notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Sunday, April 29

memory

banyak sebenarnya kalau nak diikutkan, nak diterjemahkan melalui bait kata-kata. sungguh, teramat banyak. tapi kekadang ada yang perlu disimpan, tidak perlu di jerit-heboh satu dunia. diam itu lebih baik dari berbicara. heee manalah tau kot-kot tengah dok syok menulis, terbukak aib orang. huuu memang syok laaaaaa =.='. banyak saham menanti kat neraka nanti. nauzubillah min zalik. mintak mintak dipelihara dan dijauhkan.

okay. sekarang mari *jomjomjom* back to the topic yang asal. dah melencong. tengah rasa macam memuncak happy je mood nak menulis, hailohhh broadband lambat laa pulak, macam siput. errrr wujud ke peribahasa or simpulan bahasa or sewaktu dengannya lah- LAMBAT MACAM SIPUT? ke omongan jeee....? ceh. macam ape daaa alia oii. BM pon fail. hailoh hailoh. *okaay. sekali lagi melencong. haishhh*  sat satt satttt. tak bersyukur yer cik alia? dah ada broadband tu even lambat macam apa ke, cepat macam apa ke, kena lah be grateful sebab ada. banding dengan yang lain yang punyalaaaahh susah tuuuu.... kena tarbiah nie. hailoh. =.=. say alhamdulillah. alhamdulillah ya ALLAH.

okayyyyyyyyyyyyyyyyy. kali ni memang betoii punya back to the topic. tadi petang, pi bank-in duit kat bank, lepas tuh, gaya mak bawak moto slow and steady jeaaa lalu sepanjang jalan. usharrrr kiri kanan, makan angin. heeeee. then, ternampak satu sekolah nie, masyaALLAH, kat situ jugak lah segala memory-kenangantercipta-ingatantulusikhlas masa zaman ribena budak sekolah dulu menerpa tanpa bagi signal ke apa ke. teringat dekat SOKSEK. highlight. SOKSEK.. yeppp, kat situ lah memory waktu sekolah paling berbekas dalam hati. kini-dulu-dan-selamanya. insyaAllah selagi diizinkan DIA. kat situ start form four, taking engineering, and subjek subjek yang agak killer laa baGi aku. =.=  kat situ jugak la merasa nak bersekolah kat SBP yang selama ni dok dengar macam aci best je dari mulut orang. tapi actually, kat mana mana pon sama jek. cuma nya, dulu fikiran pon gaya budak tak cukup umur. nak nampak 'naik' je segala. hahaha. *maluuuuu* aisehhh.

kat situ jugak kenangan yang best best terasa hidup sangat dalam hati dan mind. sangatttttt. dekat situ dapat stay satu kelas with the other four classmates-girl, yang cuma kami jer kat kelas tu dengan 24 orang teruna. time tu, makkkk, malu kot. *miangkothangniealia* hahaa. then dapat cikgu yang memang best banyak. kawan kawan pulak memang sporting habis kat situ. kami the only-four-girls memang sangat rapat. pi mana pon berempat. most of the time lahhh... then, kenal UMMI. kitorang berempat dapat mandat jaga koperasi. heh. dengan lagi tiga orang sahabat-haniff. sidiq and pali. kitorang masuk pertandingan lah apa lah. macam macam kenangan kat situ saja. time tupulak ada yang bawak handphone, mp3 lah, pi sembunyi kat situ-bilik koop. hahaha jahat nya duluuuu haishhh. nakal!

