jugak dipermudah untuk turn to the way that shoud be, based on HIS guide. insyaALLAH moga diberi kelapangan kemudahan dan ketenangan menuju ke arah arah itu . insyaALLAH.


dan untuk mereka-mereka jugak yang sedang atau lepas atau akan , semoga umur-umur anda akan terus dipenuhi dengan isi yang seharusnya mengikut acuan DIA. :D




love is all  that we need, always ..... here it's- GOD' s love!   and and HE never ask for a paymenttttt for giving all the NIKMAT since we were born . soooo for that , we should thank HIM, be grateful on what we are having today. alhamdulillah. :D

lastly, aku nak akhiri dengan aku punya birthday's cake yang abah bought last night. hee terima kasih ABAH! it was so nice and sweet kot. alhamdulillah. and i love  it! 

alia, selamat hari TUA  :DDD



 comel kannn???? heeeee





punya lah aku tak potong kek yang ada part nama aku tu :DD






tengkayu pada sesapa yang wishhh :)))

 

Saturday, June 23

T_____________________________________T

errr assalammualaikum !

masuk hari ni rasanya  dah tiga hari berturut-turut aku post entriessss baru ni..
can't help it. sementelah banyak pulak nak ditulis ni, maka aku putuskan untuk meng 'post' kan saja apa yang di hati dan fikiran. nanti-nanti siapa tahu ilham untuk menulis sudah tidak lagi berkobar-kobar macam ni. *errrrrrrrrrrrr* huuuuuuuuuu


okey, entry kali ni will be on..... err  MOTHER. 

Ya ALLAH, jadikan kami keluarga yang tatt pada perintahMU dan mencintai sunnah Rasul Mu ya ALLAH



sepanjang aku cuti yang dah menjangkau almost 3 months la kot, berkali-kali laa jugak berbicara pasal hal ni. and for the every words that mom spoke out, it really hurt me inside. deep in my heart. ALLAH,, rasa sedih tu tak mampu hilang pergi dari dasar hati . T___T

"nanti bila mak dah tua, kalau abah pon dah tak dak, mak rasa mak duduk rumah orang tua-tua jelah tak pon pi pondok."

and for the sentences,,, it made me.. err speechless. tak tau nak keluar response apa.

"....... nanti kat sana ramai kawan, mak tak boring, boleh belajar agama.mak tak mau lah susahkan anak-anak mak. senang nanti kalau hantar mak situ. semua ada.."

dan sambungan ayat tu makin buat aku sebak. sungguh. rasa macam nak mengalir  keluar air mata yang dah bergenang di tubir mata nie. masyaALLAH.. :'(

mak masa cakap macam tu, tenang je. tak de reaction yang sedih- sebak pon.
tapi aku yang dengar ni taktau nak cakap macam mana.

terfikir, sanggup ke nak hantar mak pi rumah orang tua-tua tu.. and aku terfikir that anak-anak yang hantar mak ayah mereka kat sana tu selalunya memang yang busy habis. dan aku pon tak tau masa depan macam mana. kerja, keluarga...

mak sambung lagi..   " nanti hampa semua ada life sendiri. lagi-lagi angah tu anak perempuan, kena dengar cakap suami. dah kahwin ni payah angah kalau nak stay dengan mak mentua...syurga kat suami bukan mak lagi..."

and untuk itu, aku terasa macam beban perasaan makin memuncak. tak sanggup rasanya nak biar mak abah kat sana, even tempat tu memang elok, alhamdulillah cukup. cuma nya, rasa macam tak best, tak sedap hati.

tapi, betul mak cakap. banyak kes yang stay dengan mentua ni, buat retak rumahtangga based on my readings laa. and some from mom punya stories.. tapi tu bergantung jugak macam mana jenis menantu and mertua tu jugak... kan..

tapi mak macam dah insist wanna stay there if one day, anak-anak dia ni semua dah besar dan bekeluarga.

terasa terfikir macam tak mau kahwin, nak jaga mak. nak jaga abah. nak balas jasa mereka besarkan dan didik sempurna aku, alhamdulillah.
mak and abah such a good parents. a really good one.

masyaALLAH, aku harap sangat nak jaga mak abah bila dah berkemampuan nanti.

and for the last sentences... air mata luluh terus..

