notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Friday, August 26

ralat

kenapa diri? kenapa nak tunduk2 pada NAFSU?

lawan! kata nak tempuh jalan mujahadah!
so do fight strongly!

bad habits ( nak delete slow2):

1. lengah-lengahkan waktu solat *turun naik*

2. read AL-QURAN *turun naik jugak*

3. cakap sia-sia *kosong*

4. pakai baju yang tak menutup aurat sepenuhnya

5. tak suka orang ni, tak suka orang tu. *judgement*

6. ujub, riyak yang berbaki lagi dalam diri.

7. rasa asyik nak marah *penang cakap 'hangin'*

8. buang masa sia-sia macam tu aje *lagha*

9. online kalau tak ada tujuan apa-apa

10. suka tidur . *favourite nih =.=*

-alia, banyak nye weakness nak kena fix balik!-
Allah, do give me strength and guide me.........

Thursday, August 25

thinking

tadi balik kelas..
bukak ym nak tunggu kawan reply semalam punye soalan.
then dia bg link..
and aku baca, alhamdulillah it do help me alots. thanks fillah. hati mula rasa lega sikit. rasa macam beban yang berlambak-lambak menyesak dada tu keluar, walau tak semua.

terima kasih ya ALLAH.

then, pegi kat her followers, jumpa blog someone
and hati sangat-sangat meronta nak bukak.
so, kesempatan yang ada, bukak lah blog si dia

go through her entries one by one. act, nak mencari kekuatan sebenarnya.
lately nie, rasa sangat lemas dengan perasaan yang bertempur hebat dalam diri. terlalu kelam semuanya. sampaikan kekadang, aku dah tak nak fikir kan semua tu,and go on dengan apa yang ada sekarang. macam gaya putus asa saja.

masalah yang datang bertimbun dalam kepala memang betol-betol buat aku lemah. sangat lemah. rasa tak mampu nak teruskan begitu mengasak dada. putus asa akan jalan yang aku pilih nie. ALLAH...

back to her;

when baca through her entries semua tu, aku macam sangat-sangat terpukul oleh bicara lily itu. macam-macam rasa bermain dalam kepala. tapi teroskan jugak baca even hati da rasa sangat- tak tau nak describe macam mana.

hati aku mula bertingkah, betol ke apa yang aku pilih nie? betol ke cara aku buat ni in order to achieve that? boleh ke aku bertahan macam nie?
dengan segala benda datang asak-asak-asak-asak-asak

sekarang ni, and untuk seterusnya, aku betol2 perlukan someone besides me untuk guide and tolong aku face semua ni.
aku tak jadi macam before2 ni, dah bertekad, then patah balik. tak, aku tak nak! aku sangat-sangat nak realisasikan apa yang sedang perlu aku lakukan.

sangat-sangat nak.

ALLAH, ape yang aku sedang rasa ni? aku betol2 buntu. aku nak mencintaiMU, merinduiMU, merasakan manisnya saat beribadah kepadaMU. aku mahu menghayati nota cintaMU sepenuh hatiku. tapi, kenapa hati aku terlalu berbolak-balik? macam mana aku nak buat nie?

flashback.


alhamdulillah.

and part of mencari diri balik dalam proses muhasabah diri, sangat-sangat perit. banyak sangat masa lalu yang menjijikkan apabila dekenang. banyak nya nikmat ALLAH yang jarang disyukuri malah kekadang dikeluh kesahkan. contoh paling baik, ujian DIA.

ya, ujian. dugaan yang ditimpakan.

teringat kata teman itu,
ALLAH kenalkan jahiliyyah pada hang melalui dia, and sekarang hang nak transform, ALLAH turunkan pulak ujian melalui dia. Allah nak tengok kuat mana hang nak bertahan. di jalan yang dipilih ni
.

then, suddenly, terfikir balik. apa yang aku fikir selama ni? seriously sangat2 tak terlintas benda tu. ALLAH kenalkan aku dengan jahiliyyah mungkin melalui dia, hanya untuk melihat pada siapakah harus aku berpaling? MasyaALLah. hebat. hebat sungguh cara ALLAH. halus cara tu sampai aku tak pernah sedar.

and sekarang ujian yang diturunkan DIA, pada aku sangat-sangat berat, bagi aku.
and benar2 menguji kesabaran and hati aku. ya, terlalu menguji. sehinggakan kekadang langkah yang aku nak ambik tu, buat aku berfikir 2 3 kali. betul kah?ke macam ni? ke macam tu?


and hati benar2 ke ikhlas dalam nak berubah? contoh post segala macam bicara and artikel berkaitan islamic2 ni kat fb la, sebab apa hati?