NADHRAH. SHAMIZA. ZAHARA and aku, me myself ALIA.

yang mula mula kenal time ice-breaking:

"panggil je aku alia."
"aku miza, sham pon boleh."
"aku nad"
"aku pulak panggil zara je"   senyum terukir puas kat muka masing-masing.

then, start situ kami punya friendship termeterai. sungguh, kenangan tu sangat manis untuk dikenang apatah lagi untuk dilupa! tak mauuuuuuuuuuuuu....macam dalam novel contengan jalanan Hlovate tulis, memori ada dua je. satu, boleh buat kita feel untuk terus hidup. go on.  ;dua, buat kita rasa bad. macam nak end-up life. macam tu punya kuat effect inche memori. contoh, tengok laa orang putus cinta tuu, sebab kenangan yg memang tak boleh nak lupa pasal ex depa depa tu, boleh bunuh diri kot. nauzubillah min zalik. ALLAH, jangan jadikan kami termasuk dalm golongan tu. aminnn.

okayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy *lagi panjang*. we should go on with the real post yang tadi tu sebelum terlajak lagi. memori. kawan. suka duka. senyum ketawa. sedih menangis. semuanya pernah harungi time sekolah and other time pon. teringat, tiap kali lepas balik dari cuti panjang, mesti berkumpul dengan roommates semua dekat tengah bilik. bawak keluar makanan apa yang ada. bekal dari rumah. then, kongsi semua ramai-ramai. cerita. gelak ketawa. makanan. segala. right now, howwwwwwwwww i missed that! ='(     ukhuwah itu.

pernah sekali tu, nad buat cookies. tapi banyak yang hangit. dia bawak mai se-tin kat hostel. haha. hitam pekat kot. dah la the original colour cookies tu dark chocolate, memang masak betoii laa. hahaha. tapi sebab friendship, tautan ukhuwah yang terbina antara semua, kami si kawan-kawan ni pon habiskan jugak dengan safely nyaaa masuk perot. hahahaha telan muka toya je segala pahit yang tersisa. hahahaha *padahaldokkebulurkathostel* again, memoryyyyyyy.

time peksa, exam segala trial ujian test semua, berkoyan-koyan lah angkut buku pi ulang alik kelas-hostel. maklumlah prep kat kelas. dah time nak SPM barulah kami prep kat hostellll. okeh time berjalan semua tu, mesti ada je cerita yang berlawan kata kat mulut masing-masing. rutin yang sama. time tu, rasa macam memang dah tau sangat lah fi'il hang ni cemana, pasaipa macam ni, nak kena buat apaaa... hahahaha *rindu* pi sekolah sesama, time mengarut ke ape ke kat prep petang and malam bersama. time aku tidor, depa bertiga tolong kejut, pon sangat indah. opppssss. dulu saya kuat tidur dalam kelas. heeeeeee.

time pi lunch, then lepak sat, then gerak balik pi kelas prep. balik, minum petang, pastu lepak sat, buat segala benda yang wajib, then gerak pi kelas balik-prep. pastuh balik- supper. then straight pi hostel. time prep kat koop. time melayan kerenah 'customer customer' yang tak surut kat koop- koperasi. yang memang termaktub macam rumah kedua. hiiii. *okeh. sangat rinduuu*

and time ni... time tuuu... banyak sangat memori tu. indah. manis. bliss! *sedapnya yogurt bilss =)* Masyallah, HEBAT ATURAN mu YA allah. sangat indah. kasih sayang yang tersimpul macam ikatan adik beradik. even kekadang ada la jugak aja-aja fighting.. heee tapi alhamdulillah masih kekal terikat ikatan tu. alhamdulillah. =)

masuk mood ni, memang terlalu banyak nak dikongsi, ditulis. diluahkan.

pohon kami hanya satu yaALLAH, jangan lah kami dipisahkan oleh perkara yang sia-sia yang membawa pada keruntuhan hubungan ini. walau dengan siapa pon. walau dengan apa pon. jadikanlah kami hamba yang baik antara yang baik dan sentiasa di bawah rahmatMU ya TUHAN. jadikan kami selalu mengingati MU. jauhkan kami dari segala prasangka ya ALLAH. aminn.

