notacinta ALLAH

akan AKU palingkan dari tanda-tanda (kekuasaanKU) orang-orang yang menyombong di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat tanda-tanda(kekuasaanKU), mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat kepada jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tetap (tidak) menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustai ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya

( 9: 146)

Tuesday, July 10

muncul.hilang.muncul

umur aku sudah menginjak ke angka 21 tahun ni. umur aku sudah makin menginjak dewasa. umur aku jugak sudah makin menginjak naik tidak lagi turun-turun. umur aku jugak menjadi saksi atas apa yang sudah aku terbuat terbual terlihat dan terrr lagi , sepanjang 21 tahun ni. di akhirat sana. di Padang Mashyar sana nanti. di hadapan Allah Maha Esa. di bawah teriknya matahari (wallahu'alam) mungkin. di bawah kuasa DIA sebagai penentu segalanya pada hari itu.

aku sudah semakin tua. sudah semakin tua dengan usia. sudah semakin tua bersama ringanberat dosa pahala ( T_____T).  sudah semakin tua dimamah pengalaman versi hidup yang pelbagai. (dan akan lagi)

tapi aku belum lagi tua untuk merasai dekatnya kasih DIA. tak, aku tak mahu tua dalam usia ini. tidak, aku tak mahu tua dalam dakapan rasa indah ini. tak, aku tak mahu tua bersama kehilangan persis cahayarasaindah ini. tidak, aku tak mahu.

aku tak pernah rasa dipimpin tangan sekerap yang mungkin seperti mereka mereka dan mereka di luar sana. (pahit). aku tak pernah merasa didengari secara hati ke hati dengan sesiapa juga. aku juga tak pernah merasa diamati dan dibawa ke alam yang lebih indah dari masa lalu aku bersama sesiapa yang bergelar murabbi atau se'bulatan gembira'.

yup, the truth. it's so true. never can deny it. and I would not to do so. i'm not going to say anything against it either.

sering aku melihat mendengar membaca kisah-kisah mereka berpimpinan tangan, berpimpinan hati dan berpimpinan langkah menuju ke arah satu titik itu. titik perubahan. titik perubahan terbesar. mungkin, atau titik perubahan menikmati rasa hidup dan jiwa baru. menenggelamkan kemilau duka dahulu.

aku tak pernah merasainya. aku tak pernah merasainya. aku tak pernah tahu pun bagaimana rasa adanya mereka mereka itu di sisi. (realistik)
aku tak pernah rasa manis masam pahit kelat melangkah bersama-sama mereka mereka di sisi, ada untuk didengari, ada untuk berkongsi, ada untuk memberi kata-kata semangat, ada untuk mengambil berat, ada untuk mengingatkan sekiranya aku lupa, tersasar. ada sekiranya aku perlu sokongan.

kerna apa aku perlu? kerna aku rapuh. aku rapuh bagaikan kayu yang dimamah anai-anai. aku rapuh bagai kayu yang mereput dilanyak bulldozer. aku rapuh kerana aku keseorangan di alam fana ini ke arah itu.

yang sentiasa memungkinkan aku terjatuh bahana ke gaung yang paling dalam itu, bahana aku jatuh ke kawah berapi yang paling panas itu, bahana aku jatuh tenggelam ke dalam lautan yang luas itu. lalu mereput dan tidak timbulbangun kembali. (ahhhhhh)


aku hanya mampu menembusi alam maya, mampu hanya melintasi alam abjad-abad yang tersusun membentuk rencah bacaan pada sang pelihat. dan aku hanya mampu mendengar dari jauh. tanpa aku dapat menenggelami diri aku sekali bersama jauh itu.

 kekadang rasa hipokrit memenuhi ruang pernafasan jiwa dan hati aku. rasa itu timbul tenggelam bersama perginya masa. rasa itu hadir tanpa kata. rasa itu ada. (malahan selalu)

quote- memaksa diri melakukan sesuatu yang menjadi ketidakbiasaan bagi kita, mampu memusingkan yang sebaliknya. melakukan sesuatu secara paksaan akan membuatkan kita alah lalu menjadi kebiasaan bagi kita.

itu aku sedang lakukan. itu juga sedang aku usahakan. aku tahu aku tidak seorang. aku tahu DIA senantiasa di situ sekiranya aku 'sakitjiwa'. Dia senantiasa ada. tapi, nabi Adam a.s pun perlukan teman- seperti Hawa. apatah lagi aku manusia biasa yang cuba merentasi jalannya berliku berentang batu tajam kerikil segala. aku manusia biasa. aku perlukan seseorang. mungkin dua. mungin tiga. mungkin lebih. cumanya- aku perlukan teman itu.

aku perlukan orang itu untuk berada berjalan merentasi alam ini dengan melihat dari kaca mata DIA, bukan aku. aku perlu untuk dipimpin  merangkak mahupun berlari mengejar cinta DIA. aku perlu untuk merasai bahawa aku tidak keseorangan dalam perjalanan ini.


sudah aku katakan, aku manusia lemah. manusia rapuh. (realiti)



aku nak merasai manis berbulatan, berkonferens, merentasi, mencari jalan itu, cinta itu.
aku mahu itu. aku perlu itu.