" nanti bila mak abah dah tak da nanti, rumah ni jadi rumah pusaka. kalau raya-raya hampa balik laa tengok. rumah nie. masa tu, doa hampa ja mak abah harap. mak tak kisah kalau hampa tak jaga mak bila dah kahwin nanti. mak paham.."

T__________________T



*ya ALLAH, kau berkatilah kedua ibu bapaku..*




Friday, June 22

somehow: Part 2

continue with the second story....



 ceritera 2#



Kanak-kanak perempuan itu bermain sendirian. terasa kebosanan membelenggu dirinya. seharian sudah dia bermain seorang diri. bukan, it has been a long time she did played by herself. Anak patung di tangan diletak ke lantai lantas kakinya diayun keluar menuju ke laman rumah. sunyi. sepi. cuma kedengaran pembantu rumahnya sedang memasak di dapur.

setibanya di laman, kanak-kanak itu terpandang kereta ayahnya yang damai terletak di parkir. timbul keinginan untuk menconteng sedikit sekadar untuk melihat hasil lakarannya. terus sahaja dia mencapai sebatang paku lalu digores sedikit pada kereta ayahnya. kanak-kanak itu berasa seronok. lantas dilakar lagi. habis sahaja, kanak-kanak itu berlalu masuk ke rumah. menyambung rutin bermainnya.

apabila kepulangannya ayahnya, lalu melihat keretanya berkesan calar-balar, telah membangkitkan rasa marahnya. lantas kanak-kanak itu dimarahi setelah dia mengaku yang dia yang menconteng kereta milik ayahnya itu. Tangan kanak-kanak itu dirotan ayahnya berulang kali. masih juga tidak berhenti walau kanak-kanak perempuan itu menjerit minta dikasihani. sakit! setelah agak puas, baru ayahnya berhenti. puas kerana dapat melampiaskan marah pada anak yang dianggap kurang ajar itu.

kanak-kanak itu menangis kerana kesakitan dan masih menangis kerana takut hasil pukulan dan kemarahan ayahnya. beberapa hari berlalu, kanak-kanak itu dikurung saja dalam bilik, dengan tujuan untuk mengajar kanak-kanak itu supaya jangan sesuka hati merosakkan barang orang lain. ayahnya bertekad.

pembantu rumah yang menjaga kanak-kanak perempuan itu memberitahu ayah nya yang tangan kanak-kanak itu semakin teruk dan membengkak. namun ayah kanak-kanak itu hanya membiarkan. biar kanak-kanak itu merasa supaya tidak lagi mengulangi perbuatannya. pembantu rumah itu tidak dapat berbuat apa-apa.

setelah agak lama, ayah dan ibu kanak-kanak itu meninjau keadaan anak perempuan mereka itu. alangkah terkejutnya mereka apabila melihat keadaan tangan anka mereka yang teruk membengkak lantas terus dibawa ke hospital. cemas mereka melihat keadaan anak perempuan mereka yang lemah.

tiba di hospital, mereka dikejutkan lagi dengan kenyataan doktor. tangan budak perempuan itu sudah tidak berfungsi lagi dan perlu dipotong untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk. mereka tiada pilihan selain bersetuju sahaja.

setelah beberapa ketika, budak perempuan itu tersedar, meraung-raung budak perempuan itu apabila melihat keadaan tangannya yang sudah dipotong! dia baru sahaja berusia 7 tahun! masakan sudah tiada tangan. menangis menjerit kanak-kanak itu meminta dikembalikan tangannya. dirayu pada ayah dan ibu di sisi supaya diberi kembali tangannya, dan kanak-kanak itu berjanji tidak akan berkelakuan seperti dulu lagi. dia berjajni unutk menjadi budak yang baik. ayahnya yang mendengar menangis teresak-esak. penyesalan bertimpa-timpa muncul dalam hatinya. tangan anaknya yang kudung dipandang sayu. dia sudah tidak dapat buat apa-apa lagi. jelas tepalit ejuta kesal di wajahnya melihat anknya yang masih kecil itu meraung kesedihan.



moralofthestory: jangan biarkan hati kita diamuk rasa marah yang tidak terkawal sehingga akan membuahkan penyesalan kemudian hari. jangan melipatkan ganda kesusahan yang menimpa kita dengan lebih lagi kesusahan. Allah lebih mengetahui, mohon lah padanya supaya dapat disabarkan hati apabila menempuh kesusahan.

insyaALLAH, kalau ada kesempatan, i'll be back with more storiessss. insyaALLAH.


assobru minal iman. sabar selagi berdaya. jangan pula menyesal di kemuian hari dengan kelakuan kita yang dalam keadaan marah.


sama-sama kita berISTIGHFAR padaNYa, dengan selalu diamalkan....