*sedikit sebanyak nakkan respons orang. suka tengok orang like banyak2, and komen2, masa mula2 dulu. rasa riak pon ada sikit hadir*

Allah, 2 da lari tujuan asal. alia, kenapa nak harap perhatian orang? sering kali bertempur hati dan akal dan nafsu untuk membuang perasaan itu dan rasa riak yang menenggelami hati. rasa seperti sia-sia saja tindakan semua tu, coz nak perhatian orang.
dan sampai sekarang, masih bertempur dengan hati, dan alhamdulillah rasa itu makin hilang, berkat dari DIA.

alia, kena muhasabah lagi banyak2 ni!





Tapi Awak.. | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tapi Awak.. | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, August 24

Sudah Penat Berdoa! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sudah Penat Berdoa! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

ourself.

sometimes, bila duduk sorang-sorang mula lah fikiran mula pi sana sini.
segala benda mula nak fikir. everything is just waiting for their turn. nak diproses dalam kepala.
dalam segala benda tu, mesti satu hal ni tak pernah-pernah miss.

my OLD time.

terlalu banyak kenangan yang terpalit pada detik itu.
baik,buruk, sedih, seronok, marah, benci.. segala rasa yang ada dalam hati ni lah kiranya.

tapi, mengingat kembali those memories, pasti sepastinya akan membuatkan diri ini membuahkan perasaan sedih yang menggunung.

everyone has their own past. and for me, definitely, it ain't a sweet one. jauh la nak kata time tu lah yang paling nak ulang-ulang balik.

im really regretting it. whole of the story.
tapi, lagi tak ada guna kalau hanya membiarkan tanpa bertindak.

Semuanya atas perancangan ALLAH, tapi yang menjalankan proses pemilihannya adalah diri kita.

ya, dulu, apa-apa pon salahkan takdir.
tak fikir, diri sendiri yang punya mistakes.
mula lah nak keluar segala perkataan yang tak elok 'shit, damn, bodoh, bangang, babi, etc..' and hati pulak mula makin jauh dari gapaian iman.

truthly, masa tu diri memang jahil. terlalu. everythng was leading by lust. NAFSU.
yang menterbalikkan segala benda and fikiran dalam diri.

now, when happen to be like this,
mula slow-slow duduk muhasabah diri balik.
apa yang aku dah buat selama aku hidup 20 tahun ni?
apa yang aku bagi pada PENCIPTA aku, mak abah aku, and kawan-kawan aku?
dan paling penting, mana iman aku pada sang PENCIPTA? yang dah semakin goyah,

sungguh, segala rasa bercampur baur jadi putar belit dalam kepala.
akal dan nafsu angkat bendera bertempur sakan.
masing-masing keras mainkan peranan.

dan akhirnya, aku sendiri lemas dalam hakikat.

later,
ketibaan RAMADHAN.

hati mula berdetik lain macam.
ada rasa lain yang menyelinap dalam hati.
terasa lain benar kali ni.

akal mula berfikir rasional.
benda apa yang dok berputar dalam hati ni?
and berkali-kali cuba mencari jawapan.

then lepas agak-agak berapa hari RAMADHAN mula membuka tirai,
yup! i got the answer.

hati.
akal.

mahukan perubahan.
perubahan besar.
yang jalannya pasti penuh berliku.
yang jalannya akan membuahkan terlalu banyak kata yang menyinggah di laman hati.
yang membuahkan persoalan dalam diri orang-orang sekeliling
yang akan menerima respons yang pelbagai.

MUJAHADAH.

itu perkataan yang menggambarkan rasa yang hadir.
berubah, ke arah yang positif.

berubah dalam membentuk semula diri ini.
berubah dalam segala amal perbuatan
penampilan, percakapan, fikiran.

semuanya hanya ingin ke arah mencari jalanNYA yang sudah kerap kali didustai oleh nafsu.


MUJAHADAH.

perit, berat, susah.
memikirkan dugaan nya, kata-kata orang.

tapi, takkan nak tunggu lagi?
sampai bila?

kalau esok ajal menjemput, masa tu baru nak bertaubat?
sempat ke?
panjang mana lagi umur yang dikurniakan DIA?
tahukah wahai diri?

tetapkan pendirian dan rasa hati.

sudah sampai masa untuk mencari diri yang hilang,
mencari keberkatanNYA,
redhaNya.

lastly,
MUJAHADAH menjadi pilihan.

dan aku,
sedang perlahan-lahan merangkak menyusur jalan ini.
insyaALLAH, mohon ditetapkan hati.

diri,
KUAT!




*terima kasih teman-teman di atas prihatin dan sokongan kamu*




Tuesday, August 23

first entry

alhamdulillah, this will be my second time ber-blogging-.
feels like a bit unconcious =.='

goal:

start a new life ( even da tue ) haha.
but, it was never too late for anyone to ask for HIM forgiveness.
repent for those all tht jahiliyyah-dosa-dosa
yg rasa nye.. terlalu haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ALLAH, do guide me to find YOU.
i want to love YOU for all my life.

insyaALLAH, still learning.

n will be always.



-there goes some introduction of me- =)