tapi aku tak ingin dijunamkan kembali dalam gaung masa lalu aku yang bagi aku, tiada apa yang terbias indah. aku tak ingin dimomokkan lagi dengan keindahan mengejar duniawi yang hanya menunggu kataNYA  'kunfayakun'  untuk menamatkan seisi alam sejagat ini dari hidup seperti hari ini detik ini.


 zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

yang paling aku inginkan- nafasku dipenuhi deruan zikir , bukan lagi nyanyian ballads, rock kapak, instrumentalcinta, etc yang membuai perasaan bunga-bunga dalam hati aku.

yang paling aku inginkan- langkahku tidak lagi sumbang ketika menaiki tangga menuju merebut agungnya cinta itu yang seringkali dipijaki sang kerikil tajam.

yang paling aku inginkan- aku tidak hipokrit selama tika ini dan hari-hari esok.

yang paling aku inginkan-aku ditemani mereka mereka itu.




aku menukil kata atas apa yang terbias di hati, yang hampir mungkin menyesahkan setiap nafas hidup hingga ke saat ini, atas apa yang aku idamkan, atas apa yang aku perlu dan atas apa yang aku harap. terlalu harap.



terbayang-bayang  lagi masih ayat itu tanpa jemu memutar memori dalam kepala -

 "dan apabila hambaKU bertanya  kepadamu mengenai AKU (maka beritahu kepada mereka) : sesungguhnya aku (ALLAH) sentiasa (hampir kepada mereka): AKU perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU....."
al-Baqarah 2:186


".......bertakwalah kamu kepadaKU dan ucapkanlah perkataan yang benar, maka AKU akan memperbaiki amal-amalmu......" 
(aku betul-betul tak dapat recall surah mana :(( asif  )

 


ini- terbias - darikacamata deria.dari rasahati.
aku tak mampu feel rasa-rasa lain itu. yang aku telah coretkan di atas.

tapi, aku cuba dan tetap cuba. merangkak berjalan berlari pada satu-satu ketika tanpa ada mereka mereka itu.

aku tak mahu diheret kembali ke zaman aku jahil. zaman hitam aku.
oleh akal, hati dan nafsu aku.

aku tak punya sesiapa.
aku cuma ada DIA





T___T
hati aku parah.
hati aku berdarah.
dan mungkin.....
 hati aku sedang berparut sedalamnya




Sunday, July 8

masterchef Selebriti Malaysia 2012

nampak tak tajuk kat atas??

and ..... here we go !! 

huuu Masterchef ni ada hari- hari sabtu sampai selasa je. and dalam empat hari 2, ada ujian Mystery Box, ujian Cipta Rasa and then ujian Penyingkiran. huhuhu and then berkumpulan dan penyingkiran lagi.

aku paling suka tengok Masterchef ni. sebab Selebriti kot. haha tak tau. *winkwink*
and every weeks mesti ada surprise si judges tu nak bagi kat peserta-peserta Masterchef yang takat minggu ni dah tinggal 5 orang je lagi.



meh nak tunjuk sikit siape yang join Masterchef ni :D




haa ni lah antara seleb-selebriti nyaaa.. 


aku pon dah tak ingat berapa banyak dah episod Masterchef Selebriti ni. dah berminggu rasanya =.='   tiap epsod tu mesti ada je dup dap dup dap tengok depa-depa ni berentap kat dapur Masterchef tu yang punyalah bagi aku , canggih kot . 
kalau aku dapat dapur macam tu , confirm harihari nak masak . hee insyaALLAH . 

dari berapa orang yang terpilih masuk Masterchef ni , tak silap aku 16 orang ke 20 orang ke . entah tak berapa nak ingat . *bukanpentingponkan*  yang paling aku tak syok la orang kata , bila Dr. Faiz keluar for the first episode .  sedihhhh sampai rasa nak menangis  *joking*  

then secondly , bila Jehan Miskin keluar .  bagi aku, he got talent . aku tengok cara dia masak and plating the dishes , cantik kot .  dia ada bakat memasak tu , for a guy la kan . *bukansebabmukadiahensemkeapa* tapi takpelah , dia top 10 apa kan . 

mestilah kalau tengok pertandingan mesak-masak macam ni , ada yang kita support and minat kan . aku pilih   Dato Fazley   :DDD



 nampak nama sudah :D

 heee dah jadi dato' kot .  muda lagi tu tak silap aku laa baru 32 tahun . he's very talented person and yang paling menonjol sekali dalam masterchef , aku rasa laa .  dia punya style and knowledge pasal memasak ni ,  kadang-kadang tak tau pekebende yang dia masak tu pon . mana la tau , asyik tengok Masterchef , kot kot satu hari nanti aku pulak yang masuk ke and menang . *tinggiangan-anganku*  heh .