Thursday, June 21

somehow...

assalammualaikum.

entry kali nie will be on TAKDIR's story. ALLAH tunjukkan...


ceritera #1

there's was a girl, let say laa- Ana, somewhere in Bandung, Indonesia telah ditugaskan oleh bosnya untuk meneliti kualiti udara di satu jalan, untuk diambil datanya. Ana telah ditugaskan untuk berjaga for the whole night until the morning. And untuk tugasan tu, Ana merungut-rungut sepanjang masa. Jam baru saja melepasi 11.00 malam dan Ana sudah terasa sedikit mengantuk. dia kembali merungut kenapa tak orang lain yang ditugaskan untuk membuat tugasan ini sambil merengus-rengus. masa makin berlalu pergi.
tiba-tiba Ana terlihat seorang lelaki tua sedang menyapu sampah di seberang jalan berhadapan dengannya. Ana mengerling ke jam tangannya. Dia terkejut! baru saja melepasi pukul 2.30 pagi. and masa seawal ni sudah ada orang yang memulakan rutin bekerja? Ana tertanya-tanya. lalu dengan niat untuk berbual dengan pak cik tu, Ana merapatinya. Sambil menolong pak cik tu memasukkan sampah ke dalam tong sampah, Ana bersembang dengan pak cik tu.

"Pak cik dah mula bekerja seawal pagi macam ni, habis bila masa pak cik tidur?" Ana bertanya.

dan pak cik itu hanya tersenyum menjawab.

"Biasanya pukul 9 malam pak cik dah tidur. kemudian sekitar pukul 1 pagi pak cik dah bangun. alhamdulillah sempat jugak pak cik qiyam kemudian bersiap-siap untuk kerja yang habis sekitar jam 4 pagi selalunya. Sebelum pergi kerja, kalau ada makanan, pak cik makan. alhamdulillah. kalau tak ada, pak cik minum teh panas saja. lepas pak cik balik, pak cik tolong isteri pak cik buat adunan tepung untuk pisang goreng. petang pak cik tolong mak cik jual di sekolah. alhamdulillah". pak cik itu tenang menjawab.

Ana terkejut lagi. dilihat pak cik tu masih tenang mengangkut sampah-sampah ke dalam tong tanpa sedikit pun rasa mengeluh.

"cukup ke pak cik dapat buat kerja ni nak sara keluarga pak cik?" Ana masih lagi bertanya.

"Alhamdulillah. masih ada rezeki diberikan oleh Dia. cukup atau tidak itu terserah pada DIA. pak cik udah usaha yang termampu. insyaALLAH cukup." jawab pak cik tua itu lagi dengan riak muka yang tersenyum.

Ana kagum melihat pak cik tua itu. betapa kelihatan tua tapi sedikit pon dia tidak merungut dengan pekrjaannya. Ana berasa sangat terpukul dengan peristiwa itu. sirinya tidak habis mengeluh walaupun hanya sedikit kesusahan dihadapinya- berjaga malam! sedangkan pak cik tua itu hari-hari mengulangi rutin hariannya tanpa keluh-kesah.


moralofthestory: sentiasa bersyukur dan berusaha termampu kita boleh. semuanya terserah pada DIA. dan kita perlu bertawakkal yaitu yakin pada DIA, pemberi rezeki.
Subhanallah, ALLAH maha Kaya dan Penyayang pada hamba-hamba NYA.


kurangkan merungut dan ingatlah banyak lagi orang lain yang susah lagi dari kita, yang cukup deria dan anggota badan ni.


CUKUP NIKMAT OLEH DIA.


sentiasalah ucap alhamdulillah. 





 insyaALLAH...