40:64

moga kita kekal bersahabat selamanya, teman.
insyaALLAH =) may ALLAH bless all of us.

akusayanghampasemua


















Friday, April 27

gift

subhanALLAH. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

kalau DIA nak bagi, memang yang tulah akan dapat.
aku bersyukur. yupp.sangat.

terima kasih ya ALLAH atas kurniaan MU.

no words can describe it enough. just alhamdulillah.

a gift from HIM.
and this is a gift from me to my parents.
mak abah, thanx for all your support. angah sampai ke tahap ni.
even this is not too much. but, me myself da cukup proud of this. alhamdulillah. 


so, my diploma end up here. alhamdulillah.
emm congrats jugak kat all my friends yang da officially habiskan dip ni. =D
just a one big SMILE. it explain everything. =)

ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH   :D

The 11th hour


Wednesday, April 25

path

perasaan ni sangat sakit.

yup. terlalu. pedih. menikam.

kadang- kadang kita rasa kita dah cukup segalanya. cukup ilmu and everything lahhh. tapi kalau kita renungkan balik, we are nothing compared to HIM. sangattt.

ambik contoh the easy one lah.

SOLAT.

kita tau ke solat kita tu dah sempurna ke tak? kita tau ke sejarah solat? kita tau ke kenapa ALLAH wajibkan atas kita fardhu yang satu tu? secara detail nyaaa lahh.

aku rasa and mengaku, kadang kadang terbabas pon dalam hal ni. kedang sikit, kadang banyak.
belajar? tu tugas kita. sejak dari dilahirkan, kita study. about everything. dunia sekeliling.

dan tak kan pernah berhenti insyaALLAH sampai kita dijemput ajal.

belajar tu very lah luas concept dia. =.=

dan sebab BELAJAR tu jugak, kita build ourself. ikut acuan mana.
macam cookies, kalau betul sukatan ingredients dia semua, insyaALLAH maka terhasillah rasa yang enak. and nyummmmyyy.

if tak betul? mungkin kurang gula. mungkin less on salt. maybe tak cukup tepung. and maybe, banyak lagi sebab lain. BANYAK REASON. yang akan terlintas dalam kepala kita.

ALLAH tak pernah jahat dengan kita. tak pernah. ALLAH baik. ALLAH penyayang. masa kecik kecik dulu lagi mak abah dah ajar, ALLAH tu baik. kalau kita baik dengan DIA, DIA baik dengan kita berganda kalinya.

bila da besar? kita hidup atas jalan apa? what path did we choose?

T______________________________________T

the most important, kita 'BAIK' tak dengan DIA?????

tadi tengok tanyalah ustazah tadd pagi.
ustazah tu cakap sakit yg paling sakit is sakit hati.
tapi yg lagi sakit bilamana sakit kita lupakan DIA T____T


jatuh kalau tak bangun bangun PARAH  T___T

Sunday, April 22

wake me up, please??

alhamdulillah.
lama rasa nya da tak update di sini.
seakan akan sudah dilupakan pulak blog nie. aisehhh sungguh lah..

tergerak hati nak bukak lepas singgah blog one of my friend tadi.
masyaALLAH. kalau dah takdir ALLAH tu, memang kun fayakun je kata DIA.

go through for some readings on some entries kat others blog, and then mine.
terlupa. terkedu. errrrr dont know to describe best, on how i feel rite now.

da lama tak menyentap macam ni since too busy with the study and all the 'crunchies' thing. *alasan*

tak tau. rasa ni. tak tau. sungguh. tak tau rasa ini rasa apa dan bagaimana.

rasa nya, macam diri dah terjatuh kembali.
=.='

line by line bila baca tu, terasa diri macam dah terlontar ke suatu dimensi itu kembali. errrr duration?
did i care about it? T___T

masyaALLAH. iman, decrease and increase whether we realize it or not. sungguh. tak tipu.
terasa kembali mencengkam. that old 'rasa' .

*astagfirullah*

diri tak kuat. diri lemah selemahnya. diri amat longlai.
masyaALLAH. astagfirullah.

tak suka. tak suka. tak suka. RASA NI.
ALLAH,  T___________________________________T

maybe, time to wake up, again and again.
time to reformat life, again.
reminder from HIM,
maybe. 

TIME WILL HEAL EVERYTHING.
will it?? 
insyaALLAH.


i need someone.
to guide me. through this path
i really don want to go back to the old path.
remembering those immatured __________makes me feel, worse and worsen.
Allah, i need your guidance.


alia, tak kuat. T_____T