 there's one episode which Siti Nurhaliza jadi guest masa tu. kira cabaran dorang kena masak favourite food Siti laa .  and mesti banyak yang tau dulu kan ada ura-ura pasal Fazley and Siti ni . aku tengok dalam episode tu macam kekok je jumpa and sembang-sembang . =.='  *takdemotif*




 haa nilah time Siti jadi jemputan tuu . Fazley buat karipap pusing inti sardin and he won the challenge  :)



tapi tapi kan , aku tak berapa nak suka laa dengan cabaran penyingkiran sebab bagi aku , macam tak adil je .  sebabnya kalau yang masuk elimination tu buat silap sikit je dalam masakan dorang , habislah .  mesti tempah tiket keluar punya even dorang memang handal pandai pon memasak . Macam Jehan , Karl , Salamiah . dorang pandai masak , bagi aku tapi sebab silap sikit je , habis kena tinggalkan dapur Masterchef tu .  tapi adat lah pertandingan kan tuu . 

satu je yang macam memang ada la jugak betul nyaaa , macam Azwan Ali pernah cakap kat Tomok , dia memang ada miracle. kononnya lah . Azwan Ali yang cakap eh . senyum nipis .  Tomok tu kira terror laa masak even dia dah masuk penyingkiran tu dalam 7 kali jugak la kot , selalu je nasib baik .  cuma kali ketujuh tu je , memang turn dia kot kena tinggalkan situ sebabnya pancake yang dia buat for the first time tu keras sikit . judges suka cuma silap kat situ laa sikit .  Takpelah , janji dah belajar memacam kan .

 ilmu bukan datang bergolek tanya kita nak terima ke tak nak ,  tapi datang if we seek for it . untung jugak sesapa yang masuk pertandingan macam ni ,  boleh tambah knowledge pasal recipe and those things yang kena guna to cook dish ni ke itu ke .  boleh try masak pulakk kalau bosan- bosan kat rumah .  dapat pula jumpa chef international dalam tu mintak tunjuk ajar :D


chef Adu, chef Zubir and chef Jo


and and aku hope Dato' Fazley menang this competition laa . sebab macam he deserves for it . chewaaahhhh memandai je hang alia oiiii . sapa-sapa menang pon sokay laa kan , sebab the professionals tu yang pilih . so, kira adil laa . 

rasanya , macam next week je Masterchef ni nak tamat . sebab tinggal lagi 5 je kan . minggu ni mesti keluar sorang pulakkkk ...


and what is the best one about this Masterchef , diorang mewakili badan-badan kebajikan tertentu yang mana kira takat mana dorang bertahan dalam competition ni , banyak tu jugak lah dorang dapat sumbangkan for the charity yag dorang wakili . tak silap aku , satu episode rm 500 laa kot . tak silap laaa .. 


okay , sampai sini je . nanti lepas tau sapa menang , kita update lagi ye :D




pssttt: before ngadap tv
tengok Masterchef ni , 
make sure korang korang pray first !!!
Allah is the most utama than anything else :D

Monday, July 2

the sixth things

assalammualaikum!

alhamdulillah, i'm here again .. :D

okay, kali ni jom dengar cerita pasal tajuk kat atas mentioned tu! and boleh laa ambik iktibar sesama :)

insyaALLAH ..





6 perkara yang Allah sembunyikan 

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima   waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua      hari.




okay, kalau nak lihat six things mentioned above, masyaALLAH rasa macam .... *akupontaktaunakkata* . speechless . 

kita, as a human ni , walau sebesar kawah gunung sekali pun kita berbuat dosa , and kita bertaubat pada DIA ,  insyaALLAH HE will forgive us. He will forgive us. He will forgive us . Sungguh, ALLAH tu maha Baik . 

mesti pernah dengar about one story ni pasal seorang hamba ALLAH zaman dahulu kala , yang dah bunuh 99 or 100 orang manusia  (aku tak sure between those two ,  asif). dan dia mati dalam keadaan tak sempat bertaubat (tapi hati dia memang menjurus ke arah tu) sebab ahli-ahli Islamik yang dia jumpa semua kata ALLAH tak akan ampunkan dosa dia sebab dah bunuh ramai orang, except the last one. Ahli bijak pandai tu suruh dia pergi ke satu kota berjumpa si alim yang moga-moga dapat membimbing dia ke pangkal jalan , tapi dia ditakdirkan mati sebelum sampai ke sana . Then , sebab jarak perjalanan dia lebih memihak ke arah kota untuk mencari orang alim tu, dia diampunkan dosanya . lihat! Allah itu Maha penyayang .  Allah sayang pada hamba Dia yang sentiasa berniat untuk mencari DIA . Allah sentiasa sayang pada hamba- hamba DIA yang bertaubat demi mencari redha DIA .  Allah sayang golongan-golongan mereka itu. Allah sayang, sungguh !



Tengok pulak ayat ni- 


 Allah SWT berfirman yang bermaksud. 

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ 
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
 Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.” 

 Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” 

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…"

masyaALLAH tingginya kasih sayang ALLAH pada kita, hambaNya yang sering lupa dan terpesong dari agama NYA .  


jom kita renungkan dan semoga dibukakan hati kita untuk setiap waktu berusaha ke arah itu .  insyaALLAH! 


astaghfirullahhalazim