Monday, June 18

judgement

"Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerana sebahagian itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah memfitnahkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang"
Al-Hujurat :12

bismillahhirrahmanirrahim....

Ayat kat atas bagitau kita betapa sesama manusia perlu dijauhkan sebarang prasangka antara satu sama lain sehingga diumpamakan  apabila kita saling berprasangka, jadinya seperti menjamah daging saudara seIslam itu sendiri. betapa ALLAH memberi perumpamaan seperti itu yang pastinya bagi kita jijik sekali untuk menelan daging manusia! even tengok saja pon dah nak termuntah.. masyaALLAH. nauzubillah kita dari sifat yang sedemikian ini. dan aku pon sedang berusaha ke arah itu. moga kita dipermudahkan oleh DIA. insyaALLAH. 

BERPRASANGKA ni kalau nak diikiutkan pasti akan wujud melintas dalam hati setiap manusia itu sendiri. tengok orang yang lalu depan kita, mesti hati mula je nak berkata apa-apa. err nak judge that person based on apa yang kita lihat dengan pandangan mata yang pastinya ikut turun ke hati. kalau sendirian masa tu, hati sekadar menyebut. jika berkumpulan, mungkin dikongsikan bersama si teman, yang akhirnya akan melahirkan bait-bait kutukan seterusnya mengumpul dosa mengumpat, memfitnah. kalau yang sedang dibicarakan ketika itu sesuatu yang negatif laaa kan. 

balik pada ayat kat atas, bermula jee dengan prasangka seterusnya akan melahirkan fitnah. mula-mula tengok, then hati mula berbisik-bisik, dengan syaitan yang follow sentiasa tunggu chance nak sesatkan hati anak cucu Nabi Adam a.s nie, maka akan terzahirlah perkara seumpama fitnah itu. masyaALLAH. tengok, berkait-kait bendanya. dosa yang mula-mula tu bertambah topup lagi dengan dosa yang kedua-memfitnah. contohlah kata situasi depan mata jadi macam ni-


ada seorang perempuan ni jalan depan mata, pakai baju sendat, seksi dari atas bawah. then pakai tudung yang sekadar diselempangkan ke bahu kiri-kanan. jalan berlenggang-lenggok depan mata kita ni. 


kita pulak masa tu terkalih pada si empunya diri tu, maka terus je bagi signal pada mata turun ke hati, 

"ishh terok bebenor la cara pakai baju seluar pon, nampak je tutup, tapi alahai ketat gila! baik tak payah pakai tudung ng! buat malu je"


mungkin ni yang akan terbit di hati. terbuah menjadi sebuah umpatan secara tak langsung, seterusnya mungkin akan panjang lagi berjela-jela kutukan dalam hati... sedangkan kita tak tau sebenarnya apa yang perempuan tu tahu. mana tau, dia sedang berusaha ke arah menutup aurat. 
mungkin dulu dia free hair
mungkin baru start belajar pakai tudung. 
mungkin dia baru mendapat teguran atau tersedar. 
mungkin dia sedang cuba belajar perlahan-lahan megubah tatarias diri. 
kita tak tau. kia takkan tahu sebab segala ilmu yang melampaui akal fikiran kita ni hanya ALLAH je yang memiliki. Allah je tau perancangan NYa. so, siapa kita untuk judge a person tu without knowing what actually happen to that person? we have no right.  stressing here, we have NO RIGHT. *juga ingatan pada diri* 



situasi kedua-

kita melihat seorang kawan kita yang dulunya memang masyaALLAH tak tau nak kata teruknya dia, liar nya dia, tapi kini semakin berubah ke arah yang lebih baik. semakin tertutup aurat yang sering dipertontonkan kepada umum suatu ketika dulu, semakin terjaga kelakuan diri dan percakapannya. 
tapi kat sini, hati kita yang memang berkawan dengan dia sejak dulu dari masa dia teruk dulu tu, masih lagi berpandangan negatif. masih juga cuba judge kawan kita itu.

terlintas pula di hati, sok sek sok sek dengan teman yang lain, berprasangka pada kawan kita yang dah berubah mungkin kerana telah hadir hidayah ILLAHI dalam hati dia. telah dipilih ALLAH untuk diangkat menjadi manusia yang semakin baik. tapi prasangka- 


"eleh, dulu punya lah terlentok sana sini dengan baju tak cukup kain, tudung lagi entah kemana, sekarang siap berlitup berjubah bagai! konon alimlah pakai macam tu. huh, boleh blah laa kalau takat nak show-off. macam lah kita ni tak kenal dengan dia tu!"


mungkin jugak ini yang berlaku pada kawan-kawan yang berubah dari dulunya mungkin teruk segala side dalam diri dia cuba membentuk diri ikut acuan ILLahi. apalah salahnya kita cuba bersangka baik pada dia, bagi support kan.. tapi manusia- memang tak dapat lari dari asyik nak judge orang sini sana. seakan macam sudah tertanam dalam diri. mungkin aku juga begitu. mungkin korang juga macam tu. mungkin banyak lagi yang still macam tu tak berubah-ubah. tapi, choice is in our hand. we choose whether to live well or live hell. choose whether to talk well or talk like a hell. we choose that. we ourselves. semua tuu is up to our heart and akal yang ALLAH dah kurniakan sebaiknya. 

semua manusia boleh berubah and will go through the changes, if they insist so. Allah boleh je nak bagi hidayah pada siapa pon yang DIA kehendaki. dan kita yang sebagai menusia ni pulak, kena berusaha untuk capai hidayah tu, bukan just tunggu macam menanti macam bulan jatuh ke riba. tak mungkin benda jatuh bergolek tanpa ada walau sedikit-dikit usaha sekalipon except HE insist to. Allah maha Baik, tak pernah kejam dan kedekut nikmat pada hamba-hamba DIA. tak pernah malah dikurniakan lagi ganjaran bermacam-macam kurniaan pada manusia sekiranya hadir di jalanNYA. macam firman ALLAH in the al-Quran:


"Dan masing-masing mereka memperoleh darjah-darjah dengan apa yang dikerjakannya. Dan Tuhanmu tidak lengah dari papa yang mereka kerjakan"
at-Taubah: 105



Makanya, di sini jom sama-sama kita cuba sisihkan sifat berprasangka buruk ni dari dalam hati, diri supaya tergolong dalam mereka yang bersih hatinya. jom sama-sama! bukan mudah, bukan senang. tapi insyaALLAH jika usaha tak akan sia-sia. ALLAH ambil kira untuk setiap apa yang kita berjuang demi dapatkan redha DIA. insyaALLAH. 

kalau tak boleh keluarkan semua, maka keluarkan walau secebis garam sedikit demi sedikit. insyaALLAH lama-lama akan hilanglah 'masin' itu dari hati. insyaALLAH. 

juga sedang mendidik hati. sedang berusaha..

dan lagi satu, kalau rasa susah sangat nak buat sesuatu amal tu, paksa diri! lama-lama diri akan jadi sendiri paksa rela. lama-ama sikit, diri sendiri jugak akan jadi rela hati. 

insyaALLAH. 


"..... dan sentiasalah bersikap sederhana, pertengahan, hasil yang diperolehi dengannya kamu akan mencapai sasaranmu (syurga)"
Hadis Riwayat Bukhari



akhir kata, jauhi prasangka, jauhi fitnah, jauhi sifat mazmumah! insyaALLAH.kalau hati start nak berprasangka, cepat-cepat istighfar yokk!

*notetomyself and moga bermanfaat*

Saturday, June 16

i know nothing about you..
and that because i choose to do so
:O




sometimes the things we can't change,
ENDING UP changing our life.

Monday, June 11

ukhuwah

gelisah
saat hati bertemu jiwa racau
saat mata berlabuh bicara keras
saat bibir memasak senyuman plastik
saat lidah kelu berteman sepi
dalam kedinginan yang mencengkam
entah bertunjangkan apa


pasti
indah kelihatannya tatkala hati bertaut kasih
indah kelihatannya tatkala mata terukir sinaran suria
indah kelihatannya tatkala bibir melagukan bait-bait kata
indah kelihatannya tatkala lidah berbicara bahasa kalbu

yang
terbias manis
pabila deria-deria itu
berada dalam hangatnya tautan
UKHUWAH
berteraskan  DIA


love pinkk :D



dunia ni singkat, kalau hidup pon ikut cara yang 'singkat',  akhirat jawabnya 'melarat' laa. T__T